MOTO:
Sentiasa berusaha untuk melaksana & mendapat yang terbaik; Sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk. ( Hope for he best; be prepared for the worst)

KEYAKINANKU:
Allah tidak membebankan hambaNya kecuali apa yang mampu ditanggung olehnya.(Maksud Surah alBaqarah)
Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNya. Berdoa & berharaplah hanya padaNya, Tuhan yang satu!

DOAKU PADAMU, YA ALLAH:

Ya Allah , aku tidak pernah memohon untuk dikecilkan ujianMu tapi ku sentiasa berharap Kau besarkanlah iman di hatiku utk menempuh sgala ujianMu dgn redha dan tabah. Rahmatilah aku dalam setiap nafas yg masih berbaki. Amiin.

Saturday, December 22, 2012

Keberkatan Rumahtangga: Kupasan Tanyalah Ustazah

Post ini adalah catatan isi-isi penting yang ku catatkan semasa mendengar slot 'Tanyalah Ustazah' TV9 pada hari Jumaat 21.12.2012 disampaikan oleh Ustazah Norhafizah Binti Musa. Semoga ilmu yang diperolehi melaluinya dapat dikongsi terutamanya kepada yang tidak berkesempatan menonton rancangan ini. Keyboard saya tiada huruf2 jawi untuk saya tuliskan ayat-ayat Quran & hadith yang berkaitan. Semoga apa yang saya tulis ini dapat dimanfaatkan bersama.

Ustazah Norhafizah: Rumahtangga Berkat

Rumahtangga adalah lubuk pahala. Antara tanda rumahtangga yang berkat adalah ahli-ahli rumah bahagia, menjadi inspirasi dan bermotivasi. Salah satu cara untuk panjang umur adalah dengan berkahwin kerana melaluinya mendapat ketenangan.

Antara Khutbah Nabi Muhammad s.a.w yang terakhir adalah pesanan untuk memperlakukan wanita dengan baik. Al Maududi juga pernah menyebut 'Kehidupan suami isteri tanpa kasih sayang adalah ibarat tubuh yang telah mati'.

1) Tips Untuk Menjadikan Rumahtangga Berkat:

1.1)   Penentuan matlamat berumahtangga yang jelas.
1.2)   Pengisian rutin harian dalam rumahtangga.
1.3)   Kekuatan mendindingi rumahtangga dengan doa-doa & wirid-wirid
1.4)   Penilaian & muhasabah sesama ahli rumah.

2) Antara penanda arasan penilaian keberkatan rumahtangga adalah:

2.1)   Allah masukkan sifat lemah lembut & berakhlak mulia di kalangan ahli rumah.
2.2)   Ketrampilan & tanggungjawab suami sebagai pemimpin keluarga. Suami sebagai ketua & pembuat keputusan.
2.3)  Mudah bersilaturrahim & seronok menerima tetamu seperti kisah Abu Talhah yang amat memuliakan tetamunya. Asbab sifatnya itu, Allah beri keberkatan kepada zuriat keturunannya yang soleh.

3) Penilaian tentang hubungan suami isteri:

3.1)   Apakah kita peduli dengan kebahagiaan pasangan kita atau hanya fikirkan kebahagiaan diri kita  sendiri.
3.2)  Jika berselisih faham, apa yang lebih penting melihat kebenaran bukan hanya untuk mempastikan kita sahaja yang betul.
3.3)  Saat merencana masa depan, adakah kita guna perkataan 'kita' bukan 'saya'.

4)  Sesebuah rumahtangga boleh binasa / runtuh apabila: 

4.1)   Maksiat berleluasa dalam rumahtangga seperti apa saja perbuatan syiri'
4.2)   Penghuni rumah tidak solat.
4.3)   Ahli rumahtangga jahil & tidak suka atau tidak berusaha belajar ilmu2 agama.

5) Cara untuk memperoleh rumahtangga yang berkat & harmoni adalah dengan:

5.1)   meraikan & hidupkan bacaan alQuran di dalam rumah.
5.2)   suami & isteri masing-masing menjaga penampilan diri, berhias & kemas.
5.3)   Suami isteri sentiasa mencari ruang & peluang untuk mengeratkan kasih sayang.

Catatan di atas adalah berdasarkan catatan ringkas saya semasa mendengar tazkirah tersebut. Segala yang baik diilhamkan oleh Allah s.w.t dan yang buruk adalah daripada kelemahan diri saya sendiri. Semoga catatan ini dapat dimanfaatkan.
  
Sunday, December 16, 2012

WASPADALAH TERHADAP BARANGAN SYUBHAH & TIDAK HALAL 2

(Info daripada FB  Sahabat Halal JAKIM)

D) WHEY 

Whey adalah bahan yang dipisahkan daripada pepejal susu semasa dalam penghasilan keju. Untuk menentukan samada halal atau sebaliknya perlulah melihat kepada sumber enzim/rennet yang digunakan untuk mengental susu menjadi keju.

Jika sumber rennet untuk menghasilkan keju adalah dari sumber yg haram... maka whey yg dihasilkan juga adalah haram...

Maka, secara dasarnya whey adalah produk yg meragukan @ syubhah.. Wajib dipastikan produk yang mengandungi whey mendapat pengesahan halal yg sah dan diiktiraf.

Whey terkandung di dalam produk2 spt susu tepung(lelemak susu), biskut, coklat dsbnya...

Bagi body builder, whey protein yg diambil di dalam diet pemakanan adalah wajib dipastikan status halal produk tersebut daripada Badan Islam yang diiktiraf.

Whey adalah bahan yang dipisahkan daripada pepejal susu semasa dalam penghasilan keju. Untuk menentukan samada halal atau sebaliknya perlulah melihat kepada sumber enzim/rennet yang digunakan untuk mengental susu menjadi keju.

Jika sumber rennet untuk menghasilkan keju adalah dari sumber yg haram... maka whey yg dihasilkan juga adalah haram...

Maka, secara dasarnya whey adalah produk yg meragukan@syubhah.. Wajib dipastikan produk yang mengandungi whey mendapat pengesahan halal yg sah dan diiktiraf.

Whey terkandung di dalam produk2 spt susu tepung(lelemak susu), biskut, coklat dsbnya...

Bagi body builder, whey protein yg diambil di dalam diet pemakanan adalah wajib dipastikan status halal produk tersebut daripada Badan Islam yang diiktiraf.

Logo halal diiktiraf : https://www.facebook.com/notes/sahabat-halal-jakim/logo-halal-malaysia-yang-sah-dikeluarkan-oleh-jakimjain/410790362292384

Logo halal oleh Badan Islam diiktiraf : http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf

Logo2 halal tidak sah : https://www.facebook.com/notes/sahabat-halal-jakim/logo-halal-yg-tidak-sah-bermula-1-jan-2012/303761032995318

Photo: Whey adalah bahan yang dipisahkan daripada pepejal susu semasa dalam penghasilan keju. Untuk menentukan samada halal atau sebaliknya perlulah melihat kepada sumber enzim/rennet yang digunakan untuk mengental susu menjadi keju.

Jika sumber rennet untuk menghasilkan keju adalah dari sumber yg haram... maka whey yg dihasilkan juga adalah haram...

Maka, secara dasarnya whey adalah produk yg meragukan@syubhah.. Wajib dipastikan produk yang mengandungi whey mendapat pengesahan halal yg sah dan diiktiraf.

Whey terkandung di dalam produk2 spt susu tepung(lelemak susu), biskut, coklat dsbnya...

Bagi body builder, whey protein yg diambil di dalam diet pemakanan adalah wajib dipastikan status halal produk tersebut daripada Badan Islam yang diiktiraf. 

Logo halal diiktiraf : https://www.facebook.com/notes/sahabat-halal-jakim/logo-halal-malaysia-yang-sah-dikeluarkan-oleh-jakimjain/410790362292384

Logo halal oleh Badan Islam diiktiraf : http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf

Logo2 halal tidak sah : https://www.facebook.com/notes/sahabat-halal-jakim/logo-halal-yg-tidak-sah-bermula-1-jan-2012/303761032995318  

E) SUNTIKAN BOTOX 

Hukum Suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4 - 6 April 2006 telah membincangkan Hukum Suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA). Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Setelah meneliti laporan kajian dari dalam dan luar negara serta hujah-hujah yang jelas dalam pengeluaran fatwa oleh be
berapa negara Islam lain, Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan, najis dan diharamkan, antara bahan-bahannya ialah khinzir.

Suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox ini juga didapati boleh memberi mudharat kepada pengguna bagi jangka pendek, jangka panjang dan boleh dimanipulasikan untuk tujuan penipuan.

Berdasarkan kepada penemuan-penemuan seperti yang dinyatakan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox adalah haram digunakan.

Walaubagaimanapun untuk tujuan perubatan, suntikan Botulinum Toxin Type A ini adalah dibenarkan dengan syarat penggunaannya dalam keadaaan darurat dan mengikut keperluan serta dilakukan oleh pakar yang bertauliah.

Keterangan/Hujah:

Botox adalah singkatan Botulinum Toxin Type A (Botox cosmetic). Ia adalah sejenis protin kompleks yang dihasilkan oleh sejenis bakteria, clostridium botulinum yang mengandungi racun yang hampir sama dengan racun yang dikenalpasti menjadi punca keracunan makanan. Toksin bakteria Botulinum ini boleh melumpuhkan fungsi otot perut dan ia boleh membawa maut jika diambil dalam jumlah yang besar kira-kira 5000 unit. Dalam konteks penggunaanya di bidang rawatan kosmetik, Botox yang digunakan untuk terapi dikatakan selamat dan tidak membahayakan tubuh kerana dosnya hanya 1% dari dos yang boleh menyebabkan gejala keracunan.

Berdasarkan maklumat kajian perubatan yang dikemukakan oleh American Medical Association, Chicago U.S.A dan American Veterinary Medical Association Schaumburg U.S.A. berkaitan kandungan Botulinum Toxin Type A dan laporan yang terkandung di dalam kertas fatwa Department Of Islamic Endowment And Religious Affairs Ecumenical Decrees (Fatwa) And Research Committee Synod Of Islamic Jurisprudence Dubai, United Arab Emirates (UAE), BTA dihasilkan daripada sumber-sumber yang meragukan dan kemudharatan yang dialami akibat penggunaannya amat besar dan ramai umat Islam menggunakannya.

Kebanyakan mereka yang menggunakan suntikan BTA ini lebih cenderung kepada kepentingan yang dilarang oleh Syariat Islam.Suntikan BTA ini adalah bersifat sementara dan ia merupakan suatu penipuan (gharar) kepada pasangan (suami atau isteri) apabila keadaan fizikal seseorang itu kembali kepada asal. Ini mengakibatkan salah seorang daripada mereka boleh menuntut fasakh .Dalam berhias beberapa perkara perlu dikenalpasti agar tidak terkeluar dari landasan syarak. Pertama, bahan yang digunakan untuk berhias hendaklah bebas daripada sebarang unsur yang meragukan atau seperti daripada haiwan atau mengandungi perkara yang najis; Kedua, bahan yang digunakan itu hendaklah tidak memudharatkan; Ketiga, tidak bersikap berlebih-lebihan sehingga merubah ciptaan Allah swt. Keempat, berhias hendaklah dengan niat yang bersih kerana berhias menjadi perkara terlarang sekiranya niatnya adalah untuk bertabbaruj lebih-lebih lagi jika ia dilakukan untuk tujuan riak, menunjuk-nunjuk dan dipuji oleh manusia.

Menurut Syeikh Yusuf al-Qardhawy dalam buku al-Halal wa al-Haram menyatakan perbuatan mentatu ( وشم الأبدان), mencukur kening sehingga menjadi nipis sekali ( النمص ) , menjarangkan gigi (المتفلجة) dengan meletakkan sesuatu di celah gigi atau mengasah gigi ( وشرالأسنا) dianggap berlebih-lebihan dalam berhias dan bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenar. Beliau secara tegas menyatakan perbuatan sesetengah umat Islam yang melakukan pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan merupakan pengaruh budaya meterialistik Barat sehingga sanggup mengeluarkan wang yang banyak dan menanggung segala kesakitan demi menjalani pembedahan kosmetik untuk mencantikkan anggota seperti hidung, mata dan payu dara.

Ia adalah perbuatan yang termasuk dalam kategori perbuatan yang dilaknat Allah dan RasulNya. Ini kerana ia bukan sahaja terkandung penyiksaan bahkan merubah bentuk ciptaan Allah tanpa sebarang kepentingan yang diharuskan syarak.

Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya al-Mufassal fi Ahlam al-Mar’ah wa Bait al-Muslim fi al-Syariah al-Islamiyyah, membincangkan isu usaha wanita untuk mencantikkan diri mereka dalam konteks yang lebih luas. Sebarang aktiviti ke arah kecantikan atas usaha sendiri seperti mengamalkan senaman, berbedak, bercelak, bertindik telinga, mengawal pemakanan sama ada dengan tujuan untuk menambah atau menurunkan berat badan adalah harus kerana termasuk dalam a’mal al-tajmil.

Hukum Suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4 - 6 April 2006 telah membincangkan Hukum Suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA). Muzakarah telah memutuskan bahawa:

    Setelah meneliti laporan kajian dari dalam dan luar negara serta hujah-hujah yang jelas dalam pengeluaran fatwa oleh beberapa negara Islam lain, Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan, najis dan diharamkan, antara bahan-bahannya ialah khinzir.
     
    Suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox ini juga didapati boleh memberi mudharat kepada pengguna bagi jangka pendek, jangka panjang dan boleh dimanipulasikan untuk tujuan penipuan.
     
    Berdasarkan kepada penemuan-penemuan seperti yang dinyatakan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox adalah haram digunakan.
     
    Walaubagaimanapun untuk tujuan perubatan, suntikan Botulinum Toxin Type A ini adalah dibenarkan dengan syarat penggunaannya dalam keadaaan darurat dan mengikut keperluan serta dilakukan oleh pakar yang bertauliah.

Keterangan/Hujah: 
 
    Botox adalah singkatan Botulinum Toxin Type A (Botox cosmetic). Ia adalah sejenis protin kompleks yang dihasilkan oleh sejenis bakteria, clostridium botulinum yang mengandungi racun yang hampir sama dengan racun yang dikenalpasti menjadi punca keracunan makanan. Toksin bakteria Botulinum ini boleh melumpuhkan fungsi otot perut dan ia boleh membawa maut jika diambil dalam jumlah yang besar kira-kira 5000 unit. Dalam konteks penggunaanya di bidang rawatan kosmetik, Botox yang digunakan untuk terapi dikatakan selamat dan tidak membahayakan tubuh kerana dosnya hanya 1% dari dos yang boleh menyebabkan gejala keracunan.
     
    Berdasarkan maklumat kajian perubatan yang dikemukakan oleh American Medical Association, Chicago U.S.A dan American Veterinary Medical Association Schaumburg U.S.A. berkaitan kandungan Botulinum Toxin Type A dan laporan yang terkandung di dalam kertas fatwa Department Of Islamic Endowment And Religious Affairs Ecumenical Decrees (Fatwa) And Research Committee Synod Of Islamic Jurisprudence Dubai, United Arab Emirates (UAE), BTA dihasilkan daripada sumber-sumber yang meragukan dan kemudharatan yang dialami akibat penggunaannya amat besar dan ramai umat Islam menggunakannya.
     
    Kebanyakan mereka yang menggunakan suntikan BTA ini lebih cenderung kepada kepentingan yang dilarang oleh Syariat Islam.Suntikan BTA ini adalah bersifat sementara dan ia merupakan suatu penipuan (gharar) kepada pasangan (suami atau isteri) apabila keadaan fizikal seseorang itu kembali kepada asal. Ini mengakibatkan salah seorang daripada mereka boleh menuntut fasakh .Dalam berhias beberapa perkara perlu dikenalpasti agar tidak terkeluar dari landasan syarak. Pertama, bahan yang digunakan untuk berhias hendaklah bebas daripada sebarang unsur yang meragukan atau seperti daripada haiwan atau mengandungi perkara yang najis; Kedua, bahan yang digunakan itu hendaklah tidak memudharatkan; Ketiga, tidak bersikap berlebih-lebihan sehingga merubah ciptaan Allah swt. Keempat, berhias hendaklah dengan niat yang bersih kerana berhias menjadi perkara terlarang sekiranya niatnya adalah untuk bertabbaruj lebih-lebih lagi jika ia dilakukan untuk tujuan riak, menunjuk-nunjuk dan dipuji oleh manusia.
     
    Menurut Syeikh Yusuf al-Qardhawy dalam buku al-Halal wa al-Haram menyatakan perbuatan mentatu ( وشم الأبدان), mencukur kening sehingga menjadi nipis sekali ( النمص ) , menjarangkan gigi (المتفلجة) dengan meletakkan sesuatu di celah gigi atau mengasah gigi ( وشرالأسنا) dianggap berlebih-lebihan dalam berhias dan bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenar. Beliau secara tegas menyatakan perbuatan sesetengah umat Islam yang melakukan pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan merupakan pengaruh budaya meterialistik Barat sehingga sanggup mengeluarkan wang yang banyak dan menanggung segala kesakitan demi menjalani pembedahan kosmetik untuk mencantikkan anggota seperti hidung, mata dan payu dara.
     
    Ia adalah perbuatan yang termasuk dalam kategori perbuatan yang dilaknat Allah dan RasulNya. Ini kerana ia bukan sahaja terkandung penyiksaan bahkan merubah bentuk ciptaan Allah tanpa sebarang kepentingan yang diharuskan syarak.
     
    Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya al-Mufassal fi Ahlam al-Mar’ah wa Bait al-Muslim fi al-Syariah al-Islamiyyah, membincangkan isu usaha wanita untuk mencantikkan diri mereka dalam konteks yang lebih luas. Sebarang aktiviti ke arah kecantikan atas usaha sendiri seperti mengamalkan senaman, berbedak, bercelak, bertindik telinga, mengawal pemakanan sama ada dengan tujuan untuk menambah atau menurunkan berat badan adalah harus kerana termasuk dalam a’mal al-tajmil.

Saturday, December 8, 2012

WASPADALAH TERHADAP BARANGAN SYUBHAH & TIDAK HALAL 1

(Info daripada FB  Sahabat Halal JAKIM)

A)  OVALETTE
PASTIKAN OVALATTE YG ANDA BELI MEMPUNYAI STATUS HALAL YG SAH DAN DIIKTIRAF.
PERHATIAN : Kepada anda yang menggunakan Ovalette sebagai bahan ramuan di dalam produk/masakan anda!

OVALATTE adalah bahan dalam Kategori SYUBHAH/MASYBUH kerana mengandungi bahan Mono and Diglycerides@ E471 - pengemulsi, yang boleh jadi datang dari sumber haiwan yang haram, haiwan yang tidak disembelih atau tumbuhan.

Nama lain yg digunakan ialah Sponge Gel/Quick 75.

Mono and diglycerides (E471 - Pengusaha tidak menggunakan label E471), rujuk note tentang E Code bagi yang belum jelas. 

Bahan lain dalam ovalatte iailah Polyglycerol, Polysorbate, Sorbitol, Propylene Glycol, Tartrazine dan air.

JIKA BAHAN TERSEBUT DI REPACKING, MINTA BUNGKUSAN ASALNYA SERTA SALINAN SIJIL HALAL. PASTIKAN NAMA SYARIKAT DI SIJIL HALAL DAN DIBUNGKUSAN ADALAH SAMA!

Antara produk yg selalu diadun menggunakan ovalatte ialah (BUKAN bermaksud produk-produk ini haram- cuma perlu berhati2) :

1. Sponge cake
2. Muffin
3. Akok/Bahulu
4. Apam/apom 
5. Cup cake
6. Kek Lapis
7. Aiskrim
PERHATIAN : Kepada anda yang menggunakan Ovalette sebagai bahan ramuan di dalam produk/masakan anda!

OVALATTE adalah bahan dalam Kategori SYUBHAH/MASYBUH kerana mengandungi bahan Mono and Diglycerides@ E471 - pengemulsi, yang boleh jadi datang dari sumber haiwan yang haram, haiwan yang tidak disembelih atau tumbuhan.

Nama lain yg digunakan ialah Sponge Gel/Quick 75.

Mono and diglycerides (E471 - Pengusaha tidak menggunakan label E471), rujuk note tentang E Code bagi yang belum jelas.

Bahan lain dalam ovalatte iailah Polyglycerol, Polysorbate, Sorbitol, Propylene Glycol, Tartrazine dan air.

JIKA BAHAN TERSEBUT DI REPACKING, MINTA BUNGKUSAN ASALNYA SERTA SALINAN SIJIL HALAL. PASTIKAN NAMA SYARIKAT DI SIJIL HALAL DAN DIBUNGKUSAN ADALAH SAMA!

Antara produk yg selalu diadun menggunakan ovalatte ialah (BUKAN bermaksud produk-produk ini haram- cuma perlu berhati2 dengan kandungannya) :

1. Sponge cake
2. Muffin
3. Akok/Bahulu
4. Apam/apom
5. Cup cake
6. Kek Lapis
7. Aiskrim

 B) CHEESE / KEJU

Adakah Cheese yg anda makan adalah halal?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-27 yang bersidang pada 3 Oct 1990 telah membincangkan Keju Sebagai Bahan Makanan. Muzakarah telah memutuskan bahawa keju sebagai bahan makanan adalah harus samada enzime yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuhan atau kulat atau binatang yang halal dan disembelih.

1. Hujah/Ulasan

(a) Muzakarah mengambil maklum akan penjelasan yang telah disampaikan oleh Dr. Abu Bakar Hussain dari Bahagian Teknologi Makanan MARDI seperti berikut:

Keju merupakan makanan harian yang berkhasiat kerana ia mengandungi vitamin, protin, lemak, kalsium dan zat besi. Kebanyakan keju dihasilkan daripada susu lembu, tetapi oleh kerana susu ini cair maka untuk memendapkan pepejal yang ada dalam susu, ia mesti digunakan "enzime" dalam pembuatan keju yang dikenali sebagai "renet".

Enzime boleh diperolehi daripada tumbuhan atau pun kulat, tetapi enzime daripada anak lembu adalah yang paling baik untuk membuat keju. Selain enzime anak lembu, ia juga didapati daripada anak kambing, anak biri-biri dan anak babi. Enzime daripada anak lembu adalah yang paling praktikal kerana dagingya boleh dijual dengan harga yang mahal. Perut anak lembu itu dikeluarkan dan dikeringkan, untuk mendapat enzime yang dipanggil renet. Renet itu dimasukkan sedikit sahaja ke dalam susu untuk menjadikan keju.

Kebanyakan keju yang diimport oleh Malaysia adalah datangnya dari negara-negara bukan Islam. Timbul keraguan tentang keju yang diimport itu, sama anak binatang yang diambil renet itu daripada binatang yang halal atau tidak. Dan jikalau binatang halal adakah anak binatang itu disembelih secara islam.

Kebanyakan keju di pasaran hanya ditulis dengan perkataan renet sahaja tanpa ditulis punca asal renet itu diambil sama ada daripada binatang halal atau tidak.

(b) Muzakarah mengambil ingatan di atas pandangan-pandangan seperti berikut:

Renet atau "infah" yang dijadikan enzim untuk membuat keju itu diambil daripada anak binatang, sama ada ianya daripada binatang yang halal atau pun tidak.

Menurut pendapat Mazhab Syafie dalam kitab" " Jilid 1 karangan Wahbah Zahili, bahawa dimaafkan daripada infah iaitu renet yang digunakan untuk membuat keju, juga seperti dimaafkan alkohol untuk membuat ubat dan bau-bauan. Dimaafkan juga seperti ulat yang mati di dalam buah, selama ulat itu tidak dibuang dan dimasukkan kembali ke dalam buah tersebut , dan selama mana ulat itu tidak merubah keadaan buah itu sama ada dari segi warna, rasa dan bau.

Menurut mazhab Abu Hanifah dalam Majmu' Fatawa Sheikh Al-Islami Ibnu Taimiyah Jilid 21, ada pendapat yang mengatakan keju adalah harus dimakan dan ada pula pendapat yang mengatakan keju tidak harus. Pendapat yang mengatakan keju adalah harus, mereka berhujah bahawa pada zaman Sahabat, keju dimakan adalah yang diimport daripada orang-orang Majusi. Pada hal sembelihan orang-orang Majusi adalah tidak boleh dimakan.

Menurut satu pendapat daripada Imam Ramli, seorang ulama' Shafie, seperti yang dinaqalkan oleh Sheikh Zainal Abidin Ibnu Muhamad Al-Fathani di dalam kitab" " Juzu' Pertama bahawa "jubnun atau keju itu halal dan boleh dimaafkan"

Ulama'-ulama' Islam juga berpendapat bahawa ukuran sesuatu bahan itu najis atau pun tidak adalah berdasarkan kepada sesuatu benda yang najis itu adakah boleh merubah sesuatu bahan makanan dari segi warna, rasa dan baunya. Selagi bahan makanan itu tidak berubah, maka ia boleh dimakan.

2) Muzakarah telah mengambil keputusan bahawa keju sebagai bahan makanan adalah harus dengan syarat enzime yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan atau kulat dan sekiranya daripada binatang hendaklah binatang halal yang disembelih menurut secara islam.

Jadi kesimpulanya keju adalah harus untuk dimakan dengan syarat jika renet diambil daripada binatang yang disembelih menurut secara Islam.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-27 yang bersidang pada 3 Oct 1990 telah membincangkan Keju Sebagai Bahan Makanan. Muzakarah telah memutuskan bahawa keju sebagai bahan makanan adalah
harus samada enzime yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuhan atau kulat atau binatang yang halal dan disembelih.

1. Hujah/Ulasan

(a) Muzakarah mengambil maklum akan penjelasan yang telah disampaikan oleh Dr. Abu Bakar Hussain dari Bahagian Teknologi Makanan MARDI seperti berikut:

Keju merupakan makanan harian yang berkhasiat kerana ia mengandungi vitamin, protin, lemak, kalsium dan zat besi. Kebanyakan keju dihasilkan daripada susu lembu, tetapi oleh kerana susu ini cair maka untuk memendapkan pepejal yang ada dalam susu, ia mesti digunakan "enzime" dalam pembuatan keju yang dikenali sebagai "renet".

Enzime boleh diperolehi daripada tumbuhan atau pun kulat, tetapi enzime daripada anak lembu adalah yang paling baik untuk membuat keju. Selain enzime anak lembu, ia juga didapati daripada anak kambing, anak biri-biri dan anak babi. Enzime daripada anak lembu adalah yang paling praktikal kerana dagingya boleh dijual dengan harga yang mahal. Perut anak lembu itu dikeluarkan dan dikeringkan, untuk mendapat enzime yang dipanggil renet. Renet itu dimasukkan sedikit sahaja ke dalam susu untuk menjadikan keju.

Kebanyakan keju yang diimport oleh Malaysia adalah datangnya dari negara-negara bukan Islam. Timbul keraguan tentang keju yang diimport itu, sama anak binatang yang diambil renet itu daripada binatang yang halal atau tidak. Dan jikalau binatang halal adakah anak binatang itu disembelih secara islam.

Kebanyakan keju di pasaran hanya ditulis dengan perkataan renet sahaja tanpa ditulis punca asal renet itu diambil sama ada daripada binatang halal atau tidak.

(b) Muzakarah mengambil ingatan di atas pandangan-pandangan seperti berikut:

Renet atau "infah" yang dijadikan enzim untuk membuat keju itu diambil daripada anak binatang, sama ada ianya daripada binatang yang halal atau pun tidak.

Menurut pendapat Mazhab Syafie dalam kitab" " Jilid 1 karangan Wahbah Zahili, bahawa dimaafkan daripada infah iaitu renet yang digunakan untuk membuat keju, juga seperti dimaafkan alkohol untuk membuat ubat dan bau-bauan. Dimaafkan juga seperti ulat yang mati di dalam buah, selama ulat itu tidak dibuang dan dimasukkan kembali ke dalam buah tersebut , dan selama mana ulat itu tidak merubah keadaan buah itu sama ada dari segi warna, rasa dan bau.

Menurut mazhab Abu Hanifah dalam Majmu' Fatawa Sheikh Al-Islami Ibnu Taimiyah Jilid 21, ada pendapat yang mengatakan keju adalah harus dimakan dan ada pula pendapat yang mengatakan keju tidak harus. Pendapat yang mengatakan keju adalah harus, mereka berhujah bahawa pada zaman Sahabat, keju dimakan adalah yang diimport daripada orang-orang Majusi. Pada hal sembelihan orang-orang Majusi adalah tidak boleh dimakan.

Menurut satu pendapat daripada Imam Ramli, seorang ulama' Shafie, seperti yang dinaqalkan oleh Sheikh Zainal Abidin Ibnu Muhamad Al-Fathani di dalam kitab" " Juzu' Pertama bahawa "jubnun atau keju itu halal dan boleh dimaafkan"

Ulama'-ulama' Islam juga berpendapat bahawa ukuran sesuatu bahan itu najis atau pun tidak adalah berdasarkan kepada sesuatu benda yang najis itu adakah boleh merubah sesuatu bahan makanan dari segi warna, rasa dan baunya. Selagi bahan makanan itu tidak berubah, maka ia boleh dimakan.

2) Muzakarah telah mengambil keputusan bahawa keju sebagai bahan makanan adalah harus dengan syarat enzime yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan atau kulat dan sekiranya daripada binatang hendaklah binatang halal yang disembelih menurut secara islam.

Jadi kesimpulanya keju adalah harus untuk dimakan dengan syarat jika renet diambil daripada binatang yang disembelih menurut secara islam. Wassalam...
Photo: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-27 yang bersidang pada 3 Oct 1990 telah membincangkan Keju Sebagai Bahan Makanan. Muzakarah telah memutuskan bahawa keju sebagai bahan makanan adalah harus samada enzime yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuhan atau kulat atau binatang yang halal dan disembelih.

1. Hujah/Ulasan

(a) Muzakarah mengambil maklum akan penjelasan yang telah disampaikan oleh Dr. Abu Bakar Hussain dari Bahagian Teknologi Makanan MARDI seperti berikut:

    Keju merupakan makanan harian yang berkhasiat kerana ia mengandungi vitamin, protin, lemak, kalsium dan zat besi. Kebanyakan keju dihasilkan daripada susu lembu, tetapi oleh kerana susu ini cair maka untuk memendapkan pepejal yang ada dalam susu, ia mesti digunakan "enzime" dalam pembuatan keju yang dikenali sebagai "renet".

    Enzime boleh diperolehi daripada tumbuhan atau pun kulat, tetapi enzime daripada anak lembu adalah yang paling baik untuk membuat keju. Selain enzime anak lembu, ia juga didapati daripada anak kambing, anak biri-biri dan anak babi. Enzime daripada anak lembu adalah yang paling praktikal kerana dagingya boleh dijual dengan harga yang mahal. Perut anak lembu itu dikeluarkan dan dikeringkan, untuk mendapat enzime yang dipanggil renet. Renet itu dimasukkan sedikit sahaja ke dalam susu untuk menjadikan keju.

    Kebanyakan keju yang diimport oleh Malaysia adalah datangnya dari negara-negara bukan Islam. Timbul keraguan tentang keju yang diimport itu, sama anak binatang yang diambil renet itu daripada binatang yang halal atau tidak. Dan jikalau binatang halal adakah anak binatang itu disembelih secara islam.

    Kebanyakan keju di pasaran hanya ditulis dengan perkataan renet sahaja tanpa ditulis punca asal renet itu diambil sama ada daripada binatang halal atau tidak.

(b) Muzakarah mengambil ingatan di atas pandangan-pandangan seperti berikut:

    Renet atau "infah" yang dijadikan enzim untuk membuat keju itu diambil daripada anak binatang, sama ada ianya daripada binatang yang halal atau pun tidak.

    Menurut pendapat Mazhab Syafie dalam kitab"  " Jilid 1 karangan Wahbah Zahili, bahawa dimaafkan daripada infah iaitu renet yang digunakan untuk membuat keju, juga seperti dimaafkan alkohol untuk membuat ubat dan bau-bauan. Dimaafkan juga seperti ulat yang mati di dalam buah, selama ulat itu tidak dibuang dan dimasukkan kembali ke dalam buah tersebut , dan selama mana ulat itu tidak merubah keadaan buah itu sama ada dari segi warna, rasa dan bau.

    Menurut mazhab Abu Hanifah dalam Majmu' Fatawa Sheikh Al-Islami Ibnu Taimiyah Jilid 21, ada pendapat yang mengatakan keju adalah harus dimakan dan ada pula pendapat yang mengatakan keju tidak harus.  Pendapat yang mengatakan keju adalah harus, mereka berhujah bahawa pada zaman Sahabat, keju dimakan adalah yang diimport daripada orang-orang Majusi. Pada hal sembelihan orang-orang Majusi adalah tidak boleh dimakan.

    Menurut satu pendapat daripada Imam Ramli, seorang ulama' Shafie, seperti yang dinaqalkan oleh Sheikh Zainal Abidin Ibnu Muhamad Al-Fathani di dalam kitab"  " Juzu' Pertama bahawa "jubnun atau keju itu halal dan boleh dimaafkan"

    Ulama'-ulama' Islam juga berpendapat bahawa ukuran sesuatu bahan itu najis atau pun tidak adalah berdasarkan kepada sesuatu benda yang najis itu adakah boleh merubah sesuatu bahan makanan dari segi warna, rasa dan baunya. Selagi bahan makanan itu tidak berubah, maka ia boleh dimakan.

2) Muzakarah telah mengambil keputusan bahawa keju sebagai bahan makanan adalah harus dengan syarat enzime yang digunakan sebagai bahan campuran dalam pembuatan keju itu diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan atau kulat dan sekiranya daripada binatang hendaklah binatang halal yang disembelih menurut secara islam.

Jadi kesimpulanya keju adalah harus untuk dimakan dengan syarat jika renet diambil daripada binatang yang disembelih menurut secara islam. Wassalam... 

C) GENETIC MODIFIED FOOD (GMF) 

Banyak sayuran GMO di terutama di Cameron Highlands...
Hukum Memakan Makanan Terubahsuai Genetik (Genetic Modified Food)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Makanan Terubahsuai Genetik (Genetic Modified Food). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Yaakob Che Man(AlMarhum), Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia serta meneliti hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mengambil perhatian bahawa makanan terubahsuai secara genetik melibatkan pemindahan gen-gen yang halal dan juga tidak halal, dari haiwan dan juga tanaman bagi memberikan ciri-ciri yang dikehendaki sebagai makanan atau ubat-ubatan.

Dalam hal ini Muzakarah berpandangan bahawa Islam menghendaki umatnya supaya memilih makanan yang baik (toyyib) iaitu halal,suci dan tidak memberi mudharat kepada jiwa dan akal manusia dan proses penghasilannya juga tidak memberi mudharat kepada manusia dan alam sekitar.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dalam penghasilan Makanan Terubahsuai Genetik (GM Food), penggunaan bahan-bahan yang diharamkan dan memudaratkan manusia serta alam sekitar adalah dilarang. Manakala penggunaan haiwan ternakan yang halal dibolehkan sekiranya haiwan tersebut disembelih mengikut kaedah syarak.