MOTO:
Sentiasa berusaha untuk melaksana & mendapat yang terbaik; Sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk. ( Hope for he best; be prepared for the worst)

KEYAKINANKU:
Allah tidak membebankan hambaNya kecuali apa yang mampu ditanggung olehnya.(Maksud Surah alBaqarah)
Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNya. Berdoa & berharaplah hanya padaNya, Tuhan yang satu!

DOAKU PADAMU, YA ALLAH:

Ya Allah , aku tidak pernah memohon untuk dikecilkan ujianMu tapi ku sentiasa berharap Kau besarkanlah iman di hatiku utk menempuh sgala ujianMu dgn redha dan tabah. Rahmatilah aku dalam setiap nafas yg masih berbaki. Amiin.

Saturday, August 31, 2013

TIPS CEPAT DI DAPUR 2 (PENGALAMAN SENDIRI)


Apa yang saya catatkan di bawah adalah amalan dan pengalaman peribadi saya sendiri. Sekadar ingin berkongsi pengalaman terutamanya untuk panduan para isteri yang baru menjejaki alam rumahtangga. Idea menulis tentang hal ini timbul apabila beberapa  orang bekas pelajar bertanyakan tentang tips-tips begini.   Semoga yang baik dapat dimanfaatkan dan jika tak sesuai, abaikanlah.

1) MENYIMPAN  LAUK MENTAH DI BAHAGIAN BEKU

Simpanlah  ikan, daging, ayam  dan  sebagainya secara tersusun di bahagian beku di dalam  peti ais. Anggarkan I bekas atau 1 plastik untuk sekali memasak. Jadi, kita tidak perlu mengeluarkan kesemua lauk mentah  dan  menyimpan bakinya semula ke dalam peti ais kerana hanya akan menyebakan hilang kesegaran dan rasa enak pada bahan  tadi. Hanya keluarkan sekadar kuantiti apa yang kita hendak masak sahaja.


2) POTONGAN KECIL AYAM / DAGING

Selepas membasuh ayam dan sebelum  memasukkannya ke dalam peti sejuk, asingkanlah isi ayam.
Potonglah isi ayam tadi kecil-kecil dan simpanlah  di dalam plastik  yang kecil. Setiap kali ingin memasak menggunakan  isi  ayam, mudah untuk kita mengambil hanya satu plastik sahaja pada satu-satu  masa untuk sekali memasak. Susun dgn kemas di dalam peti ais.



 Potongan ayam kecil ini akan mempercepatkan & memudahkan bagi kita jika ingin memasak apa sahaja masakan yg sesuai seperti mee atau nasi goreng dan lain-lain. Jadi, kita tidak perlu memotong ayam setiap kali inigin memasak.





3) MEMBUAT KEK SEGERA

Membuat sendiri kek segera lebih menjmatkan daripada kita membeli  adunan kek segera yang dijual di pasaran.
Caranya adalah kita menyukat, mengayak  dan  mencampurkan  kesemua bahan-bahan kering. seperti tepung gandum, serbuk penaik, serbuk koko (utk kek coklat). Masukkan ke dalam  plastik.
Kemudian, kita boleh mencampurkan dan memutar bahan-bahan seperti margerin / mentega dan gula. Masukkan ke dalam  plastik.
Bila kita ingin membuat kek, hanya masukkan telur dan bahan-bahan basah  seperti air (jika perlu) sahaja dengan bahan-bahan yang telah disiapkan tadi. 

Saya pernah membuat dan menjual purata 9 biji kek sehari, cara inilah yang saya lakukan. Bila ada sahaja masa, sediakan bahan-bahan kering dan pukul marjerin dan gula yang kemudiannya disimpan. Mudah kan??

4) MENGUKUS 2 DALAM 1

Setiap kali ingin mengukus apa sahaja  terutamanya yang memerlukan masa yang agak lama, fikirkanlah apa lagi yang boleh dilakukan pada masa yang sama agar dapat menjimatkan masa, tenaga dan juga penggunaan gas / letrik.

Justeru, jika ingin mengukus contohnya pulut kuning atau ketupat di bahagian atas, saya akan merebus ketupat nasi di bahagian bawah pengukus. 2 menu boleh disediakan dalam 1 masa. Jimat kan!!

Selamat Mencuba!
Saya pasti pembaca juga mempunyai cara tersendiri untuk mempercepatkan / memudahkan melakukan kerja-kerja di rumah, kongsikanlah  dengan saya dan pembaca lain di bahagian komen.

2 comments:

  1. SAya suka sangat tips ni...tq k nora

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Ikin. Jom kongsi2 ilmu sama2.

    ReplyDelete