ISTERI DIANGGAP DERHAKA PADA SUAMI JIKA...
1. Apabila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang. Sabda Rasulullah
s.a.w. "Apabila suami memanggil isteri ke tempat tidur, ia tidak datang
nescaya malaikat melaknat isteri itu hingga ke Subuh."
2.
Membantah suruhan atau perintah suami. Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa
sahaja yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari
Allah swt dan malaikat serta semua manusia".
3. Bermasam muka terhadap suami. Sabda Rasullulah s.a.w. "Mana-mana
perempuan yang bermasam muka di hadapan suaminya bererti ia dalam
kemurkaan Allah swt hingga ia senyum kepada suaminya atau ia meminta
keredhaannya".
4. Jahat lidah/mulut pada suami. Sabda
Rasulullah s.a.w. " Ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan ke
dalam neraka, di antaranya ialah wanita yang jahat atau kesat lidahnya
terhadap suaminya".
5. Membebankan suami dengan permintaan yang di luar kemampuannya.
6. Keluar rumah tanpa izin suaminya. Sabda Rasulullah s.a.w. "Mana-mana
perempuan yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya dia akan dilaknat
oleh Allah swt. hingga dia kembali kepada suaminya atau suaminya redha
terhadapnya."
7. Menghina pengorbanan suami. Maksud Hadith:
Allah swt tidak akan akan memandang (mempedulikan) pada isteri-isteri
yang tidak berterima kasih kepada pengorbanan suaminya sedangkan dia
masih perlukan suaminya.
8. Menerima tetamu tanpa keizinan suaminya. Maksud Hadith: Jangan benarkan masuk ke rumahnya melainkan dizinkan oleh suami.
9. Tidak mahu menerima tunjuk ajar suami. Maksud Hadith: Isteri yang
derhaka hukum perbuatannya berdosa dan boleh gugur nafkahnya ketika itu.
Jika ia tidak segera bertaubat dan meminta ampun dari suaminya,
nerakalah di akhirat kelak. Apa yang isteri lakukan terhadap suami
adalah semata-mata mendapat keredhaan Allah swt.
SHAREdaripada FB. Semoga dapat memanfaatkan & dimanfaatkan.
MOTO:
Sentiasa berusaha untuk melaksana & mendapat yang terbaik; Sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk. ( Hope for he best; be prepared for the worst)
KEYAKINANKU:
Allah tidak membebankan hambaNya kecuali apa yang mampu ditanggung olehnya.(Maksud Surah alBaqarah)
Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNya. Berdoa & berharaplah hanya padaNya, Tuhan yang satu!
DOAKU PADAMU, YA ALLAH:
Ya Allah , aku tidak pernah memohon untuk dikecilkan ujianMu tapi ku sentiasa berharap Kau besarkanlah iman di hatiku utk menempuh sgala ujianMu dgn redha dan tabah. Rahmatilah aku dalam setiap nafas yg masih berbaki. Amiin.
Wednesday, November 20, 2013
Saturday, September 21, 2013
Tempahan laksa, laksae dan nasi himpit kawasan Gombak
Alhamdulillah hari ini dapat menikmati genuine laksae Kelantan (gambar) yang amat sedap hasil air tangan kakak iparku, Kak Roh di Greenwood, Gombak. Kenalan yang tinggal di sekitar kawasan berdekatan Gombak dan ingin membuat tempahan laksam, laksa Kelantan dan nasi himpit boleh la menalipon terus Kak Roh di talian 012 2658131 (K.Roh) / 017 3267012 (Izzati).
Friday, September 20, 2013
Empat Halangan Menuju Gerbang Perkahwinan
Empat Halangan Menuju Gerbang Perkahwinan
1-Pemuda dan pemudi yang tak mahu kahwin, ingin hidup bebas.
2- Wali menyusahkan urusan perkahwinan.
3- Mahar - Mas kahwin yang mahal / terlalu tinggi.
4-Majlis perkahwinan yang membazir dan keterlaluan.
3 golongan dilindungi Allah: (maksud hadith)
1) Mujahid berjuang di jalan Allah
2) Hamba yang berusaha hendak merdekakan dirinya
3) Orang yang nak berkahwin kerana nak menjaga dirinya daripada terjebak kepada perkara yang tidak baik
1-Pemuda dan pemudi yang tak mahu kahwin, ingin hidup bebas.
2- Wali menyusahkan urusan perkahwinan.
3- Mahar - Mas kahwin yang mahal / terlalu tinggi.
4-Majlis perkahwinan yang membazir dan keterlaluan.
3 golongan dilindungi Allah: (maksud hadith)
1) Mujahid berjuang di jalan Allah
2) Hamba yang berusaha hendak merdekakan dirinya
3) Orang yang nak berkahwin kerana nak menjaga dirinya daripada terjebak kepada perkara yang tidak baik
Saturday, August 31, 2013
Reset Minda: Menghindari kemurkaan Allah??
Kata Ustaz Don Daniyal di wall post FBnya:
‘Tatkala membuat apa jua keputusan, sama ada besar mahupun kecil,
bermunajatlah kepada Allah. Keputusan yang terbaik untuk kita hanya ada pada
NYA...
Subhanallah Walhamdulillah Wala'illaha'illallah Wallahuakbar... :)’
Subhanallah Walhamdulillah Wala'illaha'illallah Wallahuakbar... :)’
Terlintas pula kepada saya bagaimana jika keadaannya begini??
Bila tidak
pasti dengan sesuatu keputusan &
merasai sukar untuk menyelesaikan sesuatu perkara, kita
selalunya akan kembali kepada Allah. Bermunajat dan menyerahkan
segalanya kepada ketentuan Allah yang Maha Mengetahui segala yang terbaik sekarang dan masa depan untuk
hambaNya. Melalui doa, solat istikhoroh atau solat hajat bermunajat, menyerah
kepada Allah untuk memberikan kita ilham dan petunjuk. Kita sering bertekad akan menerima segala apa
yang diilhamkan kerana kita amat yakin sesungguhnya Allah jua Yang Maha
Mengetahui segala sesuatu.
Setelah berulang kali mengulangi permohonan hidayah Allah ini, dengan kuasa
Allah, diilhamkanlah petunjuk untuk kita.
Di permulaannya, kita cuba menerima
meskipun ianya pahit dan tidak seperti yang kita harapkan. Namun, hari demi
hari, nafsu dan perasaan semakin menebal
untuk menurut kata hati sendiri bukan
lagi apa yang Allah ilhamkan.
Situasi juga boleh terjadi begini:
Setelah solat berulang kali, diberi petunjuk dan kita penuh yakin ianya dari Allah, kita gembira bila keputusan / petunjuk Allah menyamai apa yang kita harapkan. Namun... beberapa ketika, kita juga menolaknya dengan logik akal kita @ mungkin kita meramalkan sendiri pula kesusahan demi kesusahan yang kita akan hadapi jika mengikut apa yang diilhamkan itu. Kedua-dua situasi ini & yang awal tadi tetap sama analoginya... menolak apa yang diilhamkan / petunjuk Allah. Dibimbangi kemurkaan Allah; seolah kita mengacah / mempermainkan keputusan / petunjuk Allah setelah kita beriya-iya memohon daripadaNya. Na'uzubillah.
Setelah solat berulang kali, diberi petunjuk dan kita penuh yakin ianya dari Allah, kita gembira bila keputusan / petunjuk Allah menyamai apa yang kita harapkan. Namun... beberapa ketika, kita juga menolaknya dengan logik akal kita @ mungkin kita meramalkan sendiri pula kesusahan demi kesusahan yang kita akan hadapi jika mengikut apa yang diilhamkan itu. Kedua-dua situasi ini & yang awal tadi tetap sama analoginya... menolak apa yang diilhamkan / petunjuk Allah. Dibimbangi kemurkaan Allah; seolah kita mengacah / mempermainkan keputusan / petunjuk Allah setelah kita beriya-iya memohon daripadaNya. Na'uzubillah.
Mungkinkah ianya akan mengundang kemurkaan Allah?????
Motivasi Prof. Dr. Muhaya - Reset Minda Orang Yang Diuji
TIPS CEPAT DI DAPUR 2 (PENGALAMAN SENDIRI)
Apa yang saya catatkan di bawah adalah amalan dan pengalaman peribadi saya sendiri. Sekadar ingin berkongsi pengalaman terutamanya untuk panduan para isteri yang baru menjejaki alam rumahtangga. Idea menulis tentang hal ini timbul apabila beberapa orang bekas pelajar bertanyakan tentang tips-tips begini. Semoga yang baik dapat dimanfaatkan dan jika tak sesuai, abaikanlah.
1) MENYIMPAN LAUK MENTAH DI
BAHAGIAN BEKU
Simpanlah ikan, daging, ayam dan sebagainya
secara tersusun di bahagian beku di dalam peti ais. Anggarkan I bekas atau 1 plastik
untuk sekali memasak. Jadi, kita tidak perlu mengeluarkan kesemua lauk
mentah dan menyimpan bakinya semula ke dalam peti ais kerana
hanya akan menyebakan hilang kesegaran dan rasa enak pada bahan tadi. Hanya keluarkan sekadar kuantiti apa yang kita hendak masak sahaja.
2) POTONGAN KECIL AYAM / DAGING
Selepas membasuh ayam dan
sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk,
asingkanlah isi ayam.
Potonglah isi ayam tadi kecil-kecil dan simpanlah di dalam plastik yang kecil. Setiap kali ingin memasak
menggunakan isi ayam, mudah untuk kita mengambil hanya satu
plastik sahaja pada satu-satu masa untuk
sekali memasak. Susun dgn kemas di dalam
peti ais.
Potongan ayam kecil ini akan mempercepatkan & memudahkan bagi kita jika ingin memasak apa sahaja masakan yg sesuai seperti mee atau nasi goreng dan lain-lain. Jadi, kita tidak perlu memotong ayam setiap kali inigin memasak.
3) MEMBUAT KEK SEGERA
Membuat sendiri kek segera
lebih menjmatkan daripada kita membeli adunan
kek segera yang dijual di pasaran.
Caranya adalah kita menyukat,
mengayak dan mencampurkan
kesemua bahan-bahan kering. seperti tepung gandum, serbuk penaik, serbuk
koko (utk kek coklat). Masukkan ke dalam plastik.
Kemudian, kita boleh mencampurkan
dan memutar bahan-bahan seperti margerin / mentega dan gula. Masukkan ke dalam plastik.
Bila kita ingin membuat kek,
hanya masukkan telur dan bahan-bahan basah seperti air (jika perlu) sahaja dengan
bahan-bahan yang telah disiapkan tadi.
Saya pernah membuat dan menjual purata 9 biji kek sehari, cara inilah yang saya lakukan. Bila ada sahaja masa, sediakan bahan-bahan kering dan pukul marjerin dan gula yang kemudiannya disimpan. Mudah kan??
4) MENGUKUS 2 DALAM 1
Setiap kali ingin mengukus apa sahaja
terutamanya yang memerlukan masa yang agak lama, fikirkanlah apa lagi
yang boleh dilakukan pada masa yang sama agar dapat menjimatkan masa, tenaga
dan juga penggunaan gas / letrik.
Justeru, jika ingin mengukus contohnya pulut kuning atau ketupat di
bahagian atas, saya akan merebus ketupat nasi di bahagian bawah pengukus. 2 menu boleh disediakan dalam 1 masa. Jimat kan!!
Selamat Mencuba!
Saya pasti pembaca juga mempunyai cara tersendiri untuk mempercepatkan / memudahkan melakukan kerja-kerja di rumah, kongsikanlah dengan saya dan pembaca lain di bahagian komen.
Selamat Mencuba!
Saya pasti pembaca juga mempunyai cara tersendiri untuk mempercepatkan / memudahkan melakukan kerja-kerja di rumah, kongsikanlah dengan saya dan pembaca lain di bahagian komen.
Saturday, August 24, 2013
TIPS CEPAT DI DAPUR 1 (PENGALAMAN SENDIRI)
TIPS CEPAT MENYEDIAKAN JUADAH
Buat sendiri paste sambal tumis dan rendang.
Saya tidak menulis resipi di sini tetapi mencadangkan beberapa cara untuk meningkatkan produktiviti dan cepat di dapur. Ini adalah pengalaman dan amalan peribadi saya. Semoga dapat menjadi perkongsian yang boleh dimanfaatkan oleh para surirumah terutamanya yang sibuk seperti saya.
1) Sambal Tumis Serbaguna.
.
Panaskan minyak.
Sambal tumis menjadi lebih pekat.
Sejukkan sebelum masukkan ke dalam bekas bertutup.
Siap untuk ditutup kemas dan masukkan ke dalam peti ais.

Setiap kali merebus ketupat nasi, masukkanlah sedikit garam agar ianya boleh tahan lebih lama, sejukkan dan masukkan ke dalam peti ais. Ketupat Palas yang siap dimasak juga boleh disimpan lama jika dibekukan. Apabila hendak makan, kukuslah semula beserta rendang.
Apa yang saya catatkan di
bawah adalah amalan dan pengalaman peribadi saya sendiri. Sekadar ingin
berkongsi pengalaman terutamanya untuk panduan para isteri yang baru
menjejaki alam rumahtangga. Idea menulis tentang hal ini timbul apabila
beberapa orang bekas pelajar bertanyakan tentang tips-tips begini. Semoga yang baik dapat dimanfaatkan dan jika tak sesuai, abaikanlah.
Buat sendiri paste sambal tumis dan rendang.
Saya tidak menulis resipi di sini tetapi mencadangkan beberapa cara untuk meningkatkan produktiviti dan cepat di dapur. Ini adalah pengalaman dan amalan peribadi saya. Semoga dapat menjadi perkongsian yang boleh dimanfaatkan oleh para surirumah terutamanya yang sibuk seperti saya.
1) Sambal Tumis Serbaguna.
.
Masakan di Malaysia asasnya banyak
menggunakan bawang merah, bawang putih, cili kering, asam jawa, garam
dan gula. Justeru menyediakan sambal tumis serbaguna dapat menjimatkan
masa surirumah di dapur. Masaklah sambal ini dengan banyak hingga hampir
kering dan menjadi paste. Simpan dalam peti ais. Sambal yang cukup
ramuannya boleh bertahan sehingga sebulan dalam peti ais tanpa
dibekukan.
Sambal
ini boleh diguakan untuk menggoreng mi / mihun dan apa sahaja lauk pauk
yang bersambal. Lebih mudah juga bila anda ingin memasak nasi lemak.
Contohnya,
untuk menggoreng mi, hanya perlu masukkan bawang putih yang telah
dicincang, bawang merah yang telah dimayang dan sambal tadi berserta
ayam / daging dan sebagainya.
Panaskan minyak.
Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar spt bawang merah, bawang putih, cili kering. Biarkan hingga pekat, masukkan garam, gula dan asam jawa secukup rasa.
Sambal tumis menjadi lebih pekat.
Sejukkan sebelum masukkan ke dalam bekas bertutup.
Siap untuk ditutup kemas dan masukkan ke dalam peti ais.
2) Masakan Rendang Untuk Musim Perayaan
Musim perayaan terutamanya bulan Syawal memerlukan surirumah untuk sentiasa bersedia menerima tetamu. Justeru, ketika memasak rendang menjelang Eidil Fitri, saya melaksakan langkah-langkah berikut.
- Menyediakan ramuan rendang dalam kuantiti yang banyak.
- Setelah masukkan dan menumis kesemua ramuan termasuk daun limau purut dan daun kunyit, ramuan dimasak hingga setengah masak dan pekat. Sebelum memasukkan santan, ceduklah sebahagian ramuan ke dalam bekas dan asingkan dalam bekas bertutup dan labelkan 'RAMUAN RENDANG TANPA SANTAN'. Sejukkan & boleh disimpan di dalam peti ais.
- Ramuan rendang di dalam kuali kemudiannya dicampurkan santan dan kacau hingga mendidih. Ceduklah sebahagiannya dan masukkan ke dalam bekas bertutup dan labelkan ' RAMUAN RENDANG SIAP BERSANTAN. Sejukkan & dibekukan.
- Baki ramuan di dalam kuali itu, masukkanlah ayam atau daging. Masaklah seperti biasa sehingga selesai dan sedia untuk dihidangkan.
** No 2 & 3 boleh digunakan sebagai ramuan / perencah segera pada bila-bila masa diperlukan.
Rendang daging atau ayam yang telah
disiapkan itu disejukkan seketika dalam masukkanlah ke dalam plastik
yang bersesuaian saiz agar boleh dibuka satu demi satu apabila ingin
dimakan. Sejuk bekukan.
Plastik bungkusan rendang ayam yang dibekukan. Kukuslah atau panaskanlah di dalam microwave apabila hendak makan.
Setiap kali merebus ketupat nasi, masukkanlah sedikit garam agar ianya boleh tahan lebih lama, sejukkan dan masukkan ke dalam peti ais. Ketupat Palas yang siap dimasak juga boleh disimpan lama jika dibekukan. Apabila hendak makan, kukuslah semula beserta rendang.
Paste untuk dibawa ke Kuala Lumpur sempena cuti sekolah akhir tahun.
Friday, May 17, 2013
I Need To Be Strong!!!
Ya Allah please show & lead me to the right path.
Don't let me go astray...
Only You know what is the best for me.
Don't let me go astray...
Only You know what is the best for me.
Subscribe to:
Posts (Atom)











