MOTO:
Sentiasa berusaha untuk melaksana & mendapat yang terbaik; Sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk. ( Hope for he best; be prepared for the worst)

KEYAKINANKU:
Allah tidak membebankan hambaNya kecuali apa yang mampu ditanggung olehnya.(Maksud Surah alBaqarah)
Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNya. Berdoa & berharaplah hanya padaNya, Tuhan yang satu!

DOAKU PADAMU, YA ALLAH:

Ya Allah , aku tidak pernah memohon untuk dikecilkan ujianMu tapi ku sentiasa berharap Kau besarkanlah iman di hatiku utk menempuh sgala ujianMu dgn redha dan tabah. Rahmatilah aku dalam setiap nafas yg masih berbaki. Amiin.

Saturday, January 26, 2013

RESIPI LOOCHONG / RUMMIT: Sejenis koktail atau desert Thai


Saya kongsikan resipi sejenis koktail atau desert Thai di sini memandangkan ramai kawan-kawan seringkali menanyakan resipinya setiap kali saya menghidangkannya untuk tetamu di rumah atau membawanya ke tempat kerja. Malah ada rakan tempat kerja yang telah mempelajarinya daripada saya dan menjadikanya hidangan istimewa untuk kenduri atau rumah terbuka di rumahnya. Saya begitu teruja mendengar ceritanya bahawa anak-anak lelakinya sangat menyukai 'Loochong' dan dah pandai membuatnya sendiri. InsyaAllah ramai kawan-kawan saya telah mencuba dan menyukainya.

Loochong atau turut dipanggil rummit adalah agak popular di Selatan Thailand. Saya mempelajari teknik pembuatannya daripada arwah ayahanda saya yang dilahirkan & dibesarkan di Pattani, S.Thailand. Semoga perkongsian resipi ini dapat menjadi ilmu yang dimanfaatkan & pahalanya dihadiahkan kepada almarhum Hj Yaacob Bin Husain.

Persedian Bahan:
Tepung ubi
Aneka pewarna yang dibenarkan
Agar-agar parut (yang dimasak pekat TANPA gula, disejukkan sehingga keras & diparut kasar.)
Buah kabung / enau
Air gula (yang dimasak dengan daun pandan)
Susu cair / sejat
Susu pekat manis
Ais kiub


1) Tepung ubi digaulkan dengan air panas yang mendidih sedikit sedikit. Air panas mendidihitu akan menjadikan tepung tersebut melekat & membentuk doh. Hati-hati menggunakan air panas, pada awal mengacau, boleh digunakan sudu atau sudip kecil.



2) Uli tepung yang digaulkan dengan air panas sehingga menjadi doh yang licin dan tidak melekat.


3) Doh tadi dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan.





4) Doh dicanai  dan dipotong. Perlu ditaburkan sedikit tepung ubi di atas papan canai dan juga di atas doh agar ianta tidak melekat dan mudah dpotong.





5) Doh yang telah dipoong pun perlu digaulakan dengan tepung ubi lagi agar tidak melekat.


6) Beginilah doh yangberwarna merah yang telah dipotong panjang lebih kurang 1 inci.dan 0.5 cm lebar. Buat cara yang sama untuk kesemua warna.


7) Panaskan air sehingga mendidih. Apabila air mendidih, masukkan poongan doh tadi dan masaklah sehingga ianya timbul di permukaan beberapa ketika. (cara seperti merebus buah melaka). Kepingan doh yang telah masak berkilat dan agak cerah serta kelihatan seperti jeli. Sediakan sebekas air  secukupnya untuk dimasukkan bahan yang telah siap masak. Pastikan betul-betul masak sebelum diangkat kerana ianya akan liat jika tiak cukup masak.


8) Angkat bahan yang telah masak dengan menggunakan penapis, sejatkan dan segera masukkannya ke dalam air biasa yang telah disediakan. Biarkan terendam di dalam air tersebut. Bila hendak dimakan, ditos seketika sebelum dicampurkan dengan bahan lain.

9) Untuk dihidangkan, campurkan bahan2 berikut.
                   Air gula
                   Susu pekat
                   Susu cair
                   Buah kabung / enau
                   Parutan agar-agar kosong
                   Bahan rebusan berwarna drpd tepung ubi
                   Ais kiub
                   (jika suka & untuk menambah citarasa boleh dicarik-carikkan buah nangka & campurkan sekali)
  
 ## air gula dan susu pekat bergantung kepada citarasa tahap manis yang digemari. Susu sejat / susu cair     untuk menjadikan desert ini lemak berkrim. Perlu diingatkan bahawa bahan yg diperbuat drpd tepung         ubi tadi perlu sentiasa terendam dalam cecair  (air atau susu cair) yg mencukupi agar ianya lembut dan         tidak keras. Jika ianya menjadi terlalu liat dan keras, tambah air atau air gula agar ianya boleh lembut         kembali.


                                                               SELAMAT MENCUBA!!

2 comments:

  1. salam akak.. boleh ke buat dengan tepung sagu..

    ReplyDelete
  2. Maaf yan Che Yana. Akak baru tengok comment ni. Tak pernah lagi la buat dengan tepung sagu. Selalu dengan tepung ubi. Selamat Mencuba ya Yana.

    ReplyDelete