MOTO:
Sentiasa berusaha untuk melaksana & mendapat yang terbaik; Sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk. ( Hope for he best; be prepared for the worst)

KEYAKINANKU:
Allah tidak membebankan hambaNya kecuali apa yang mampu ditanggung olehnya.(Maksud Surah alBaqarah)
Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNya. Berdoa & berharaplah hanya padaNya, Tuhan yang satu!

DOAKU PADAMU, YA ALLAH:

Ya Allah , aku tidak pernah memohon untuk dikecilkan ujianMu tapi ku sentiasa berharap Kau besarkanlah iman di hatiku utk menempuh sgala ujianMu dgn redha dan tabah. Rahmatilah aku dalam setiap nafas yg masih berbaki. Amiin.

Sunday, April 21, 2013

Kisah Nabi Ibrahim a.s

Setelah sekian lama Nabi Ibrahim dan isterinya berkahwin mereka tidak dikurniakan anak oleh Allah s.w.t. maka satu hari isteri Nabi Ibrahim (Sarah) telah mencadangkan agar Nabi Ibrahim berkahwin lagi. Memandangkan usianya yang semakin tua akhirnya Nabi Ibrahim bersetuju berkahwin dengan khadamnya yang bernama Hajar, dengan perkahwinan ini akhirnya Hajar hamil dan melahirkan seorang anak lelaki yang bersih lagi suci dan beri nama Ismail (Nabi Ismail).

Isma`il (bahasa Arab: إسماعيل) bermaksud 'Allah telah mendengar' iaitu Allah telah menjawab doa Nabi Ibrahim untuk mempunyai anak, dan Dia menganugerahkannya Ismail. Nabi Ismail adalah putera pertama Nabi Ibrahim a.s. dengan Hajar.

Nabi Ibrahim yang berhijrah meninggalkan Mesir bersama Sarah, isterinya dan Hajar, dayangnya di tempat tujuannya di Palestin. Ia telah membawa pindah juga semua binatang ternakannya dan harta miliknya yang telah diperolehinya sebagai hasil usaha niaganya di Mesir. Al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. berkata:

"Pertama-tama yang menggunakan setagi {setagen} ialah Hajar ibu Nabi Ismail tujuan untuk menyembunyikan kandungannya dari Siti Sarah yang telah lama berkumpul dengan Nabi Ibrahim a.s. tetapi belum juga hamil. Tetapi walaubagaimana pun juga akhirnya terbukalah rahsia yang disembunyikan itu dengan lahirnya Nabi Ismail a.s. Dan sebagai lazimnya seorang isteri sebagai Siti Sarah merasa telah dikalahkan oleh Siti Hajar sebagai seorang dayangnya yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s. Dan sejak itulah Siti Sarah merasakan bahawa Nabi Ibrahim a.s. lebih banyak mendekati Hajar kerana merasa sangat gembira dengan puteranya yang tunggal dan pertama itu, hal ini yang menyebabkan permulaan ada keratakan dalam rumahtangga Nabi Ibrahim a.s. sehingga Siti Sarah merasa tidak tahan hati jika melihat Siti Hajar dan minta pada Nabi Ibrahim a.s. supaya menjauhkannya dari matanya dan menempatkannya di lain tempat."

Untuk sesuatu hikmah yang belum diketahui dan disedari oleh Nabi Ibrahim Allah s.w.t. mewahyukan kepadanya agar keinginan dan permintaan Sarah isterinya dipenuhi dan dijauhkanlah Ismail bersama Hajar ibunya dan Sarah ke suatu tempat di mana yang ia akan tuju dan di mana Ismail puteranya bersama ibunya akan ditempatkan dan kepada siapa akan ditinggalkan.

Maka dengan tawakkal kepada Allah berangkatlah Nabi Ibrahim meninggalkan rumah membawa Hajar dan Ismail yang diboncengkan di atas untanya tanpa tempat tujuan yang tertentu. Ia hanya berserah diri kepada Allah yang akan memberi arah kepada binatang tunggangannya. Dan berjalanlah unta Nabi Ibrahim dengan tiga hamba Allah yang berada di atas punggungnya keluar kota masuk ke lautan pasir dan padang terbuka di mana terik matahari dengan pedihnya menyengat tubuh dan angin yang kencang menghembur-hamburkan debu-debu pasir.

Ismail dan ibunya Hajar ditinggalkan di Makkah

Setelah berminggu-minggu berada dalam perjalanan jauh yang memenatkan, tibalah pada akhirnya Nabi Ibrahim bersama Ismail dan ibunya di Makkah kota suci dimana Kaabah didirikan dan menjadi kiblat manusia dari seluruh dunia. Di tempat di mana Masjidil Haram sekarang berada, berhentilah unta Nabi Ibrahim mengakhiri perjalanannya dan di situlah ia meninggalkan Hajar bersama puteranya dengan hanya dibekali dengan serantang bekal makanan dan minuman sedangkan keadaan sekitarnya tiada tumbuh-tumbuhan, tiada air mengalir, yang terlihat hanyalah batu dan pasir kering. Alangkah sedih dan cemasnya Hajar ketika akan ditinggalkan oleh Ibrahim seorang diri bersama dengan anaknya yang masih kecil di tempat yang sunyi senyap dari segala-galanya kecuali batu gunung dan pasir. Ia seraya merintih dan menangis, memegang kuat-kuat baju Nabi Ibrahim memohon belas kasihnya, janganlah ia ditinggalkan seorang diri di tempat yang kosong itu, tiada seorang manusia, tiada seekor binatang, tiada pohon dan tidak terlihat pula air mengalir, sedangkan ia masih menanggung beban mengasuh anak yang kecil yang masih menyusu. Nabi Ibrahim mendengar keluh kesah Hajar merasa tidak tergamak meninggalkannya seorang diri di tempat itu bersama puteranya yang sangat disayangi akan tetapi ia sedar bahwa apa yang dilakukan nya itu adalah kehendak Allah s.w.t. yang tentu mengandungi hikmat yang masih terselubung baginya dan ia sedar pula bahawa Allah akan melindungi Ismail dan ibunya dalam tempat pengasingan itu dan segala kesukaran dan penderitaan. Ia berkata kepada Hajar:

"Bertawakkallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintah aku membawa kamu ke sini dan Dialah yang akan melindungi mu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguh kalau bukan perintah dan wahyunya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat ku cintai ini. Percayalah wahai Hajar bahwa Allah Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya, insya-Allah."

Mendengar kata-kata Ibrahim itu segeralah Hajar melepaskan genggamannya pada baju Ibrahim dan dilepaskannyalah beliau menunggang untanya kembali ke Palestin dengan iringan air mata yang bercurahan membasahi tubuh Ismail yang sedang menyusu. Sedang Nabi Ibrahim pun tidak dapat menahan air matanya keetika ia turun dari dataran tinggi meninggalkan Makkah menuju kembali ke Palestin di mana isterinya Sarah sedang menanti. Ia tidak henti-henti selama dalam perjalanan kembali memohon kepada Allah perlindungan, rahmat dan barakah serta kurniaan rezeki bagi putera dan ibunya yang ditinggalkan di tempat terasing itu. Ia berkata dalam doanya:" Wahai Tuhanku! Aku telah tempatkan puteraku dan anak-anak keturunannya di dekat rumah-Mu (Baitullahil Haram) di lembah yang sunyi dari tanaman dan manusia agar mereka mendirikan solat dan beribadat kepada-Mu. Jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan yang lazat, mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."

Mata air Zamzam

Sepeninggal Nabi Ibrahim tinggallah Hajar dan puteranya di tempat yang terpencil dan sunyi itu. Ia harus menerima nasib yang telah ditakdirkan oleh Allah atas dirinya dengan kesabaran dan keyakinan penuh akan perlindungan-Nya. Bekalan makanan dan minuman yang dibawanya dalam perjalanan pada akhirnya habis dimakan selama beberapa hari sepeninggalan Nabi Ibrahim. Maka mulailah terasa oleh Hajar beratnya beban hidup yang harus ditanggungnya sendiri tanpa bantuan suaminya. Ia masih harus menyusu anaknya, namun air susunya makin lama makin mengering disebabkan kekurangan makan. Anak yang tidak dapat minuman yang memuaskan dari susu ibunya mulai menjadi cerewet dan tidak henti-hentinya menangis. Ibunya menjadi panik, bingung dan cemas mendengar tangisan anaknya yang sangat menyayat hati itu. Ia menoleh ke kanan dan ke kiri serta lari ke sana ke sini mencari sesuap makanan atau seteguk air yang dapat meringankan kelaparannya dan meredakan tangisan anaknya, namun sia-sialah usahanya. Ia pergi berlari harwalah menuju Bukit Safa kalau-kalau ia boleh mendapatkan sesuatu yang dapat menolongnya tetapi hanya batu dan pasir yang didapatnya disitu, kemudian dari Bukit Safa ia melihat bayangan air yang mengalir di atas Bukit Marwah, dan larilah ia berharwahlah ke tempat itu, namun ternyata bahawa yang disangkanya air adalah fatamorgana {bayangan} belaka dan kembalilah ke Bukit Safa kerana mendengar seakan-akan ada suara yang memanggilnya tetapi gagal dan melesetlah dugaannya. Demikianlah maka kerana dorongan hajat hidupnya dan hidup anaknya yang sangat disayangi, Hajar mundar-mundir berlari sampai tujuh kali (7x) antara Bukit Safa dan Marwah yang pada akhirnya ia duduk termenung merasa penat dan hampir berputus asa. Demikianlah Hajar berulang-alik diantara Shafa dan Marwa sebanyak 7 kali. Dan hal inilah adanya ibadat haji disyariatkan yakni ibadat Sai'.

Diriwayatkan bahawa selagi Hajar berada dalam keadaan tidak berdaya dan hampir berputus asa kecuali dari rahmat Allah dan pertolongan-Nya, datanglah kepadanya Malaikat Jibril bertanya: "Siapakah sebenarnya engkau ini?" "Aku adalah hamba sahaya Ibrahim", jawab Hajar. "Kepada siapa engkau dititipkan di sini?" tanya Jibril. "Hanya kepada Allah", jawab Hajar. Lalu berkata Jibril: "Jika demikian, maka engkau telah dititipkan kepada Dzat Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih, yang akan melindungimu, mencukupi keperluan hidupmu dan tidak akan mensia-siakan kepercayaan ayah puteramu kepada-Nya."

Kemudian diajaklah Hajar mengikutinya pergi ke suatu tempat di mana Jibril menginjakkan telapak kakinya kuat-kuat di atas tanah dan segeralah memancur dari bekas telapak kaki itu air yang jernih dengan kuasa Allah. Itulah dia mata air Zamzam yang sehingga kini dianggap keramat oleh jemaah Haji, berdesakan sekelilingnya bagi mendapatkan setitik atau seteguk air daripadanya dan kerana sejarahnya mata air itu disebut orang "Injakan Jibril".

Alangkah gembiranya dan lega dada Hajar melihat air yang mancur itu. Segera ia membasahi bibir puteranya dengan air keramat itu dan segera pula terlihat wajah puteranya segar kembali, demikian pula wajah si ibu yang merasa sangat bahagia dengan datangnya mukjizat dari sisi Tuhan yang mengembalikan kesegaran hidup kepadanya dan kepada puteranya sesudah dibayang-bayangi oleh bayangan mati kelaparan yang mencekam dada.

Mancurnya air Zamzam telah menarik burung-burung berterbangan mengelilingi daerah itu menarik pula perhatian sekelompok bangsa Arab dari suku Jurhum yang merantau dan sedang berkhemah di sekitar Makkah. Mereka mengetahui dari pengalaman bahawa di mana ada terlihat burung di udara, nescaya dibawahnya terdapat air, maka diutuslah oleh mereka beberapa orang untuk memeriksa kebenaran teori ini. Para pemeriksa itu pergi mengunjungi daerah di mana Hajar berada, kemudian kembali membawa berita gembira kepada kaumnya tentang mata air Zamzam dan keadaan Hajar bersama puteranya. Segera sekelompok suku Jurhum itu memindahkan perkhemahannya ke tempat sekitar Zamzam, di mana kedatangan mereka disambut dengan gembira oleh Hajar kerana adanya sekelompok suku Jurhum di sekitarnya, ia memperolehi jiran-jiran yang akan menghilangkan kesunyian dan kesepian yang selama ini dirasakan di dalam hidupnya berduaan dengan puteranya saja.

Hajar bersyukur kepada Allah yang dengan rahmatnya telah membuka hati orang-orang itu cenderung datang meramaikan dan memecahkan kesunyian lembah di mana ia ditinggalkan sendirian oleh Ibrahim.

1001 Sirah Nabi Muhammad

Koleksi Tazkirah

Post ini menghimpunkan koleksi2 tazkirah. Semoga ianya dapat dimanfaatkan sebagai santapan rohan. Semoga dapat dihayati, amalkan & sampaikan.

DR MOHD ASRI BIN ZAINAL ABIDIN

http://izuman18.blogspot.com/2013/04/ceramah-dr-asri_21.html

Dr Asri - kitab riyadhus solihin jilid 2 hadis 1807,Larangan diam dari siang hingga malam 21.3.2013
http://www.mediafire.com/?98ovdvru8bag9ks

Dr Asri - kitab riyadhus solihin jilid 2, hadis 1807 Pengharaman pakaian za'faran 14.3.2013
http://www.mediafire.com/?eze15xah947v9sb

Dr Asri - kitab riyadhus solihin 115-Bab Sihir Harut & marut serta isu2 semasa 3.1.2013
http://www.mediafire.com/?gwra5f7fb153i34

Dr Asri - Kitab riyadhus Solihin 116 Bab Jauhilah 7 dosa besar yg membinasakan dan isu kalimah allah 10.1.2013
http://www.mediafire.com/?ued8894xp98hqw9

Dr Asri - kitab riyadhus solihin 117, Larangan membawa quran ke negara kuffar 17.1.2013
http://www.mediafire.com/?hh8hx4t27dhmzbi

Dr Asri - Kitab riyadhus Solihin 118 Pengalaman di palestin dan Larangan mengunakan bekas emas dan perak 14.2.2013
http://www.mediafire.com/?xwxk520pbf14kkn

Dr Asri - kitab riyadhus solihin 119,Fitnah Akhir2 Zaman 2.2.2013
http://www.mediafire.com/?tneq5f7jo33wbte

DR ABDUL BASIT BIN ABDUL RAHMAN

http://izuman18.blogspot.com/2013/04/ceramah-ustaz-abdul-basit.html

Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 1-110 [10 kuliah]
http://www.mediafire.com/?8r21ug5og15da0n

Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 11-19 [9 kuliah]
http://www.mediafire.com/?rlvkwd6eoq5gc2w

Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 20-27 [8 kuliah]
http://www.mediafire.com/?2fzoi4w82m3ad7p

Senarai Kuliah

Ustaz Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 1 - Mukadimah
Ustaz Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 2 - Mengenal Allah dan Meng'Esakannya Bhg 1
Ustaz Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 3 - Mengenal Allah dan Meng'Esakannya Bhg 2
Ustaz Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 4 - Mengenal Allah dan Meng'Esakannya Bhg 3
Ustaz Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 5 - Membersihkan Tauhid Dari Sebarang Syirik
Ustaz Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 6 - Beriman Kepada Rasul Bhg 1
Ustaz Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 7 - Beriman Kepada Rasul Bhg 2
Ustaz Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 8 - Beriman Kepada Rasul Bhg 3
Ustaz Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 9 - Beriman Kepada Kitab Allah
Ustaz Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 10 - Beriman Kepada Malaikat Bhg 1 Tugas Malaikat
Ustaz Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 11 - Beriman Kepada Malaikat Bhg 2 Kelebihan Selawat
Ustaz Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 12 - Beriman Kepada Malaikat Bhg 3 Tugas Tugas malaikat
Ustaz Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 13 - Beriman Kepada Malaikat Bhg 4 Melaknat Pencerca Sahabat Nabi SAW
Ustaz Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 14 - Beriman Kepada Malaikat Bhg 5 Tugas-Tugas malaikat
Ustaz Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 15 - Beriman Kepada Adanya Hari Akhirat Bhg 1
Ustaz Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 16 - Keadaan Manusia Di dalam Kubur
Ustaz Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 17 - Adab Ziarah Org Sakit, Nazak dan Mati
Ustaz Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 18 - Panduan Bagi Orang Yang Ditimpa Musibah
Ustaz Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 19 - Alamat Qiamat- Dajjal,Ya'juj Ma'juj, Imam Mahdi dan Akhir Umur Dunia
Ustaz Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 20 - Perhimpunan Di Mahsyar dan Golongan Yg dapat Berteduh Di Bawah Arasy
Ustaz Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 21 - Keistimewaan Nabi Muhammad SAW
Ustaz Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 22 - Timbangan Amalan dan Kolam Nabi Muhammad SAW
Ustaz Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 23 - Beriman Dengan Qadar Takdir Allah
Ustaz Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 24 - Bab 7 wajib menjaga iman dan hukum murtad
Ustaz Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 25 - Bab 7 Perkara2 yang membatalkan iman dan islam
Ustaz Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 26 - Kesan Memahami Aqidah Dalam Kehidupan dan Godaan Dunia
Ustaz Abdul Basit - Mestika Hadis J1 Siri 27 - Menghadapi Godaan Dunia (Tamat)

USTAZ BADLI SHAH ALAUDDIN

http://izuman18.blogspot.com/2013/04/ceramah-ustaz-badli-shah-alauddin_17.html

Ustaz Badli shah - Menjana marhaba dan rahmat dlm perkahwinan 28.12.2012
http://www.mediafire.com/?2e6o4nn8ro6m4a1

Ustaz Badli Shah - Syariat pembimbing Umat 29.12.2012
http://www.mediafire.com/?nayed4hkv82ccwc

Ustaz Badli Shah Alauddin - Rumah Tangga berantakkan bhg 1,Masjid darul aman [19.1.2013]
http://www.mediafire.com/?7xev4b54i2j72vd

Ustaz Badli Shah Alauddin - Rumah Tangga berantakkan bhg 2,Masjid darul aman [19.1.2013]
http://www.mediafire.com/?m1823w07kubh3p1

Ustaz Badlishah Alauddin - Cubit paha kanan,paha kiri terasa ,melahirkan budaya infaq,Masjid Abdul Razak 16.2.2013
http://www.mediafire.com/?35sgrpybijw7hxd
 
** Syukran Jaziilan kpd  adik Ahmad Nazrimi kerana link kan di FB.
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama. In Sya Allah. 

Saturday, January 26, 2013

RESIPI LOOCHONG / RUMMIT: Sejenis koktail atau desert Thai

Saya kongsikan resipi sejenis koktail atau desert Thai di sini memandangkan ramai kawan-kawan seringkali menanyakan resipinya setiap kali saya menghidangkannya untuk tetamu di rumah atau membawanya ke tempat kerja. Malah ada rakan tempat kerja yang telah mempelajarinya daripada saya dan menjadikanya hidangan istimewa untuk kenduri atau rumah terbuka di rumahnya. Saya begitu teruja mendengar ceritanya bahawa anak-anak lelakinya sangat menyukai 'Loochong' dan dah pandai membuatnya sendiri. InsyaAllah ramai kawan-kawan saya telah mencuba dan menyukainya.

Loochong atau turut dipanggil rummit adalah agak popular di Selatan Thailand. Saya mempelajari teknik pembuatannya daripada arwah ayahanda saya yang dilahirkan & dibesarkan di Pattani, S.Thailand. Semoga perkongsian resipi ini dapat menjadi ilmu yang dimanfaatkan & pahalanya dihadiahkan kepada almarhum Hj Yaacob Bin Husain.

Persedian Bahan:
Tepung ubi
Aneka pewarna yang dibenarkan
Agar-agar parut (yang dimasak pekat TANPA gula, disejukkan sehingga keras & diparut kasar.)
Buah kabung / enau
Air gula (yang dimasak dengan daun pandan)
Susu cair / sejat
Susu pekat manis
Ais kiub

1) Tepung ubi digaulkan dengan air panas yang mendidih sedikit sedikit. Air panas mendidihitu akan menjadikan tepung tersebut melekat & membentuk doh. Hati-hati menggunakan air panas, pada awal mengacau, boleh digunakan sudu atau sudip kecil.

2) Uli tepung yang digaulkan dengan air panas sehingga menjadi doh yang licin dan tidak melekat.

3) Doh tadi dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan.

4) Doh dicanai  dan dipotong. Perlu ditaburkan sedikit tepung ubi di atas papan canai dan juga di atas doh agar ianta tidak melekat dan mudah dpotong.

5) Doh yang telah dipoong pun perlu digaulakan dengan tepung ubi lagi agar tidak melekat.

6) Beginilah doh yangberwarna merah yang telah dipotong panjang lebih kurang 1 inci.dan 0.5 cm lebar. Buat cara yang sama untuk kesemua warna.

7) Panaskan air sehingga mendidih. Apabila air mendidih, masukkan poongan doh tadi dan masaklah sehingga ianya timbul di permukaan beberapa ketika. (cara seperti merebus buah melaka). Kepingan doh yang telah masak berkilat dan agak cerah serta kelihatan seperti jeli. Sediakan sebekas air  secukupnya untuk dimasukkan bahan yang telah siap masak. Pastikan betul-betul masak sebelum diangkat kerana ianya akan liat jika tiak cukup masak.

8) Angkat bahan yang telah masak dengan menggunakan penapis, sejatkan dan segera masukkannya ke dalam air biasa yang telah disediakan. Biarkan terendam di dalam air tersebut. Bila hendak dimakan, ditos seketika sebelum dicampurkan dengan bahan lain.

9) Untuk dihidangkan, campurkan bahan2 berikut.
                   Air gula
                   Susu pekat
                   Susu cair
                   Buah kabung / enau
                   Parutan agar-agar kosong
                   Bahan rebusan berwarna drpd tepung ubi
                   Ais kiub
                   (jika suka & untuk menambah citarasa boleh dicarik-carikkan buah nangka & campurkan sekali)
  
 ## air gula dan susu pekat bergantung kepada citarasa tahap manis yang digemari. Susu sejat / susu cair     untuk menjadikan desert ini lemak berkrim. Perlu diingatkan bahawa bahan yg diperbuat drpd tepung         ubi tadi perlu sentiasa terendam dalam cecair  (air atau susu cair) yg mencukupi agar ianya lembut dan         tidak keras. Jika ianya menjadi terlalu liat dan keras, tambah air atau air gula agar ianya boleh lembut         kembali.

                                                               SELAMAT MENCUBA!!

Saturday, January 5, 2013

KOLEKSI TAZKIRAH USTAZ AZHAR IDRUS UNTUK WANITA

Wanita Bahagia: Impian Atau Angan-angan Part 1 & 2.

3 Siri Tazkirah Untuk Wanita:

Saturday, December 22, 2012

Keberkatan Rumahtangga: Kupasan Tanyalah Ustazah

Post ini adalah catatan isi-isi penting yang ku catatkan semasa mendengar slot 'Tanyalah Ustazah' TV9 pada hari Jumaat 21.12.2012 disampaikan oleh Ustazah Norhafizah Binti Musa. Semoga ilmu yang diperolehi melaluinya dapat dikongsi terutamanya kepada yang tidak berkesempatan menonton rancangan ini. Keyboard saya tiada huruf2 jawi untuk saya tuliskan ayat-ayat Quran & hadith yang berkaitan. Semoga apa yang saya tulis ini dapat dimanfaatkan bersama.

Ustazah Norhafizah: Rumahtangga Berkat

Rumahtangga adalah lubuk pahala. Antara tanda rumahtangga yang berkat adalah ahli-ahli rumah bahagia, menjadi inspirasi dan bermotivasi. Salah satu cara untuk panjang umur adalah dengan berkahwin kerana melaluinya mendapat ketenangan.

Antara Khutbah Nabi Muhammad s.a.w yang terakhir adalah pesanan untuk memperlakukan wanita dengan baik. Al Maududi juga pernah menyebut 'Kehidupan suami isteri tanpa kasih sayang adalah ibarat tubuh yang telah mati'.

1) Tips Untuk Menjadikan Rumahtangga Berkat:

1.1)   Penentuan matlamat berumahtangga yang jelas.
1.2)   Pengisian rutin harian dalam rumahtangga.
1.3)   Kekuatan mendindingi rumahtangga dengan doa-doa & wirid-wirid
1.4)   Penilaian & muhasabah sesama ahli rumah.

2) Antara penanda arasan penilaian keberkatan rumahtangga adalah:

2.1)   Allah masukkan sifat lemah lembut & berakhlak mulia di kalangan ahli rumah.
2.2)   Ketrampilan & tanggungjawab suami sebagai pemimpin keluarga. Suami sebagai ketua & pembuat keputusan.
2.3)  Mudah bersilaturrahim & seronok menerima tetamu seperti kisah Abu Talhah yang amat memuliakan tetamunya. Asbab sifatnya itu, Allah beri keberkatan kepada zuriat keturunannya yang soleh.

3) Penilaian tentang hubungan suami isteri:

3.1)   Apakah kita peduli dengan kebahagiaan pasangan kita atau hanya fikirkan kebahagiaan diri kita  sendiri.
3.2)  Jika berselisih faham, apa yang lebih penting melihat kebenaran bukan hanya untuk mempastikan kita sahaja yang betul.
3.3)  Saat merencana masa depan, adakah kita guna perkataan 'kita' bukan 'saya'.

4)  Sesebuah rumahtangga boleh binasa / runtuh apabila: 

4.1)   Maksiat berleluasa dalam rumahtangga seperti apa saja perbuatan syiri'
4.2)   Penghuni rumah tidak solat.
4.3)   Ahli rumahtangga jahil & tidak suka atau tidak berusaha belajar ilmu2 agama.

5) Cara untuk memperoleh rumahtangga yang berkat & harmoni adalah dengan:

5.1)   meraikan & hidupkan bacaan alQuran di dalam rumah.
5.2)   suami & isteri masing-masing menjaga penampilan diri, berhias & kemas.
5.3)   Suami isteri sentiasa mencari ruang & peluang untuk mengeratkan kasih sayang.

Catatan di atas adalah berdasarkan catatan ringkas saya semasa mendengar tazkirah tersebut. Segala yang baik diilhamkan oleh Allah s.w.t dan yang buruk adalah daripada kelemahan diri saya sendiri. Semoga catatan ini dapat dimanfaatkan.
  
Sunday, December 16, 2012

WASPADALAH TERHADAP BARANGAN SYUBHAH & TIDAK HALAL 2

(Info daripada FB  Sahabat Halal JAKIM)

D) WHEY 

Whey adalah bahan yang dipisahkan daripada pepejal susu semasa dalam penghasilan keju. Untuk menentukan samada halal atau sebaliknya perlulah melihat kepada sumber enzim/rennet yang digunakan untuk mengental susu menjadi keju.

Jika sumber rennet untuk menghasilkan keju adalah dari sumber yg haram... maka whey yg dihasilkan juga adalah haram...

Maka, secara dasarnya whey adalah produk yg meragukan @ syubhah.. Wajib dipastikan produk yang mengandungi whey mendapat pengesahan halal yg sah dan diiktiraf.

Whey terkandung di dalam produk2 spt susu tepung(lelemak susu), biskut, coklat dsbnya...

Bagi body builder, whey protein yg diambil di dalam diet pemakanan adalah wajib dipastikan status halal produk tersebut daripada Badan Islam yang diiktiraf.

Whey adalah bahan yang dipisahkan daripada pepejal susu semasa dalam penghasilan keju. Untuk menentukan samada halal atau sebaliknya perlulah melihat kepada sumber enzim/rennet yang digunakan untuk mengental susu menjadi keju.

Jika sumber rennet untuk menghasilkan keju adalah dari sumber yg haram... maka whey yg dihasilkan juga adalah haram...

Maka, secara dasarnya whey adalah produk yg meragukan@syubhah.. Wajib dipastikan produk yang mengandungi whey mendapat pengesahan halal yg sah dan diiktiraf.

Whey terkandung di dalam produk2 spt susu tepung(lelemak susu), biskut, coklat dsbnya...

Bagi body builder, whey protein yg diambil di dalam diet pemakanan adalah wajib dipastikan status halal produk tersebut daripada Badan Islam yang diiktiraf.

Logo halal diiktiraf : https://www.facebook.com/notes/sahabat-halal-jakim/logo-halal-malaysia-yang-sah-dikeluarkan-oleh-jakimjain/410790362292384

Logo halal oleh Badan Islam diiktiraf : http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf

Logo2 halal tidak sah : https://www.facebook.com/notes/sahabat-halal-jakim/logo-halal-yg-tidak-sah-bermula-1-jan-2012/303761032995318

Photo: Whey adalah bahan yang dipisahkan daripada pepejal susu semasa dalam penghasilan keju. Untuk menentukan samada halal atau sebaliknya perlulah melihat kepada sumber enzim/rennet yang digunakan untuk mengental susu menjadi keju.

Jika sumber rennet untuk menghasilkan keju adalah dari sumber yg haram... maka whey yg dihasilkan juga adalah haram...

Maka, secara dasarnya whey adalah produk yg meragukan@syubhah.. Wajib dipastikan produk yang mengandungi whey mendapat pengesahan halal yg sah dan diiktiraf.

Whey terkandung di dalam produk2 spt susu tepung(lelemak susu), biskut, coklat dsbnya...

Bagi body builder, whey protein yg diambil di dalam diet pemakanan adalah wajib dipastikan status halal produk tersebut daripada Badan Islam yang diiktiraf. 

Logo halal diiktiraf : https://www.facebook.com/notes/sahabat-halal-jakim/logo-halal-malaysia-yang-sah-dikeluarkan-oleh-jakimjain/410790362292384

Logo halal oleh Badan Islam diiktiraf : http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf

Logo2 halal tidak sah : https://www.facebook.com/notes/sahabat-halal-jakim/logo-halal-yg-tidak-sah-bermula-1-jan-2012/303761032995318  

E) SUNTIKAN BOTOX 

Hukum Suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4 - 6 April 2006 telah membincangkan Hukum Suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA). Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Setelah meneliti laporan kajian dari dalam dan luar negara serta hujah-hujah yang jelas dalam pengeluaran fatwa oleh be
berapa negara Islam lain, Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan, najis dan diharamkan, antara bahan-bahannya ialah khinzir.

Suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox ini juga didapati boleh memberi mudharat kepada pengguna bagi jangka pendek, jangka panjang dan boleh dimanipulasikan untuk tujuan penipuan.

Berdasarkan kepada penemuan-penemuan seperti yang dinyatakan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox adalah haram digunakan.

Walaubagaimanapun untuk tujuan perubatan, suntikan Botulinum Toxin Type A ini adalah dibenarkan dengan syarat penggunaannya dalam keadaaan darurat dan mengikut keperluan serta dilakukan oleh pakar yang bertauliah.

Keterangan/Hujah:

Botox adalah singkatan Botulinum Toxin Type A (Botox cosmetic). Ia adalah sejenis protin kompleks yang dihasilkan oleh sejenis bakteria, clostridium botulinum yang mengandungi racun yang hampir sama dengan racun yang dikenalpasti menjadi punca keracunan makanan. Toksin bakteria Botulinum ini boleh melumpuhkan fungsi otot perut dan ia boleh membawa maut jika diambil dalam jumlah yang besar kira-kira 5000 unit. Dalam konteks penggunaanya di bidang rawatan kosmetik, Botox yang digunakan untuk terapi dikatakan selamat dan tidak membahayakan tubuh kerana dosnya hanya 1% dari dos yang boleh menyebabkan gejala keracunan.

Berdasarkan maklumat kajian perubatan yang dikemukakan oleh American Medical Association, Chicago U.S.A dan American Veterinary Medical Association Schaumburg U.S.A. berkaitan kandungan Botulinum Toxin Type A dan laporan yang terkandung di dalam kertas fatwa Department Of Islamic Endowment And Religious Affairs Ecumenical Decrees (Fatwa) And Research Committee Synod Of Islamic Jurisprudence Dubai, United Arab Emirates (UAE), BTA dihasilkan daripada sumber-sumber yang meragukan dan kemudharatan yang dialami akibat penggunaannya amat besar dan ramai umat Islam menggunakannya.

Kebanyakan mereka yang menggunakan suntikan BTA ini lebih cenderung kepada kepentingan yang dilarang oleh Syariat Islam.Suntikan BTA ini adalah bersifat sementara dan ia merupakan suatu penipuan (gharar) kepada pasangan (suami atau isteri) apabila keadaan fizikal seseorang itu kembali kepada asal. Ini mengakibatkan salah seorang daripada mereka boleh menuntut fasakh .Dalam berhias beberapa perkara perlu dikenalpasti agar tidak terkeluar dari landasan syarak. Pertama, bahan yang digunakan untuk berhias hendaklah bebas daripada sebarang unsur yang meragukan atau seperti daripada haiwan atau mengandungi perkara yang najis; Kedua, bahan yang digunakan itu hendaklah tidak memudharatkan; Ketiga, tidak bersikap berlebih-lebihan sehingga merubah ciptaan Allah swt. Keempat, berhias hendaklah dengan niat yang bersih kerana berhias menjadi perkara terlarang sekiranya niatnya adalah untuk bertabbaruj lebih-lebih lagi jika ia dilakukan untuk tujuan riak, menunjuk-nunjuk dan dipuji oleh manusia.

Menurut Syeikh Yusuf al-Qardhawy dalam buku al-Halal wa al-Haram menyatakan perbuatan mentatu ( وشم الأبدان), mencukur kening sehingga menjadi nipis sekali ( النمص ) , menjarangkan gigi (المتفلجة) dengan meletakkan sesuatu di celah gigi atau mengasah gigi ( وشرالأسنا) dianggap berlebih-lebihan dalam berhias dan bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenar. Beliau secara tegas menyatakan perbuatan sesetengah umat Islam yang melakukan pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan merupakan pengaruh budaya meterialistik Barat sehingga sanggup mengeluarkan wang yang banyak dan menanggung segala kesakitan demi menjalani pembedahan kosmetik untuk mencantikkan anggota seperti hidung, mata dan payu dara.

Ia adalah perbuatan yang termasuk dalam kategori perbuatan yang dilaknat Allah dan RasulNya. Ini kerana ia bukan sahaja terkandung penyiksaan bahkan merubah bentuk ciptaan Allah tanpa sebarang kepentingan yang diharuskan syarak.

Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya al-Mufassal fi Ahlam al-Mar’ah wa Bait al-Muslim fi al-Syariah al-Islamiyyah, membincangkan isu usaha wanita untuk mencantikkan diri mereka dalam konteks yang lebih luas. Sebarang aktiviti ke arah kecantikan atas usaha sendiri seperti mengamalkan senaman, berbedak, bercelak, bertindik telinga, mengawal pemakanan sama ada dengan tujuan untuk menambah atau menurunkan berat badan adalah harus kerana termasuk dalam a’mal al-tajmil.

Hukum Suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4 - 6 April 2006 telah membincangkan Hukum Suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA). Muzakarah telah memutuskan bahawa:

    Setelah meneliti laporan kajian dari dalam dan luar negara serta hujah-hujah yang jelas dalam pengeluaran fatwa oleh beberapa negara Islam lain, Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan, najis dan diharamkan, antara bahan-bahannya ialah khinzir.
     
    Suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox ini juga didapati boleh memberi mudharat kepada pengguna bagi jangka pendek, jangka panjang dan boleh dimanipulasikan untuk tujuan penipuan.
     
    Berdasarkan kepada penemuan-penemuan seperti yang dinyatakan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox adalah haram digunakan.
     
    Walaubagaimanapun untuk tujuan perubatan, suntikan Botulinum Toxin Type A ini adalah dibenarkan dengan syarat penggunaannya dalam keadaaan darurat dan mengikut keperluan serta dilakukan oleh pakar yang bertauliah.

Keterangan/Hujah: 
 
    Botox adalah singkatan Botulinum Toxin Type A (Botox cosmetic). Ia adalah sejenis protin kompleks yang dihasilkan oleh sejenis bakteria, clostridium botulinum yang mengandungi racun yang hampir sama dengan racun yang dikenalpasti menjadi punca keracunan makanan. Toksin bakteria Botulinum ini boleh melumpuhkan fungsi otot perut dan ia boleh membawa maut jika diambil dalam jumlah yang besar kira-kira 5000 unit. Dalam konteks penggunaanya di bidang rawatan kosmetik, Botox yang digunakan untuk terapi dikatakan selamat dan tidak membahayakan tubuh kerana dosnya hanya 1% dari dos yang boleh menyebabkan gejala keracunan.
     
    Berdasarkan maklumat kajian perubatan yang dikemukakan oleh American Medical Association, Chicago U.S.A dan American Veterinary Medical Association Schaumburg U.S.A. berkaitan kandungan Botulinum Toxin Type A dan laporan yang terkandung di dalam kertas fatwa Department Of Islamic Endowment And Religious Affairs Ecumenical Decrees (Fatwa) And Research Committee Synod Of Islamic Jurisprudence Dubai, United Arab Emirates (UAE), BTA dihasilkan daripada sumber-sumber yang meragukan dan kemudharatan yang dialami akibat penggunaannya amat besar dan ramai umat Islam menggunakannya.
     
    Kebanyakan mereka yang menggunakan suntikan BTA ini lebih cenderung kepada kepentingan yang dilarang oleh Syariat Islam.Suntikan BTA ini adalah bersifat sementara dan ia merupakan suatu penipuan (gharar) kepada pasangan (suami atau isteri) apabila keadaan fizikal seseorang itu kembali kepada asal. Ini mengakibatkan salah seorang daripada mereka boleh menuntut fasakh .Dalam berhias beberapa perkara perlu dikenalpasti agar tidak terkeluar dari landasan syarak. Pertama, bahan yang digunakan untuk berhias hendaklah bebas daripada sebarang unsur yang meragukan atau seperti daripada haiwan atau mengandungi perkara yang najis; Kedua, bahan yang digunakan itu hendaklah tidak memudharatkan; Ketiga, tidak bersikap berlebih-lebihan sehingga merubah ciptaan Allah swt. Keempat, berhias hendaklah dengan niat yang bersih kerana berhias menjadi perkara terlarang sekiranya niatnya adalah untuk bertabbaruj lebih-lebih lagi jika ia dilakukan untuk tujuan riak, menunjuk-nunjuk dan dipuji oleh manusia.
     
    Menurut Syeikh Yusuf al-Qardhawy dalam buku al-Halal wa al-Haram menyatakan perbuatan mentatu ( وشم الأبدان), mencukur kening sehingga menjadi nipis sekali ( النمص ) , menjarangkan gigi (المتفلجة) dengan meletakkan sesuatu di celah gigi atau mengasah gigi ( وشرالأسنا) dianggap berlebih-lebihan dalam berhias dan bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenar. Beliau secara tegas menyatakan perbuatan sesetengah umat Islam yang melakukan pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan merupakan pengaruh budaya meterialistik Barat sehingga sanggup mengeluarkan wang yang banyak dan menanggung segala kesakitan demi menjalani pembedahan kosmetik untuk mencantikkan anggota seperti hidung, mata dan payu dara.
     
    Ia adalah perbuatan yang termasuk dalam kategori perbuatan yang dilaknat Allah dan RasulNya. Ini kerana ia bukan sahaja terkandung penyiksaan bahkan merubah bentuk ciptaan Allah tanpa sebarang kepentingan yang diharuskan syarak.
     
    Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya al-Mufassal fi Ahlam al-Mar’ah wa Bait al-Muslim fi al-Syariah al-Islamiyyah, membincangkan isu usaha wanita untuk mencantikkan diri mereka dalam konteks yang lebih luas. Sebarang aktiviti ke arah kecantikan atas usaha sendiri seperti mengamalkan senaman, berbedak, bercelak, bertindik telinga, mengawal pemakanan sama ada dengan tujuan untuk menambah atau menurunkan berat badan adalah harus kerana termasuk dalam a’mal al-tajmil.

Saturday, December 8, 2012

WASPADALAH TERHADAP BARANGAN SYUBHAH & TIDAK HALAL 1

(Info daripada FB  Sahabat Halal JAKIM)

A)  OVALETTE
PASTIKAN OVALATTE YG ANDA BELI MEMPUNYAI STATUS HALAL YG SAH DAN DIIKTIRAF.
PERHATIAN : Kepada anda yang menggunakan Ovalette sebagai bahan ramuan di dalam produk/masakan anda!

OVALATTE adalah bahan dalam Kategori SYUBHAH/MASYBUH kerana mengandungi bahan Mono and Diglycerides@ E471 - pengemulsi, yang boleh jadi datang dari sumber haiwan yang haram, haiwan yang tidak disembelih atau tumbuhan.

Nama lain yg digunakan ialah Sponge Gel/Quick 75.

Mono and diglycerides (E471 - Pengusaha tidak menggunakan label E471), rujuk note tentang E Code bagi yang belum jelas. 

Bahan lain dalam ovalatte iailah Polyglycerol, Polysorbate, Sorbitol, Propylene Glycol, Tartrazine dan air.

PASTIKAN OVALATTE YG ANDA BELI MEMPUNYAI STATUS HALAL YG SAH DAN DIIKTIRAF.

JIKA BAHAN TERSEBUT DI REPACKING, MINTA BUNGKUSAN ASALNYA SERTA SALINAN SIJIL HALAL. PASTIKAN NAMA SYARIKAT DI SIJIL HALAL DAN DIBUNGKUSAN ADALAH SAMA!

Antara produk yg selalu diadun menggunakan ovalatte ialah (BUKAN bermaksud produk-produk ini haram- cuma perlu berhati2) :

1. Sponge cake
2. Muffin
3. Akok/Bahulu
4. Apam/apom 
5. Cup cake
6. Kek Lapis
7. Aiskrim
PERHATIAN : Kepada anda yang menggunakan Ovalette sebagai bahan ramuan di dalam produk/masakan anda!

OVALATTE adalah bahan dalam Kategori SYUBHAH/MASYBUH kerana mengandungi bahan Mono and Diglycerides@ E471 - pengemulsi, yang boleh jadi datang dari sumber haiwan yang haram, haiwan yang tidak disembelih atau tumbuhan.

Nama lain yg digunakan ialah Sponge Gel/Quick 75.

Mono and diglycerides (E471 - Pengusaha tidak menggunakan label E471), rujuk note tentang E Code bagi yang belum jelas.

Bahan lain dalam ovalatte iailah Polyglycerol, Polysorbate, Sorbitol, Propylene Glycol, Tartrazine dan air.

JIKA BAHAN TERSEBUT DI REPACKING, MINTA BUNGKUSAN ASALNYA SERTA SALINAN SIJIL HALAL. PASTIKAN NAMA SYARIKAT DI SIJIL HALAL DAN DIBUNGKUSAN ADALAH SAMA!

Antara produk yg selalu diadun menggunakan ovalatte ialah (BUKAN bermaksud produk-produk ini haram- cuma perlu berhati2 dengan kandungannya) :

1. Sponge cake
2. Muffin
3. Akok/Bahulu
4. Apam/apom
5. Cup cake
6. Kek Lapis
7. Aiskrim

 B) CHEESE / KEJU

Adakah Cheese yg anda makan adalah halal?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-27 yang bersidang pada 3 Oct 1990 telah membincangkan Keju Sebagai Bahan Makanan. Muzakarah telah memutuskan bahawa keju sebagai bahan makanan adalah harus samada enzime yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuhan atau kulat atau binatang yang halal dan disembelih.

1. Hujah/Ulasan

(a) Muzakarah mengambil maklum akan penjelasan yang telah disampaikan oleh Dr. Abu Bakar Hussain dari Bahagian Teknologi Makanan MARDI seperti berikut:

Keju merupakan makanan harian yang berkhasiat kerana ia mengandungi vitamin, protin, lemak, kalsium dan zat besi. Kebanyakan keju dihasilkan daripada susu lembu, tetapi oleh kerana susu ini cair maka untuk memendapkan pepejal yang ada dalam susu, ia mesti digunakan "enzime" dalam pembuatan keju yang dikenali sebagai "renet".

Enzime boleh diperolehi daripada tumbuhan atau pun kulat, tetapi enzime daripada anak lembu adalah yang paling baik untuk membuat keju. Selain enzime anak lembu, ia juga didapati daripada anak kambing, anak biri-biri dan anak babi. Enzime daripada anak lembu adalah yang paling praktikal kerana dagingya boleh dijual dengan harga yang mahal. Perut anak lembu itu dikeluarkan dan dikeringkan, untuk mendapat enzime yang dipanggil renet. Renet itu dimasukkan sedikit sahaja ke dalam susu untuk menjadikan keju.

Kebanyakan keju yang diimport oleh Malaysia adalah datangnya dari negara-negara bukan Islam. Timbul keraguan tentang keju yang diimport itu, sama anak binatang yang diambil renet itu daripada binatang yang halal atau tidak. Dan jikalau binatang halal adakah anak binatang itu disembelih secara islam.

Kebanyakan keju di pasaran hanya ditulis dengan perkataan renet sahaja tanpa ditulis punca asal renet itu diambil sama ada daripada binatang halal atau tidak.

(b) Muzakarah mengambil ingatan di atas pandangan-pandangan seperti berikut:

Renet atau "infah" yang dijadikan enzim untuk membuat keju itu diambil daripada anak binatang, sama ada ianya daripada binatang yang halal atau pun tidak.

Menurut pendapat Mazhab Syafie dalam kitab" " Jilid 1 karangan Wahbah Zahili, bahawa dimaafkan daripada infah iaitu renet yang digunakan untuk membuat keju, juga seperti dimaafkan alkohol untuk membuat ubat dan bau-bauan. Dimaafkan juga seperti ulat yang mati di dalam buah, selama ulat itu tidak dibuang dan dimasukkan kembali ke dalam buah tersebut , dan selama mana ulat itu tidak merubah keadaan buah itu sama ada dari segi warna, rasa dan bau.

Menurut mazhab Abu Hanifah dalam Majmu' Fatawa Sheikh Al-Islami Ibnu Taimiyah Jilid 21, ada pendapat yang mengatakan keju adalah harus dimakan dan ada pula pendapat yang mengatakan keju tidak harus. Pendapat yang mengatakan keju adalah harus, mereka berhujah bahawa pada zaman Sahabat, keju dimakan adalah yang diimport daripada orang-orang Majusi. Pada hal sembelihan orang-orang Majusi adalah tidak boleh dimakan.

Menurut satu pendapat daripada Imam Ramli, seorang ulama' Shafie, seperti yang dinaqalkan oleh Sheikh Zainal Abidin Ibnu Muhamad Al-Fathani di dalam kitab" " Juzu' Pertama bahawa "jubnun atau keju itu halal dan boleh dimaafkan"

Ulama'-ulama' Islam juga berpendapat bahawa ukuran sesuatu bahan itu najis atau pun tidak adalah berdasarkan kepada sesuatu benda yang najis itu adakah boleh merubah sesuatu bahan makanan dari segi warna, rasa dan baunya. Selagi bahan makanan itu tidak berubah, maka ia boleh dimakan.

2) Muzakarah telah mengambil keputusan bahawa keju sebagai bahan makanan adalah harus dengan syarat enzime yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan atau kulat dan sekiranya daripada binatang hendaklah binatang halal yang disembelih menurut secara islam.

Jadi kesimpulanya keju adalah harus untuk dimakan dengan syarat jika renet diambil daripada binatang yang disembelih menurut secara Islam.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-27 yang bersidang pada 3 Oct 1990 telah membincangkan Keju Sebagai Bahan Makanan. Muzakarah telah memutuskan bahawa keju sebagai bahan makanan adalah
harus samada enzime yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuhan atau kulat atau binatang yang halal dan disembelih.

1. Hujah/Ulasan

(a) Muzakarah mengambil maklum akan penjelasan yang telah disampaikan oleh Dr. Abu Bakar Hussain dari Bahagian Teknologi Makanan MARDI seperti berikut:

Keju merupakan makanan harian yang berkhasiat kerana ia mengandungi vitamin, protin, lemak, kalsium dan zat besi. Kebanyakan keju dihasilkan daripada susu lembu, tetapi oleh kerana susu ini cair maka untuk memendapkan pepejal yang ada dalam susu, ia mesti digunakan "enzime" dalam pembuatan keju yang dikenali sebagai "renet".

Enzime boleh diperolehi daripada tumbuhan atau pun kulat, tetapi enzime daripada anak lembu adalah yang paling baik untuk membuat keju. Selain enzime anak lembu, ia juga didapati daripada anak kambing, anak biri-biri dan anak babi. Enzime daripada anak lembu adalah yang paling praktikal kerana dagingya boleh dijual dengan harga yang mahal. Perut anak lembu itu dikeluarkan dan dikeringkan, untuk mendapat enzime yang dipanggil renet. Renet itu dimasukkan sedikit sahaja ke dalam susu untuk menjadikan keju.

Kebanyakan keju yang diimport oleh Malaysia adalah datangnya dari negara-negara bukan Islam. Timbul keraguan tentang keju yang diimport itu, sama anak binatang yang diambil renet itu daripada binatang yang halal atau tidak. Dan jikalau binatang halal adakah anak binatang itu disembelih secara islam.

Kebanyakan keju di pasaran hanya ditulis dengan perkataan renet sahaja tanpa ditulis punca asal renet itu diambil sama ada daripada binatang halal atau tidak.

(b) Muzakarah mengambil ingatan di atas pandangan-pandangan seperti berikut:

Renet atau "infah" yang dijadikan enzim untuk membuat keju itu diambil daripada anak binatang, sama ada ianya daripada binatang yang halal atau pun tidak.

Menurut pendapat Mazhab Syafie dalam kitab" " Jilid 1 karangan Wahbah Zahili, bahawa dimaafkan daripada infah iaitu renet yang digunakan untuk membuat keju, juga seperti dimaafkan alkohol untuk membuat ubat dan bau-bauan. Dimaafkan juga seperti ulat yang mati di dalam buah, selama ulat itu tidak dibuang dan dimasukkan kembali ke dalam buah tersebut , dan selama mana ulat itu tidak merubah keadaan buah itu sama ada dari segi warna, rasa dan bau.

Menurut mazhab Abu Hanifah dalam Majmu' Fatawa Sheikh Al-Islami Ibnu Taimiyah Jilid 21, ada pendapat yang mengatakan keju adalah harus dimakan dan ada pula pendapat yang mengatakan keju tidak harus. Pendapat yang mengatakan keju adalah harus, mereka berhujah bahawa pada zaman Sahabat, keju dimakan adalah yang diimport daripada orang-orang Majusi. Pada hal sembelihan orang-orang Majusi adalah tidak boleh dimakan.

Menurut satu pendapat daripada Imam Ramli, seorang ulama' Shafie, seperti yang dinaqalkan oleh Sheikh Zainal Abidin Ibnu Muhamad Al-Fathani di dalam kitab" " Juzu' Pertama bahawa "jubnun atau keju itu halal dan boleh dimaafkan"

Ulama'-ulama' Islam juga berpendapat bahawa ukuran sesuatu bahan itu najis atau pun tidak adalah berdasarkan kepada sesuatu benda yang najis itu adakah boleh merubah sesuatu bahan makanan dari segi warna, rasa dan baunya. Selagi bahan makanan itu tidak berubah, maka ia boleh dimakan.

2) Muzakarah telah mengambil keputusan bahawa keju sebagai bahan makanan adalah harus dengan syarat enzime yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan atau kulat dan sekiranya daripada binatang hendaklah binatang halal yang disembelih menurut secara islam.

Jadi kesimpulanya keju adalah harus untuk dimakan dengan syarat jika renet diambil daripada binatang yang disembelih menurut secara islam. Wassalam...
Photo: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-27 yang bersidang pada 3 Oct 1990 telah membincangkan Keju Sebagai Bahan Makanan. Muzakarah telah memutuskan bahawa keju sebagai bahan makanan adalah harus samada enzime yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuhan atau kulat atau binatang yang halal dan disembelih.

1. Hujah/Ulasan

(a) Muzakarah mengambil maklum akan penjelasan yang telah disampaikan oleh Dr. Abu Bakar Hussain dari Bahagian Teknologi Makanan MARDI seperti berikut:

    Keju merupakan makanan harian yang berkhasiat kerana ia mengandungi vitamin, protin, lemak, kalsium dan zat besi. Kebanyakan keju dihasilkan daripada susu lembu, tetapi oleh kerana susu ini cair maka untuk memendapkan pepejal yang ada dalam susu, ia mesti digunakan "enzime" dalam pembuatan keju yang dikenali sebagai "renet".

    Enzime boleh diperolehi daripada tumbuhan atau pun kulat, tetapi enzime daripada anak lembu adalah yang paling baik untuk membuat keju. Selain enzime anak lembu, ia juga didapati daripada anak kambing, anak biri-biri dan anak babi. Enzime daripada anak lembu adalah yang paling praktikal kerana dagingya boleh dijual dengan harga yang mahal. Perut anak lembu itu dikeluarkan dan dikeringkan, untuk mendapat enzime yang dipanggil renet. Renet itu dimasukkan sedikit sahaja ke dalam susu untuk menjadikan keju.

    Kebanyakan keju yang diimport oleh Malaysia adalah datangnya dari negara-negara bukan Islam. Timbul keraguan tentang keju yang diimport itu, sama anak binatang yang diambil renet itu daripada binatang yang halal atau tidak. Dan jikalau binatang halal adakah anak binatang itu disembelih secara islam.

    Kebanyakan keju di pasaran hanya ditulis dengan perkataan renet sahaja tanpa ditulis punca asal renet itu diambil sama ada daripada binatang halal atau tidak.

(b) Muzakarah mengambil ingatan di atas pandangan-pandangan seperti berikut:

    Renet atau "infah" yang dijadikan enzim untuk membuat keju itu diambil daripada anak binatang, sama ada ianya daripada binatang yang halal atau pun tidak.

    Menurut pendapat Mazhab Syafie dalam kitab"  " Jilid 1 karangan Wahbah Zahili, bahawa dimaafkan daripada infah iaitu renet yang digunakan untuk membuat keju, juga seperti dimaafkan alkohol untuk membuat ubat dan bau-bauan. Dimaafkan juga seperti ulat yang mati di dalam buah, selama ulat itu tidak dibuang dan dimasukkan kembali ke dalam buah tersebut , dan selama mana ulat itu tidak merubah keadaan buah itu sama ada dari segi warna, rasa dan bau.

    Menurut mazhab Abu Hanifah dalam Majmu' Fatawa Sheikh Al-Islami Ibnu Taimiyah Jilid 21, ada pendapat yang mengatakan keju adalah harus dimakan dan ada pula pendapat yang mengatakan keju tidak harus.  Pendapat yang mengatakan keju adalah harus, mereka berhujah bahawa pada zaman Sahabat, keju dimakan adalah yang diimport daripada orang-orang Majusi. Pada hal sembelihan orang-orang Majusi adalah tidak boleh dimakan.

    Menurut satu pendapat daripada Imam Ramli, seorang ulama' Shafie, seperti yang dinaqalkan oleh Sheikh Zainal Abidin Ibnu Muhamad Al-Fathani di dalam kitab"  " Juzu' Pertama bahawa "jubnun atau keju itu halal dan boleh dimaafkan"

    Ulama'-ulama' Islam juga berpendapat bahawa ukuran sesuatu bahan itu najis atau pun tidak adalah berdasarkan kepada sesuatu benda yang najis itu adakah boleh merubah sesuatu bahan makanan dari segi warna, rasa dan baunya. Selagi bahan makanan itu tidak berubah, maka ia boleh dimakan.

2) Muzakarah telah mengambil keputusan bahawa keju sebagai bahan makanan adalah harus dengan syarat enzime yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan atau kulat dan sekiranya daripada binatang hendaklah binatang halal yang disembelih menurut secara islam.

Jadi kesimpulanya keju adalah harus untuk dimakan dengan syarat jika renet diambil daripada binatang yang disembelih menurut secara islam. Wassalam... 

C) GENETIC MODIFIED FOOD (GMF) 

Banyak sayuran GMO di terutama di Cameron Highlands...
Hukum Memakan Makanan Terubahsuai Genetik (Genetic Modified Food)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Makanan Terubahsuai Genetik (Genetic Modified Food). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Yaakob Che Man(AlMarhum), Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia serta meneliti hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mengambil perhatian bahawa makanan terubahsuai secara genetik melibatkan pemindahan gen-gen yang halal dan juga tidak halal, dari haiwan dan juga tanaman bagi memberikan ciri-ciri yang dikehendaki sebagai makanan atau ubat-ubatan.

Dalam hal ini Muzakarah berpandangan bahawa Islam menghendaki umatnya supaya memilih makanan yang baik (toyyib) iaitu halal,suci dan tidak memberi mudharat kepada jiwa dan akal manusia dan proses penghasilannya juga tidak memberi mudharat kepada manusia dan alam sekitar.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dalam penghasilan Makanan Terubahsuai Genetik (GM Food), penggunaan bahan-bahan yang diharamkan dan memudaratkan manusia serta alam sekitar adalah dilarang. Manakala penggunaan haiwan ternakan yang halal dibolehkan sekiranya haiwan tersebut disembelih mengikut kaedah syarak.