MOTO:
Sentiasa berusaha untuk melaksana & mendapat yang terbaik; Sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk. ( Hope for he best; be prepared for the worst)

KEYAKINANKU:
Allah tidak membebankan hambaNya kecuali apa yang mampu ditanggung olehnya.(Maksud Surah alBaqarah)
Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNya. Berdoa & berharaplah hanya padaNya, Tuhan yang satu!

DOAKU PADAMU, YA ALLAH:

Ya Allah , aku tidak pernah memohon untuk dikecilkan ujianMu tapi ku sentiasa berharap Kau besarkanlah iman di hatiku utk menempuh sgala ujianMu dgn redha dan tabah. Rahmatilah aku dalam setiap nafas yg masih berbaki. Amiin.

Thursday, August 23, 2012

ANEKA RESIPI KEK : NORA HOMEBAKE

Sebagai memenuhi permintaan beberapa orang teman, saya tuliskan di sini beberapa resipi kek yang amat simple dan mudah untuk disediakan. Semoga menjadi sebuah perkongsian yang dapat dimanfaatkan. Jangan lupa sebelum memulakan kerja-kerja memasak, dahulukan dengan bacaan menyebut Bismillah.... & ayat2 Quran agar apa yang kita buat sekali pun di dapur merupakan ibadat bagi kita. Apabila mengacau makanan atau minuman, kacaulah ikut arah lawan jam seperti tawaf sambil membaca tasbih. Boleh juga rujuk post saya sebelum ini mengenai adab-adab memasak.

Saya akan update & tambah resepi aneka kek apabila kelapangan menaip. Cubalah! Selamat Mencuba.

KEK BUAH

Bahan A:
1.  1 cawan margerin / mentega
2.   1 cawan gula halus ( saya guna gula perang utk kalori rendah & kurang manis)
3.   3/4 cawan air biasa
4.   1 kotak kecil atau 250 gram mix fruit (buahan campuran)
5.   1 sudu eh soda bikarbonat

Bahan B:
6.   3 biji telur (pukul)
7.   2 cawan tepung naik sendiri atau tepung kek
8.   1 sudu teh esen vanila

Cara:
Masakkan bahan no 1 - 5 hingga larut gula & margerin, sejukkan.
Masukkan telur berselan seli dengan tepung ke dalam bahan A tadi.
Bakar pada suhu 180 C lebih kurang 45 - 50 minit (bergantung pada jenis oven)
Uji samada kek telah masak atau tidak dgn menggunakan lidi atau alat khas. 

KEK MENTEGA ASAS

Bahan:
2 cawan tepung
1 cawan gula halus
4 biji telur - pukul
1 buku mentega
2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 cawan susu pekat
1/2 sudu kecil esen vanila

Cara:
1.  Tepung + serbuk penaik diayak
2.  Gula + mentega - pukul hingga kembang, masukkan telur.
3.  Masukkan susu + esen vanila.. Pukul.
4.  Masukkan tepung & kacau kacau.
5.  Bakar dlm suhu 180C lebih kurang 45 minit, bergantung kpd jenis oven. Boleh juga dikukus.


**  Ini adalah resipi kek mentega yang asas. Daripada resipi ini boleh diubahsuai mengikut citarasa spt marble cake (kek marble), kek lapis masam manis ( dilapiskan dgn haw flake)


KEK SPONGE GULA HANGUS

Bahan:
2 gelas tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu besar margerin
1/2 tin kecil susus pekat
5 biji telur

Bahan gula hangus:
2 gelas gula- panaskan dgn api perlahan, bila gula telah hancur & keperangan, campurkan dengan
1 gelas air.

Cara:
1.  Ayak tepung & soda
2.  Pukul telur hingga kembang
3.  Telur + margerin + susu- pukul
4.  Masukkan tepung- kacau
5.  Masukkan gula hangus.






Sunday, August 5, 2012

Kisah Saidina Hassan, cucu Nabi s.a.w

Tuesday, July 24, 2012

Doa 2

Doa di bulan Ramadhan :

اللهم اجعل القرآن ربيع قلوبنا ونور صدورنا وجلاء أحزاننا وذهاب همومنا وغممومنا

" Ya Allah jadikanlah Quran yang agung itu penghibur hati-hati kami, nur ( cahaya ) dada-dada kami, penghilang kesedihan kami dan penawar maslah serta segala kekusutan kami"
Ya Allah perkenankan doa kami.

Sunday, July 8, 2012

AMAL JARIAH: SUMBANGAN ANDA DIALUKAN

FORUM PERDANA "DI AMBANG RAMADHAN"
Majlis ilmu disertai dengan kutipan sumbangan untuk pembangunan 
SR Tahfiz Sains An Najihin, Kulim, Kedah
 Panel Penceramah:
UST. DR. JAMNUL AZHAR BIN MULKAN &
TUAN SYED SALAHUDDIN BIN SYED MAHAYADIN AL HADDAD.

Jumaat 13 Julai pd pkl 8:00 mlm di Masjid Al Jamiul Makmur, Kulim.
Dikelolakan oleh AJK PIBG Sekolah Rendah Tahfiz Sains AnNajihin dgn kerjasama AJK Masjid Jamiul Makmur, Kulim.
 
Selaku salah seorang AJK PIBG sekolah ini, saya menjemput semua penduduk Kulim dan kawasan sekitar  ke majlis tersebut.

Turut dilancarkan adalah kutipan dana membina bangunan untuk Sekolah Rendah Tahfiz Sains AnNajihin, Kulim. Seorang hamba Allah yang telah mewaqafkan tanah seluas 1.5 ekar & dan kini pihak sekolah sedang mengumpul dana untuk mendirikan bangunan sekolah tersebut. 
Sesiapa yg nak beramal  jariah bolehlah turut menyumbang.

Selain kutipan, akan diadakan jualan amal semasa program... bagi mereka yg ingin menderma melalui transaksi bank, boleh lah dibuat atas nama PIBG SEKOLAH TAHFIZ SAINS AN-NAJIHIN di AKAUN PUBLIC ISLAMIC BANK - 3989215530
Semoga sumbangan tuan/puan mendapat ganjaran daripadaNya.

Wednesday, July 4, 2012

MALAM NISFU SYAABAN

Buah-Buah Amalan Nishfu Sya'aban

~ Hidupkan Malam Nishfu Sya'aban diantara Maghrib dengan Isya' malam ni..
15 Sya'ban jatuh pada tanggal 05 Julai 2012 Hari Khamis
(Malam Nisfu Sya'ban pd Hari Rabu tanggal 04 Julai 2012 Malam Khamis sejak terbenamnya matahari).

* Membaca Surah Yaasin 3 kali

~>Niat untuk bacaan Yaasin pertama: Semoga dipanjangkan umur dalam taat.

~>Niat untuk bacaan Yaasin kedua: Semoga dipermudahkan rezeki dan tidak tertakluk hati dengan makhluk.

~>Niat untuk bacaan Yaasin ketiga: Semoga mati dalam iman.

~ Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu : Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda,

أتانى جبريل ليلة النصف من شعبان، وقال يا محمد هذه ليلة تفتح فيها أبواب السماء وأبواب الرحمة، فقمْ وصلّ وارفعْ رأسك ويديْك إلى السماء. فقلتُ يا جبريل ما هذه الليلة؟ فقال: هذه ليلة تفتح فيها ثلاثمائة بابٍ من الرحمة، فيغفر الله تعالى لجميع مَنْ لا يشرك بالله شيئًا إلاّ من كان ساحرا أو كاهنا أو مشاحنا أو مدمن خمر أو مضرا على الزنا أو اكل الربا أو عاق الوالدين أو النمام أو قاطع الرحم، فإن هؤلاء لا يغفر لهم حتى يتوبوا ويتركوا. فخرج النبي عليه الصلاة والسلام فصلّى وبكى فى سجوده وهو يقول: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِقَابِكَ وَسَخَطِكَ وَلاَ أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ فَلَكَ الحَمْدُ حَتَّى تَرْضَ.

Yang bermaksud :

"Jibril a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya'ban seraya berkata : Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu ke langit. Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini? Maka jawabnya : Inilah malam yang dibuka padanya 300 pintu rahmat, ALLAH Subhanahu waTa'ala mengurniakan keampunan bagi mereka yang tidak menyekutukan sesuatu dengan-NYA dan rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut.
 
Lalu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم pun keluar dan bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya : "Sesungguhnya aku berlindung kepada ENGKAU daripada seksaan dan kemurkaan-MU. Dan tidaklah aku dapat menghitung segala pujian kepada-MU, sebagaimana ENGKAU memuji diri-MU sendiri maka bagi-MU segala pujian sehingga ENGKAU redha".

("Pada malam nisfu Sya'ban ditutupnya lembaran buku catatan amalan yang lama dan diangkatnya semua amal perbuatan manusia yang dilakukan selama satu tahun yang lalu serta dibukanya lembaran buku catatan amalan kita yang baru,pada malam nisfu' Sya'aban juga ALLAH menetapkan takdir seseorang pada satu tahun yang akan datang baik dari kehidupan,kematian,rezeki dan jodoh..")
Perbanyakkanlah doa di malam Nisfu Syaaban. Lagi bahan bacaan tambahan di blog http://abubasyer.blogspot.com/ tentang berdoa di malam nisfu Syaaban.
Ya Allah perkenankanlah & maqbulkanlah doa-doaku.Aku tiada daya & upaya kecuali dengan izinMu.

Saturday, June 23, 2012

DOA

Sudah beberapa hari inginku catatkan di sini sedikit pengajaran yang ku alami sendiri namun dek kesibukan pelbagai urusan, tertangguh hasrat tersebut. 

Aku amat yakin bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku dan anak-anakku. Sering ku tertanya-tanya kenapa doa-doaku dalam sujud-sujud solat fardhu, hajat, tahajjud serta bacaan ma'thurat belum Allah maqbulkan. Seringkali basah tempat sujudku lantaran kesungguhan doa, rojaa' dan munajatku padaNya. Adakah perancangan Allah berbeza daripada apa yang ku impikan. Terasa banyaknya dosa sehingga Allah belum memperkenankan lagi doa-doaku.

Namun, sesungguhnya Allah pimpin aqalku ini untuk berfikir. Petang Rabu lepas, sebaik sahaja masuk ke dalam kereta untuk pulang ke rumah selepas habis waktu sekolah, seperti biasa akan ku dengar ceramah melalui Radio Kedah & Radio P.Pinang yang ke udara setiap hari pada pukul  2 - 3 ptg. 

Tidak sempat ku tahu siapakah ustaz yang menyampaikannya kerana agak terlewat untuk mengikutinya dari awal siaran. Namun, apa yang penting adalah isi kandungan ceramah tersebut.

Intipati ceramah tersebut yang berkisar soal DOA.

TERTIB BERDOA UNTUK MENDAPAT DOA YANG MAQBUL

Pertama:
Setiap orang yang dalam kesusahan dan kegelisahan perlulah sentiasa berdoa memohon pertolongan dengan bersungguh-sungguh kepada Allah swt.  Latihlah diri untuk bangun solat malam kerana di saat oranglain nyenyak tidur, Allah amat menyukai orang-orang yang meninggalkan tempat tidur semata-mata untuk berdampingan denganNya.

Teringat juga perkaitan dengan ceramah lain yang ku dengar tentang para salafussoleh sangat menjaga amalan / perlakuan  di siang hari agar ibadat mereka di malam hari khusyu',  berkualiti dan diterima Allah.

Kedua:
Ucapkan dan berzikirlah sebanyak mungkin doa Nabi Yunus a.s dalam perut ikan iaitu

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”[1]

Munajatlah dengan bersungguh-sungguh dengan linangan airmata memohon hanya kepada Allah s.w.t. Kita insan yang lemah, sebagai hamba Allah tiada daya dan upaya untuk melakukan atau mendapat sesuatu melainkan  dengan izin Allah jua.

Ketiga:
Jangan putus asa, teruskan berdoa dengan yakin bahawa Allah Maha Mendengar dan akan mengurniakan yang terbaik untuk hambaNya yang meminta.

SEBAB-SEBAB DOA TIDAK DIMAQBULKAN:

Pertama:
Ada perkara yang haram yang masih kita makan, ambil atau amalkan seperti riba, rasuah, tahyul, khurafat dan sebagainya yang bertentangan dengan ajaran Islam. Jadi semaklah setiap apa yang kita lakukan.

Kedua:
Allah tidak memaqbulkan permintaan kita kerana Dia Maha Mengetahui apa yang lebih baik bagi kita yang kita sendiri pun tak terfikir mengenainya. Sesungguhnya Allah sebaik-baik Perancang.  Dia sebenarnya menyediakan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita minta. 

Allah mungkin telah memaqbulkan tetapi kita sendiri tidak sedar pun yang doa kita telah tertunai. Allah mungkin tak beri direct kepada kita tetapi beri kepada anak-anak kita. Allah beri ketenangan dan kebahagiaan dan sebagainya yang kita sendiri tak sedar sebenarnya apa yang kita dapat adalah Allah beri kerana doa-doa kita.

Ketiga:
Allah menangguhkan untuk memaqbulkan doa kita kerana Dia nak kita terus berdoa dan mendekatkan diri kita  padaNya.  Mungkin kita akan berhenti meminta sekiranya cepat doa kita dimaqbulkan. Manusia hanya akan memohon bersungguh-sungguh ketika dalam kesusahan atau untuk mencapai hajat tetapi apabila telah mencapainya, mereka tidak lagi berbuat demikian.

MasyaAllah, setiap kata-kata penceramah ku hayati dan fahamkan betul-betul. Ku berdoa semoga ku akan sentiasa ingat pesanan-pesanan ini. Ku semak dan muhasabah diri tentang kemungkinan sebab-sebab doa-doaku ada yang belum dimaqbulkan.

Tiba-tiba, pada malam harinya selepas solat maghrib anak sulungku, Izzah yang sedang menuntut di Tahun 3 Pengurusan Perniagaan UIAM  menelefonku dengan berkata 'Mama, Kak Long baru dapat keputusan exam. Kak Long betul-betul tak sangka result Kak long secemerlang ini, dapat 4A'. Ini keputusan semester exam terbaik Kak Long setakat ini.' Alhamdulillah, sebagai ibu yang juga sekaligus kini bapa kepada anak-anakku, aku amat gembira. Di saat itu teringat kembali beberapa hari sebelum tu juga seorang demi seorang anak-anakku telah menelefon memberitahu peningkatan pencapaian dan keputusan cemerlang mereka dalam peperiksaan. Berita keputusan peperiksaan Izzah adalah yang  paling akhir ku terima.

Bila teringatkan semua itu, terus ku sujud syukur dengan sebak. Alhamdulillah. Sebenarnya Allah telah memperkenankan sebahagian daripada doa-doaku padaNya agar anak-anakku cemerlang dalam pelajaran, turut ku doakan agar mereka berjaya di dunia dan akhirat.

Ku kaitkan dengan intipati ceramah yang ku dengar pada siang harinya. Walaupun ada lagi doa-doaku yang masih belum maqbul, aku akan terus berdoa dan merayu pada Allah agar dikurniakan yang terbaik. Ku mengharapkan perancangan Allah sama dengan apa yang diimpikan. Ku harap Allah memberiku petunjuk seandainya masih ada perkara yang  ku lakukan yang membuatkan doa-doaku tidak maqbul.

Jika Allah tidak memaqbulkan doaku, aku pasrah dan yakin sesungguhnya pasti ada perancangan Allah yang lebih baik untukku. Jauh lebih baik darpada apa yang ku pohonkan.

Jika Allah menangguhkan untuk memaqbulkannya dengan cepat, aku perlu redha. Allah hendak aku lebih dekat berdamping padaNya. Aku perlu sentiasa positif yang Allah sayangkan aku dan pastinya Allah  ingin aku terus memohon, merayu dan meletakkan pergantungan 100% padaNya.  

Kesimpulannya, Allah beri petunjuk dan hidayah melalui ceramah yang ku dengar untuk  ku fkirkan bahawa kita perlu sentiasa meletakkan pengharapan yang tidak berbelah bahagi dan terus berdoa bersunguh-sungguh pada Allah. 

Kita perlu bersangka baik dengan Allah dan yakin Allah akan memaqbulkan doa-doa kita. Jika kita rasa doa-doa kita belum dimaqbulkan, semaklah amalan-amalan kita, fikir-fikirkanlah mungkin Allah telah pun memaqbulkannya tapi dari perspektif yang berbeza daripada apa yang terfikir oleh kita. 

Seandainya doa kita belum dimaqbulkan, yakinlah bahawa Allah menyediakan sesuatu yang lebih baik bagi kita dan mahu kita terus munajat dan mengukuhkan serta berdampingan dengan Allah. Allah mahu kita terus didik hati kita untuk terus  bersabar agar bila apa yang dipohon ditunaikan, nikmatnya MasyaAllah tidak akan terucap oleh kita. Terfikir olehku tentang hajat yang belum tertunai, sekali lagi ku perlu positif. Mungkin Allah mahu aku betul-betul mendidik diri agar bersabar, memperbaiki diri dan amalan serta  benar-benar bersedia untuk menghadapi ujian-ujian seterusnya sekiranya hajat itu tertunai .

Ya Allah, janganlah Kau uji aku dengan perkara-perkara yang ku tak mampu menghadapinya. Kurniakanlah ketabahan, kekuatan rohani dan jasmani  serta kesabaran untukku menghadapi setiap ujianMu. Didiklah hatiku untuk makin redha dan mengamalkan sifat-sifat mahmudah. Maqbulkanlah doa-doa kami yang terlalu mengharapkan. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang tersirat di hatiku.

Amiin..

 23.6.12 10.30 mlm.