MOTO:
Sentiasa berusaha untuk melaksana & mendapat yang terbaik; Sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk. ( Hope for he best; be prepared for the worst)

KEYAKINANKU:
Allah tidak membebankan hambaNya kecuali apa yang mampu ditanggung olehnya.(Maksud Surah alBaqarah)
Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNya. Berdoa & berharaplah hanya padaNya, Tuhan yang satu!

DOAKU PADAMU, YA ALLAH:

Ya Allah , aku tidak pernah memohon untuk dikecilkan ujianMu tapi ku sentiasa berharap Kau besarkanlah iman di hatiku utk menempuh sgala ujianMu dgn redha dan tabah. Rahmatilah aku dalam setiap nafas yg masih berbaki. Amiin.

Saturday, August 24, 2013

TIPS CEPAT DI DAPUR 1 (PENGALAMAN SENDIRI)

TIPS CEPAT MENYEDIAKAN JUADAH
Apa yang saya catatkan di bawah adalah amalan dan pengalaman peribadi saya sendiri. Sekadar ingin berkongsi pengalaman terutamanya untuk panduan para isteri yang baru menjejaki alam rumahtangga. Idea menulis tentang hal ini timbul apabila beberapa  orang bekas pelajar bertanyakan tentang tips-tips begini.   Semoga yang baik dapat dimanfaatkan dan jika tak sesuai, abaikanlah.

Buat sendiri paste sambal tumis dan rendang.
Saya tidak menulis resipi di sini tetapi mencadangkan beberapa cara untuk meningkatkan produktiviti dan cepat di dapur. Ini adalah pengalaman dan amalan peribadi saya. Semoga dapat menjadi perkongsian yang boleh dimanfaatkan oleh para surirumah terutamanya yang sibuk seperti saya.

1) Sambal Tumis Serbaguna.

.

Masakan di Malaysia asasnya banyak menggunakan bawang merah, bawang putih, cili kering, asam jawa, garam dan gula. Justeru menyediakan sambal tumis serbaguna dapat menjimatkan masa surirumah di dapur. Masaklah sambal ini dengan banyak hingga hampir kering dan menjadi paste. Simpan dalam peti ais. Sambal yang cukup ramuannya boleh bertahan sehingga sebulan dalam peti ais tanpa dibekukan.

Sambal ini boleh diguakan untuk menggoreng mi / mihun dan apa sahaja lauk pauk yang bersambal. Lebih mudah juga bila anda ingin memasak nasi lemak.
Contohnya, untuk menggoreng mi, hanya perlu masukkan bawang putih yang telah dicincang, bawang merah yang telah dimayang dan sambal tadi berserta ayam / daging  dan sebagainya.

Panaskan minyak.
Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar spt bawang merah, bawang putih, cili kering. Biarkan hingga pekat, masukkan garam, gula dan asam jawa secukup rasa.



Sambal tumis menjadi lebih pekat.









Sejukkan sebelum masukkan ke dalam bekas bertutup.









Siap untuk ditutup kemas dan masukkan ke dalam peti ais.









2) Masakan Rendang Untuk Musim Perayaan

Musim perayaan terutamanya bulan Syawal memerlukan surirumah untuk sentiasa bersedia menerima tetamu. Justeru, ketika memasak rendang menjelang Eidil Fitri, saya melaksakan langkah-langkah berikut.


  1. Menyediakan ramuan rendang dalam kuantiti yang banyak.
  2. Setelah masukkan dan menumis kesemua ramuan termasuk daun limau purut dan daun kunyit, ramuan dimasak hingga setengah masak dan pekat. Sebelum memasukkan santan, ceduklah sebahagian ramuan ke dalam bekas dan asingkan dalam bekas bertutup dan labelkan 'RAMUAN RENDANG TANPA SANTAN'. Sejukkan & boleh disimpan di dalam peti ais.
  3. Ramuan rendang di dalam kuali kemudiannya dicampurkan santan dan kacau hingga mendidih. Ceduklah sebahagiannya dan masukkan ke dalam bekas bertutup dan labelkan ' RAMUAN RENDANG SIAP BERSANTAN. Sejukkan & dibekukan.
  4. Baki ramuan di dalam kuali itu, masukkanlah ayam atau daging. Masaklah seperti biasa sehingga selesai dan sedia untuk dihidangkan.
** No 2 & 3 boleh digunakan sebagai ramuan / perencah segera pada bila-bila masa diperlukan.
                                                        
                                                                                                                    
Rendang daging atau ayam yang telah disiapkan itu disejukkan seketika dalam masukkanlah ke dalam plastik yang bersesuaian saiz agar boleh dibuka satu demi satu apabila ingin dimakan. Sejuk bekukan. 
Plastik bungkusan rendang ayam yang dibekukan. Kukuslah atau panaskanlah di dalam microwave apabila hendak makan.




Setiap kali merebus ketupat nasi, masukkanlah sedikit garam agar ianya boleh tahan lebih lama, sejukkan dan masukkan ke dalam peti ais. Ketupat Palas yang siap dimasak juga boleh disimpan lama jika dibekukan. Apabila hendak makan, kukuslah semula beserta rendang.



Paste untuk dibawa ke Kuala Lumpur sempena cuti sekolah akhir tahun.  


3 comments:

  1. wahhh... boleh praktik, blom terlambat kan... :-) salam perkenalan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak ngah. Jom kongsi2 ilmu yg amat sedikit ni. Salam perkenalan.

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete