MOTO:
Sentiasa berusaha untuk melaksana & mendapat yang terbaik; Sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk. ( Hope for he best; be prepared for the worst)

KEYAKINANKU:
Allah tidak membebankan hambaNya kecuali apa yang mampu ditanggung olehnya.(Maksud Surah alBaqarah)
Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNya. Berdoa & berharaplah hanya padaNya, Tuhan yang satu!

DOAKU PADAMU, YA ALLAH:

Ya Allah , aku tidak pernah memohon untuk dikecilkan ujianMu tapi ku sentiasa berharap Kau besarkanlah iman di hatiku utk menempuh sgala ujianMu dgn redha dan tabah. Rahmatilah aku dalam setiap nafas yg masih berbaki. Amiin.

Wednesday, July 4, 2012

MALAM NISFU SYAABAN

Buah-Buah Amalan Nishfu Sya'aban

~ Hidupkan Malam Nishfu Sya'aban diantara Maghrib dengan Isya' malam ni..
15 Sya'ban jatuh pada tanggal 05 Julai 2012 Hari Khamis
(Malam Nisfu Sya'ban pd Hari Rabu tanggal 04 Julai 2012 Malam Khamis sejak terbenamnya matahari).

* Membaca Surah Yaasin 3 kali

~>Niat untuk bacaan Yaasin pertama: Semoga dipanjangkan umur dalam taat.

~>Niat untuk bacaan Yaasin kedua: Semoga dipermudahkan rezeki dan tidak tertakluk hati dengan makhluk.

~>Niat untuk bacaan Yaasin ketiga: Semoga mati dalam iman.

~ Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu : Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda,

أتانى جبريل ليلة النصف من شعبان، وقال يا محمد هذه ليلة تفتح فيها أبواب السماء وأبواب الرحمة، فقمْ وصلّ وارفعْ رأسك ويديْك إلى السماء. فقلتُ يا جبريل ما هذه الليلة؟ فقال: هذه ليلة تفتح فيها ثلاثمائة بابٍ من الرحمة، فيغفر الله تعالى لجميع مَنْ لا يشرك بالله شيئًا إلاّ من كان ساحرا أو كاهنا أو مشاحنا أو مدمن خمر أو مضرا على الزنا أو اكل الربا أو عاق الوالدين أو النمام أو قاطع الرحم، فإن هؤلاء لا يغفر لهم حتى يتوبوا ويتركوا. فخرج النبي عليه الصلاة والسلام فصلّى وبكى فى سجوده وهو يقول: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِقَابِكَ وَسَخَطِكَ وَلاَ أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ فَلَكَ الحَمْدُ حَتَّى تَرْضَ.

Yang bermaksud :

"Jibril a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya'ban seraya berkata : Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu ke langit. Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini? Maka jawabnya : Inilah malam yang dibuka padanya 300 pintu rahmat, ALLAH Subhanahu waTa'ala mengurniakan keampunan bagi mereka yang tidak menyekutukan sesuatu dengan-NYA dan rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut.
 
Lalu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم pun keluar dan bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya : "Sesungguhnya aku berlindung kepada ENGKAU daripada seksaan dan kemurkaan-MU. Dan tidaklah aku dapat menghitung segala pujian kepada-MU, sebagaimana ENGKAU memuji diri-MU sendiri maka bagi-MU segala pujian sehingga ENGKAU redha".

("Pada malam nisfu Sya'ban ditutupnya lembaran buku catatan amalan yang lama dan diangkatnya semua amal perbuatan manusia yang dilakukan selama satu tahun yang lalu serta dibukanya lembaran buku catatan amalan kita yang baru,pada malam nisfu' Sya'aban juga ALLAH menetapkan takdir seseorang pada satu tahun yang akan datang baik dari kehidupan,kematian,rezeki dan jodoh..")
Perbanyakkanlah doa di malam Nisfu Syaaban. Lagi bahan bacaan tambahan di blog http://abubasyer.blogspot.com/ tentang berdoa di malam nisfu Syaaban.
Ya Allah perkenankanlah & maqbulkanlah doa-doaku.Aku tiada daya & upaya kecuali dengan izinMu.

3 comments:

  1. assalamualaikum...
    semoga di rahmati Allah SWT..
    insyaAllah moga2 Allah berikan rahmat pada kita semua untuk lebih beramal kepadaNya..semoga Syaaban membuka lebaran yang lebih baik untuk menempuh Ramadhan 1433H..
    semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik untuk mengabdikan diri pada Allah Azza Wajalla..
    'Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan'
    ( Riwayat Ahmad dan At tabrani dari Anas )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin..
      Waalaikumussalam w.r.b
      Terima kasih kerana melawat blog saya yg tak seberapa ini & atas komen yang diberi.
      Semoga pengisian Syaaban & Ramadhan dapat menyuntik semangat agar kita sentiasa berusaha menjadi hamba Allah yg lebih bertaqwa serta mendidik diri kita untuk meningkatkan ilmu, iman & amal.

      Delete
  2. afwan kak..
    semoga usaha dakwah akak ini dapat menuai hasilnya di kemudian hari nanti..lebih2 lagi orang akan mengamalkan ape ilmu yang telah di sampaikan..SubhanaLLah..semoga istiqomah sebagaimana pendakwah2 yang giat berdakwah di serata dunia..
    JazakaLLahu khairan kathiraa..

    ReplyDelete