(Info daripada FB Sahabat Halal JAKIM)
D) WHEY
Whey
adalah bahan yang dipisahkan daripada pepejal susu semasa dalam
penghasilan keju. Untuk menentukan samada halal atau sebaliknya perlulah
melihat kepada sumber enzim/rennet yang digunakan untuk mengental susu
menjadi keju.
Jika sumber rennet untuk menghasilkan keju adalah dari sumber yg haram... maka whey yg dihasilkan juga adalah haram...
Maka, secara dasarnya whey adalah produk yg
meragukan @ syubhah.. Wajib dipastikan produk yang mengandungi whey
mendapat pengesahan halal yg sah dan diiktiraf.
Whey terkandung di dalam produk2 spt susu tepung(lelemak susu), biskut, coklat dsbnya...
Bagi body builder, whey protein yg diambil di dalam diet pemakanan
adalah wajib dipastikan status halal produk tersebut daripada Badan
Islam yang diiktiraf.
E) SUNTIKAN BOTOX
Hukum Suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4 - 6 April 2006 telah
membincangkan Hukum Suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA). Muzakarah
telah memutuskan bahawa:
Setelah meneliti laporan kajian dari dalam dan luar negara serta hujah-hujah yang jelas dalam pengeluaran fatwa oleh be
berapa negara Islam lain, Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya
botox didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan, najis dan
diharamkan, antara bahan-bahannya ialah khinzir.
Suntikan
Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox ini juga didapati
boleh memberi mudharat kepada pengguna bagi jangka pendek, jangka
panjang dan boleh dimanipulasikan untuk tujuan penipuan.
Berdasarkan kepada penemuan-penemuan seperti yang dinyatakan tersebut,
Muzakarah memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama
komersialnya botox adalah haram digunakan.
Walaubagaimanapun
untuk tujuan perubatan, suntikan Botulinum Toxin Type A ini adalah
dibenarkan dengan syarat penggunaannya dalam keadaaan darurat dan
mengikut keperluan serta dilakukan oleh pakar yang bertauliah.
Keterangan/Hujah:
Botox adalah singkatan Botulinum Toxin Type A (Botox cosmetic). Ia
adalah sejenis protin kompleks yang dihasilkan oleh sejenis bakteria,
clostridium botulinum yang mengandungi racun yang hampir sama dengan
racun yang dikenalpasti menjadi punca keracunan makanan. Toksin bakteria
Botulinum ini boleh melumpuhkan fungsi otot perut dan ia boleh membawa
maut jika diambil dalam jumlah yang besar kira-kira 5000 unit. Dalam
konteks penggunaanya di bidang rawatan kosmetik, Botox yang digunakan
untuk terapi dikatakan selamat dan tidak membahayakan tubuh kerana
dosnya hanya 1% dari dos yang boleh menyebabkan gejala keracunan.
Berdasarkan maklumat kajian perubatan yang dikemukakan oleh American
Medical Association, Chicago U.S.A dan American Veterinary Medical
Association Schaumburg U.S.A. berkaitan kandungan Botulinum Toxin Type A
dan laporan yang terkandung di dalam kertas fatwa Department Of Islamic
Endowment And Religious Affairs Ecumenical Decrees (Fatwa) And Research
Committee Synod Of Islamic Jurisprudence Dubai, United Arab Emirates
(UAE), BTA dihasilkan daripada sumber-sumber yang meragukan dan
kemudharatan yang dialami akibat penggunaannya amat besar dan ramai umat
Islam menggunakannya.
Kebanyakan mereka yang menggunakan
suntikan BTA ini lebih cenderung kepada kepentingan yang dilarang oleh
Syariat Islam.Suntikan BTA ini adalah bersifat sementara dan ia
merupakan suatu penipuan (gharar) kepada pasangan (suami atau isteri)
apabila keadaan fizikal seseorang itu kembali kepada asal. Ini
mengakibatkan salah seorang daripada mereka boleh menuntut fasakh .Dalam
berhias beberapa perkara perlu dikenalpasti agar tidak terkeluar dari
landasan syarak. Pertama, bahan yang digunakan untuk berhias hendaklah
bebas daripada sebarang unsur yang meragukan atau seperti daripada
haiwan atau mengandungi perkara yang najis; Kedua, bahan yang digunakan
itu hendaklah tidak memudharatkan; Ketiga, tidak bersikap
berlebih-lebihan sehingga merubah ciptaan Allah swt. Keempat, berhias
hendaklah dengan niat yang bersih kerana berhias menjadi perkara
terlarang sekiranya niatnya adalah untuk bertabbaruj lebih-lebih lagi
jika ia dilakukan untuk tujuan riak, menunjuk-nunjuk dan dipuji oleh
manusia.
Menurut Syeikh Yusuf al-Qardhawy dalam buku al-Halal
wa al-Haram menyatakan perbuatan mentatu ( وشم الأبدان), mencukur kening
sehingga menjadi nipis sekali ( النمص ) , menjarangkan gigi (المتفلجة)
dengan meletakkan sesuatu di celah gigi atau mengasah gigi ( وشرالأسنا)
dianggap berlebih-lebihan dalam berhias dan bertentangan dengan jiwa
Islam yang sebenar. Beliau secara tegas menyatakan perbuatan sesetengah
umat Islam yang melakukan pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan
merupakan pengaruh budaya meterialistik Barat sehingga sanggup
mengeluarkan wang yang banyak dan menanggung segala kesakitan demi
menjalani pembedahan kosmetik untuk mencantikkan anggota seperti hidung,
mata dan payu dara.
Ia adalah perbuatan yang termasuk dalam
kategori perbuatan yang dilaknat Allah dan RasulNya. Ini kerana ia bukan
sahaja terkandung penyiksaan bahkan merubah bentuk ciptaan Allah tanpa
sebarang kepentingan yang diharuskan syarak.
Dr. Abdul Karim
Zaidan di dalam bukunya al-Mufassal fi Ahlam al-Mar’ah wa Bait al-Muslim
fi al-Syariah al-Islamiyyah, membincangkan isu usaha wanita untuk
mencantikkan diri mereka dalam konteks yang lebih luas. Sebarang
aktiviti ke arah kecantikan atas usaha sendiri seperti mengamalkan
senaman, berbedak, bercelak, bertindik telinga, mengawal pemakanan sama
ada dengan tujuan untuk menambah atau menurunkan berat badan adalah
harus kerana termasuk dalam a’mal al-tajmil.
No comments:
Post a Comment