
Anda Boleh Jadi Wanita Paling Bahagia'
tulisan Dr 'Aidh Bin Abdullah alQarni.
Selepas menghabiskan pembacaan buku 'Bidadari Syurga' sedikit sebanyak dapat menangani keresahan di hati yang membuat hatiku semakin tenang. Apalah yang ingin dikejar di dunia yang sementara ini. Azamku untuk berikan tumpuan amalan-amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah dan mencari keredhaanNya.
Sentiasa mohon dan berharap kepada Allah yang terbaik. Yakinlah bahawa Allah akan berikan yang terbaik. Mohon Allah beri petunjuk dan kekuatan untuk cintakan ilmu, tingkatkan iman dan perbanyakkan amalan ukhrawi. Kini, buku seterusya untuk dibaca adalah 'Jangan Bersedih: Anda Boleh Jadi Wanita Paling Bahagia' tulisan Dr 'Aidh Bin Abdullah alQarni. Semoga catatan dan ilmu yang terkandung dalam buku ini dapat memberikanku semangat baru untuk terus tabah menghadapi segala cabaran & ujian yang mendatang. Kepada pembaca blog ini, doakanlah diri ini sentiasa kuat, sabar & tabah serta cemerlang di dunia dan akhirat.
Tunggu kupasan buku ini selepas selesai ku membacanya.
No comments:
Post a Comment