Semasa ke UIA P.Jaya untuk menjemput anakanda ke 2, Muhammad Muaz yang baru kembali dari projek bakti di Kemboja, aku mengambil kesempatan untuk terus ke kawasan belakang sekali. Teruja untuk melihat kawasan sekolahku yang dulunya tapak dan bangunan sekolah sementara sekolah berasrama penuh (SBP) agama ke2 Malaysia iaitu SMA Wilayah Persekutuan sebelum berpindah ke dan bertukar nama kepada SMAP Labu, Negeri Sembilan. Dulu SMAWP / SMAL menumpang kawasan belakang UIA PJ sementara menunggu sekolah tetap dibina di Labu.
Aku berada mula belajar di sini mulai tingkatan 4 (selepas memperolehi keputusan SRP cemerlang di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang) iaitu Januari 1983 hingga ting 6 Rendah sementara pada Mac, 1985, kemudian menyambung pengajian di kawasan yang sama iaitu Universiti Islam Antarabangsa Petaling Jaya. Dulu, para pelajar sekolah-sekolah agama di Malaysia yang memperoleh keputusan cemerlang Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan memenuhi kriteria ke Sekolah Berasrama Penuh akan dikumpulkan nama mereka, kemudian akan dibahagikan kepada 2 kumpulan, satu kmpulan akan ke Kolej Islam Kelang dan satu kumpulan lagi akan ke SMAWP.
Sekolah yang ku tinggalkan 28 tahun lepas ternyata kini amat berbeza. Berbagai perasaan bercampur sebaik sahaja melangkah masuk ke kawasan tersebut. Di situlah ku dididik, belajar pelbagai pengalaman dalam kehidupan alam remaja dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Sekolahku dulu bangunan kayu yang amat kecil, maklumlah sekolah sementara, ada 3 blok. Di tengah adalah blok kelas & pentadbiran, di kanan blok asrama lelaki & di kiri asrama perempuan.
Kini, blok asrama pelajar perempuan telah pun dirobohkan dan dibina bangunan batu yang baru. Yang masih ada adalah blok yang dulunya kelas & pentadbiran serta blok asrama pelajar lelaki. Bangunan-bangunan ini kini kelihatan amat usang dan dijadikan kelas-kelas tutorial oleh Pusat Asasi UIA PJ.
Sekolah ini telah berpindah ke Labu, Negeri Sembilan,tiada lagi nama SMA Wilayah Persekutuan, hanya tinggal nostalgia bersama pelbagai memorinya. Setiap kali menyebut nama sekolah ini semasa memberikan latar belakang pendidikan ku, perlu juga menerangkan yang ianya kini SMAP Labu, orang sudah tidak mengenali lagi sekolah ini yang suatu ketika dulu adalah antara sekolah yang amat cemerlang di Malaysia sehinggakan selepas keputusan SPM batchku diumumkan, satu dokumentari khas mengenai sekolah ini dipaparkan di TV RTM. Kini, yang masih ada sedikit persamaan hanyalah logo sekolah SMAP Labu.
Semuanya tinggal kenangan abadi & sejarah yang amat bermakna dalam hidupku dan semua warga SMAWP.
Inilah dulunya blok kelas & pejabat.Inilah satu-satunya gambar semasa SMAWP masih beroperasi si sini (gambar lama). Yang lain selepas ini di ambil pada 30.5.12.
Di kawasan lapang inilah tempat perhimpunan pagi.
Tangga untuk naik ke kelasku semasa tingkatan 4,5 dan 6 Rendah sementara. Lokasi ini jugalah yang pernah melakar sejarah peribadi utama untukku.
Kelasku 5 Putih berada di tingkat satu sebaris dengan tingkatan 6 Rendah, 6 Atas dan pejabat.
Di tengah-tengah blok kelas.Jika tak silap, dulu ada taman & pokok-pokok di tengah-tengah blok ni.
Kelasku 5 Putih berada di tingkat satu sebaris dengan tingkatan 6 Rendah, 6 Atas dan pejabat.
Kelasku semasa tingkatan 4 Putih di tingkat satu sebaris dgn makmal bahasa dan kelas-kelas tingkatan 4 yang lain.
ExSMAWP: Bolehlah mencoretkan pelbagai kenangan / memori di bahagian komen. Semoga segala memori boleh dikongsi dgn teman2 yg sama2 belajar di premis ini. UIAM msh mengekalkan nama blok SMAWiP kpd bangunan bersejarah ini.
ReplyDeleteAssalamu'alaikum Kak Nora
ReplyDeleteDapat link ke blog nih dari FB. Saya menjadi penghuni di SMAWP untuk satu penggal 1987 sebelum berpindah ke Labu.
Yang saya ingat hanyalah bangunan pejabat & asrama putri sbb dulu masa Form 1 kelas 1 Biru - kelas dlm asrama putri :)
Alhamdullilah...masih ada sisa kenangan di SMAWP wpun seketika.
All the best to akak & your huge family :)
Waalaikumussalam. Salam Perkenalan sbg junior sekolah yg sama iaitu SMAWP / SMAPL!! So, adik sempat la guna 2 nama sekolah iaitu SMAWiP & SMAPL ya!
DeleteTerima kasih kpd adik krn sudi 'melawat' blog akak yg tak seberapa ni, baru berjinak dgn dunia blog! Sesungguhnya alam persekolahan melakarkan sejarah yg amat bermakna dlm hidup kita kan dik!
All the best utk adik jg.
Assalamualaikum wbt
ReplyDeleteTerimakasih tak terhingga kepada puan hjh kerana menempelkan gambar-gambar yang mengembalikan 1001 kenangan di smawip. Doakan moga puan berjaya di dunia & akhirat.
Khairuddin Ibrahim - spm 1986
Bukit mertajam
Waalaikumussalam.
DeleteSPM 1986... tentunya adik ni junior akak. Tak perlulah ber'Puan Hjh', formal sgt... panggil KAK kan lebih selesa.
Terima kasih krn sudi membaca blog akak yg tak seberapa ni. Semoga segala pengalaman & ilmu yg diperolehi di SMAWP dulu dapat kita manfaatkan utk menjadi insan yg cemerlang dunia & akhirat.
Salam Kak Nora, saya totally from SMAP Labu Batch SPM 1995. Tergoogle your blog searching for gambar SMAWP. Boleh saya guna gambar2 ini untuk Program 30 Tahun SMAP this coming November 2012.
ReplyDeleteThank you
Fadhal
Adik Fadhal,
DeleteBatch 1995 SMAPL, tahniah dik kerana pernah belajar di situ.
Jazakallahu Khairan Kathira kerana sudi menjengah ke blog akak yg tak seberapa ni. Tafaddhal utk menggunakan gambar2 di atas untuk tujuan yg bermanfaat.
Ada apa2 aktiviti untuk Program SMAWP 30 tahun? Jika berkesempatan & berpeluang, mungkin akak pun boleh turut serta sebagai mantan pelajar.
Assalamualaikum
ReplyDeleteBatch ke 3 SMAWP. Masuk tingkatan 1 tahun 1984, SRP 1986, SPM 1988 (kat SMAP dah).
Nostalgia sungguh...
AMIR
Adik Amir,
DeleteTQVM krn melawat blog akak. Amir Ting 1 1984, masa tu akak ting 5. Kita sempat 1.5 tahun berada di satu bumbung tapi tak kenal kan. Kak di situ hingga Lower Six sementara. Kongsikanlah apa2 yg memori yg unik di blog akak ni. Semoga apa yg kita dapat di SMAWP /SMAP dapat dimanfaatkan utk agama & umat sejagat. Sekali lagi terima kasih. Wassalam.
assalamualaikum puan,tengah2 bercerita tntang sekolah lama dahulu pada anak saya tiba2 teringat nk cari gmbar skolah lama ..subhanallah rupa rupanya terjumpa blog puan hajah..terima kasih bnyak puan.mungkin kenal lagi kot 1 batch haji zaid yahya.
ReplyDeleteWaalaikumussalam.
DeleteAlhamdulillah jk post ini dapat dimanfaatkan.
Betul tu, susah jg nak cerita pada anak2 krn nama sekolah kita dah tiada dalam senarai sekolah. Bila sebut nama SMAWP, perlu ceritakan serba sikit sejarahnya. Ana berkesempatan bawa anak2 ke lokasi SMAWP PJ kerana kebetulan 3 orang anak ana belajar di UIAM dan Pusat Matrikulasi UIAM masih menggunakan bangunan SMAWP sebagai bilik tutorial.
Nama Zaid Yahya... satu batch dgn ana kan? Dulu anta ke yg mengajar di Kulim? Sekarang mengajar di mana? Jika tak silap, adik ipar anta pernah jadi guru ganti di sekolah ana. Lupa dah namanya.
Assalamualaikum Puan Nora,
ReplyDeleteTerima kasih kerana meletakkan sedikit kenangan kepada sekolah SMAWP ni utk tatapan semua. Nama saya Sazali Abu Kassim dan kita adalah dalam satu batch tetapi saya di tingkatan 5 Merah. Malangnya saya kurang mengenali kawan2 hawa semasa di SMAWP.Kawan2 5 Merah selalu juga berhubung sekarang ini dalam gmail yang diadakan. Saya pernah bawak famili saya ke bangunan lama SMAWP tu beberapa tahun lepas, cuma tinggal kenangan sahaja. Anak2 pun macam tak percaya saya bersekolah di bangunan usang itu.
Waalaikumussalam. Sazali, nama yang agak familiar. Saya rasa kita pernah dalam kelas set system Bahasa Inggeris. Saya di set 2 semasa T4 dan set 1 semasa T5.
DeleteTerima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.Alhamdulillah saya juga masih berhubung rapat dgn kawan2 sebatch SMAWP terutamanya Wan Zainab, Cik Lily dan ramai lagi. Benar, sukar memberitahu oranglain termasuk anak-anak tentang sekolah ini yg telah bertukar nama, bangunan dan lokasinya. Namun, ianya tetap memori indah bagi kita yang pernah belajar di sekolah itu.
batch ting satu 1983.. - srp 1985...smawip...di mana saya mengenali apa itu islam, menutup aurad, sahabat dan menggilap jati diri .. thank you teachers, wardens, seniors...miss u smawip..prep time, movie time-friday, kuliah subuh, histeria, foreign teachers,smart and diligent sisters and brothers (I mean ..seniors), friends that last till now...
ReplyDeleteSyukran Jaziilan kerana mengunjungi blog akak. I would really appreciate if you could tell me your name instead of anonymous. Please...
DeleteBatch SPM 85. Sepenuhnya berada di SMAWiP PJ. Juga kembali semula ke halaman bila menjenguk putera sulong di Pusat Asasi UIA. Nostalgic. Kak Nora dan sahabat2 yg lain, bersama kita tautkan silaturrahmi dengan menyertai IKMAL (Alumni SMAWiP/SMAPL) dan memeriahkan setiap program yang diadakan. Hulurkan tangan membantu adik2 (anak2?) di SMAPL dalam apa bentuk sekalipun sebagai tanda terima kasih kepada sekolah.
ReplyDeleteTerima kasih dik kerana mengunjungi blog akak ni. Pastinya junior akak setahun ni tapi siapa ya??
DeleteMohon perkenalkan diri agar boleh saling berinteraksi untuk saling memanfaatkan. Ya, InsyaAllah akak mengikuti perkembangan SMAPL dari jauh dan menyumbang setakat yang termampu
rindunyaaa
ReplyDelete