MOTO:
Sentiasa berusaha untuk melaksana & mendapat yang terbaik; Sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk. ( Hope for he best; be prepared for the worst)

KEYAKINANKU:
Allah tidak membebankan hambaNya kecuali apa yang mampu ditanggung olehnya.(Maksud Surah alBaqarah)
Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNya. Berdoa & berharaplah hanya padaNya, Tuhan yang satu!

DOAKU PADAMU, YA ALLAH:

Ya Allah , aku tidak pernah memohon untuk dikecilkan ujianMu tapi ku sentiasa berharap Kau besarkanlah iman di hatiku utk menempuh sgala ujianMu dgn redha dan tabah. Rahmatilah aku dalam setiap nafas yg masih berbaki. Amiin.

Saturday, December 22, 2012

Keberkatan Rumahtangga: Kupasan Tanyalah Ustazah

Post ini adalah catatan isi-isi penting yang ku catatkan semasa mendengar slot 'Tanyalah Ustazah' TV9 pada hari Jumaat 21.12.2012 disampaikan oleh Ustazah Norhafizah Binti Musa. Semoga ilmu yang diperolehi melaluinya dapat dikongsi terutamanya kepada yang tidak berkesempatan menonton rancangan ini. Keyboard saya tiada huruf2 jawi untuk saya tuliskan ayat-ayat Quran & hadith yang berkaitan. Semoga apa yang saya tulis ini dapat dimanfaatkan bersama.

Ustazah Norhafizah: Rumahtangga Berkat

Rumahtangga adalah lubuk pahala. Antara tanda rumahtangga yang berkat adalah ahli-ahli rumah bahagia, menjadi inspirasi dan bermotivasi. Salah satu cara untuk panjang umur adalah dengan berkahwin kerana melaluinya mendapat ketenangan.

Antara Khutbah Nabi Muhammad s.a.w yang terakhir adalah pesanan untuk memperlakukan wanita dengan baik. Al Maududi juga pernah menyebut 'Kehidupan suami isteri tanpa kasih sayang adalah ibarat tubuh yang telah mati'.

1) Tips Untuk Menjadikan Rumahtangga Berkat:

1.1)   Penentuan matlamat berumahtangga yang jelas.
1.2)   Pengisian rutin harian dalam rumahtangga.
1.3)   Kekuatan mendindingi rumahtangga dengan doa-doa & wirid-wirid
1.4)   Penilaian & muhasabah sesama ahli rumah.

2) Antara penanda arasan penilaian keberkatan rumahtangga adalah:

2.1)   Allah masukkan sifat lemah lembut & berakhlak mulia di kalangan ahli rumah.
2.2)   Ketrampilan & tanggungjawab suami sebagai pemimpin keluarga. Suami sebagai ketua & pembuat keputusan.
2.3)  Mudah bersilaturrahim & seronok menerima tetamu seperti kisah Abu Talhah yang amat memuliakan tetamunya. Asbab sifatnya itu, Allah beri keberkatan kepada zuriat keturunannya yang soleh.

3) Penilaian tentang hubungan suami isteri:

3.1)   Apakah kita peduli dengan kebahagiaan pasangan kita atau hanya fikirkan kebahagiaan diri kita  sendiri.
3.2)  Jika berselisih faham, apa yang lebih penting melihat kebenaran bukan hanya untuk mempastikan kita sahaja yang betul.
3.3)  Saat merencana masa depan, adakah kita guna perkataan 'kita' bukan 'saya'.

4)  Sesebuah rumahtangga boleh binasa / runtuh apabila: 

4.1)   Maksiat berleluasa dalam rumahtangga seperti apa saja perbuatan syiri'
4.2)   Penghuni rumah tidak solat.
4.3)   Ahli rumahtangga jahil & tidak suka atau tidak berusaha belajar ilmu2 agama.


5) Cara untuk memperoleh rumahtangga yang berkat & harmoni adalah dengan:

5.1)   meraikan & hidupkan bacaan alQuran di dalam rumah.
5.2)   suami & isteri masing-masing menjaga penampilan diri, berhias & kemas.
5.3)   Suami isteri sentiasa mencari ruang & peluang untuk mengeratkan kasih sayang.

Catatan di atas adalah berdasarkan catatan ringkas saya semasa mendengar tazkirah tersebut. Segala yang baik diilhamkan oleh Allah s.w.t dan yang buruk adalah daripada kelemahan diri saya sendiri. Semoga catatan ini dapat dimanfaatkan.
  

2 comments:

  1. Boleh dptkn no fon ustazah yg boleh konsling rumah tgga dak area kulim.tq pm 0126138742

    ReplyDelete