Tuan Guru Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat.:
Kalau
kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah
dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita
bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana
mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau
sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian
tidurlah. Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa
ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya),
kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang
(kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.
Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk istiqamahkan solat malam, perbanyakkan zikir & mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Bimbinglah dan berikanlah kami taufiq dan hidayahMu,tunjuki kami jalan yang lurus, jalan yang Kau redhai. Isikanlah hati-hati kami dengan kebesaran dan ma'rifatMu.

Semoga sentiasa istiqomah dengan amalan2 sunat kak..semestinya tahajjud,dhuha,witir juga amalan2 yang baik yang lain..paling ringan senyum juga satu sedekah..insyaAllah..moga Allah memberi kekutana pada kita semua..
ReplyDeleteYanbu..
InsyaAllah.Yang pasti kita sentiasa perlu berusaha untuk mantapkan iman dan amal. Hidup ini singkat sahaja, jom kita muhasabah... cukupkah bekalan ke sana, tempat yang kekal abadi. Doakanlah semoga kita diberi kekuatan untuk istiqamah amal.
DeleteTahniah kerana adik diberi keistimewaan & kelebihan oleh Allah kerana terpilih untuk berada di bumi Madinah yang berkat. Peluang untuk menghayati sirah Rasulullah.