MOTO:
Sentiasa berusaha untuk melaksana & mendapat yang terbaik; Sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk. ( Hope for he best; be prepared for the worst)
KEYAKINANKU:
Allah tidak membebankan hambaNya kecuali apa yang mampu ditanggung olehnya.(Maksud Surah alBaqarah)
Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNya. Berdoa & berharaplah hanya padaNya, Tuhan yang satu!
DOAKU PADAMU, YA ALLAH:
Ya Allah , aku tidak pernah memohon untuk dikecilkan ujianMu tapi ku sentiasa berharap Kau besarkanlah iman di hatiku utk menempuh sgala ujianMu dgn redha dan tabah. Rahmatilah aku dalam setiap nafas yg masih berbaki. Amiin.
Saturday, May 19, 2012
Majlis ilmu via internet
Sahabat dapat kalimah iman 'La ilaha illallah....' dgn mujahadah (pengorbanan) & sebarkan kalimah tersebut serta kembangkan agama melalui pengorbanan, susah payah. Justeru, kesan ucapan & kefahaman kalimah tersebut berbeza dgn kita yg dapat dgn cara yg mudah.
Sunday, May 13, 2012
ROJAA' & MUNAJAT HANYA PADAMU, YA TUHANKU
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIIM,
Permudahkanlah segala sesuatu seandainya ianya baik untuk kami, keluarga kami & agama kami. Kami insan yang lemah, tiada daya & upaya ...pergantungan kami semata-mata kepadaMu. Kurniakanlah yang terbaik untuk kami. Didiklah & pimpinlah hati-hati kami agar sentiasa redha dengan sebarang ketentuanMu. Didiklah hati kami untuk sentiasa mensyukuri kurniaanMu. Walau bagaimana pun, pimpinlah & tabahkanlah hati-hati kami andainya ianya pahit untuk kami tempuhi. Amiin.
Friday, May 11, 2012
Pengajian Perniagaan 2
Topik Yang Perlu Ditekankan Dalam Pep. Sem 1 2012 P.Perniagaan 2:
Keusahawanan:
Sumbangan usahawan / cetusan idea & peluang drpd masalah / sumber modal / Aspek Rancangan Perniagaan (penting sgt) / Bantuan Perniagaan / Pendekatan keusahawanan (teori)
Koperasi & OBBU:
Peranan Koop / Jenis OBBU & aktiviti / Peranan badan2 yg membantu kop / Beza Kop, OBU & OBBU / Pinsip2 Koperasi
Kemahiran Komunikasi:
Definisi2 / Kegunaan / Proses / Bentuk / Komunikasi & Pendengaran berkesan / Halangan Komunikasi / Jenis & Saluran komunikasi
Etika & Tanggungjawab Sosial:
Keengganan firma laksana tgjwb sosial / Peranan & hak Pengguna ./ Kawalan dalaman organisasi utk halang salahlaku / warga korporat / Tanggungjawab firma kpd pihak berkepentingan / Jenayah kolar putih
Perdagangan Antarabangsa:
Kepentingan PAB / Bantuan terhadap PAB / Dokumen Diperlukan Dlm PAB / Faktor membantu PAB / Imbangan Perdagangan
**** Hati-hati...
1) Soalan Kes jawab dalam bentuk kes, nyatakan kes dlm jwpn. Tidak nyatakan kes, tiada markah.
2) Proses: Ikut turutan yg betul.
3) Soalan banyak aplikasi & kes: Buka minda & fikir
4) Soalan agak mencabar. Cikgu dah bagi hints, cuba yang terbaik!!
Soalan dr Aini:
Jelaskan bagaimana sesuatu masalah boleh menjadi pencetus peluang kepada seorang usahawan?
# Peluang perniagaan blh wujud akibat mslh yg ditimbulkan oleh
orglain, perubahan teknologi, perubahan citarasa pengguna, perubahan
cara hidup dll
# Idea-idea yg wujud akibat mslh yg timbul.
Usahawan perlu buat perancgn strategik tg mengambil kira apa yg ada, yg
tiada & perlu ada utk realisasikn idea & peluang dlm bentuk
gerak kerja.
# Cuba bagi contoh: Mslh yg timbul yg blh beri peluang perniagaan.
Kejayaan hanya dicapai dgn izin ALLAH jua, mohon tanpa jemu & banyak2 pd Allah. Ingat pesan saya, istiqamahkan solat dhuha, solat hajat, doalah dlm sujud2 akhir & rajin2lah puasa sunat (pesan utk diri sdri jg). Alhamdulillah, saya dah nmpk ramai anak2 didik T6 yg bersemangat ke arah itu. Jom, kita pakat bina kekuatan diri batiniah & lahiriah!!!
8.50 am UPDATED 12.5.12 jam 10.47 mlm
Tuesday, May 8, 2012
TERSENTAK DENGAN SOALAN ANAK BONGSU SEBELUM TIDUR
Selepas memastikan anak bongsuku, Abdullah Husaini membaca doa tidur, ketika aku pula bersiap sedia untuk melaksanakan adab tidur. Tiba-tiba aku & Najiha tersentak dengan soalan Husaini... ' Mama, bila mama nak mengandung pula' . Mulanya aku cuba alih perhatian kepada jawapan 'Husaini nak adik ke?' Dia mengangguk. Aku jawab kembali 'Husaini anak bongsu mama, paling kecil, tak payah ada adik la'. Hairan juga bagaimana soalan begini tiba-tiba ditanya olehnya.
Najiha pun berceritalah bahawa petang tadi mereka bersama nenek & mak teh telah pergi menziarahi maksu yang baru 2 minggu bersalin dan anak-anaknya. Husaini nak pegang baby tapi anak maksu yg sulung, Farisya tak benarkan. Frust la dia. Ooo... patut la, malam ni minta mama lahirkan adik untuk dia. Patut la masa majlis taklim lepas solat isya' tadi, dia seperti memikirkan dan ingin bertanya sesuatu.
Aku pun cuba la cari jawapan spontan kepada soalan Husaini..' Abah Husaini dah meninggal dunia kan, mama tak boleh la mengandung lagi' Dia tanya lagi ' Kena ada abah ke baru mama boleh mengandung?' Aku & Najiha serentak ketawa membuatkan terpingga-pingga la pula anak bongsuku itu. Aku yang sebelum ni mengantuk & bercadang tidur awal kerana azam bangun awal utk solat tahajjud, terus tak jadi tidur. Ku taipkan post ini & perlu memikirkan jawapan terbaik untuk anak bongsuku itu, dia mungkin akan bertanya semula esok. Dia tidur dalam tanda tanya agaknya.
Inilah gambar Ayeesha Bt Mohd Nazri. yang diambil pada 30.4.2012 lalu ketika aku sedang memangkunya, Baby inilah yang membuatkan Husaini geram sangat nak pegang dan bermain dengannya.
Hari ini, ketika ziarah baby bersama nenek, Husaini geram sangat nak pegang baby ni tadi tapi kakak Ayeesha iaitu Farisha yang berumur 2 tahun tak benarkan.
Sebelum ini Husaini juga pernah memintaku cari 'abah' baru. Mungkin dia dah mula terasa ketiadaan abahnya bila kawan-kawan di sekolah bercerita mengenai bapa mereka atau dia memerhatikan kawan-kawan yang bermesra dengan bapa masing-masing. Aku pun berceritalah mengenai kisah orang yang paling dikasihi Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w yang tak sempat pun lihat bapanya & terus berikan motivasi pada anak kesayanganku itu. Maka terceritalah kisah Nabi Muhammad s.a.w di zaman kecilnya sebagai anak yatim.
Sesungguhnya mama memang sayu & kesian bila perhatikan Husaini, sekejap sahaja dapat bermanja dengan arwah abahnya. Di usia 6 tahun sudah kehilangan abahnya yang disayangi. Kini, tiada lagi model seorang ayah baginya. Ya Allah kurniakanlah anakku kekuatan untuk menghadapi ujianMu, gantilah kedukaan mereka dengan kegembiraan.
Sememangnya rumah ini pun dah sunyi tanpa suara anak-anak kecil, mungkin ada baiknya aku ambil anak angkat di kalangan saudara mara di Kelantan , terutamanya yang susah-susah untuk dibela. Bolehlah jadi 'adik' untuk Husaini.
Mama berazam akan sentiasa berusaha & berjuang sebaik mungkin untuk membesarkan, mendidik dan mengasihi anak-anak mama agar anak-anak kurang merasa kehilangan arwah abah. Kuatkan semangatmu wahai anak-anakku, mama akan sentiasa bersama kalian. Doakan mama sentiasa kuat, bersemangat, sabar dan tabah untuk menempuh cabaran yang mendatang. Mama amat kasihkan kalian.
Anak-anak dilahirkan ibarat kain putih. Ibubapalah yang perlu mencorakkannya mengikut acuan sendiri. Dalam proses pembesaran, berbagai soalan akan timbul & berlegar di fikiran anak-anak.. Setiap jawapan untuk persoalan yang dikemukakan oleh anak-anak perlu dihubungkaitkan dengan nilai-nilai agama.
(8.5.12, Selasa jam 11.00 malam.)

Saturday, May 5, 2012
RINDU
Ya Allah
Kau Yang Maha Berkuasa
Dengan izinMu jua
Kau Pernah Hadirkannya
Suatu ketika dulu...
Dan kini...
Setelah puluhan tahun
Tak terduga dek aqal biasa
Di sini bersua kembali.....
Namun...
Sekali lagi ku diuji
Mengenali erti sebuah kerinduan
Sukar dihindari
Doaku....
Agar kuat, tabah & ikhlas
Dekat padaMu Ya Rabb
Pimpinlah hati ini untuk lebih redha & pasrah
Dengan segala ketentuanMu
Jadikanlah segala kesukaran ini
Untuk membesarkan imanku
Moga dapat ku raih syurgaMu yang kekal abadi.
Cukuplah Kau Ya Rahman
Sebagai Pelindung & Pembantu
Di saat dukaku
Didiklah hati ini hanya untuk
MerinduiMu & RasulMu....
Hingga nafas terhenti.
Friday, May 4, 2012
YA ALLAH, GUIDE ME ALL THE WAY
Ya ALLAH
Guide me all the way to your jannah
Ya ALLAH
Don't let me go astray
Coz I need You by my side
Be with me all the time
Close to you....
ALLAH Please answer my prayers. Show & guide me to the right path. I have no one else to turn to.. I have only YOU forever and ever!!
Guide me all the way to your jannah
Ya ALLAH
Don't let me go astray
Coz I need You by my side
Be with me all the time
Close to you....
Monday, April 30, 2012
FADHILAT MAJLIS TAKLIM: ISTIQAMAHKANLAH JUGA DI RUMAHMU
FADHILAH TA`LIM
DAN ADAB-ADABNYA
Majlis
taklim adalah majlis yang diibaratkan sebagai taman-taman syurga, majlis yang disukai oleh para malaikat. Adalah
penting untuk kita menghidupkan amalan taklim di rumah agar ahli rumah kita turut mendapat nuur hidayah & mendapat kelebihan orang yang
menghidupkan amalan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Rumah-rumah yang hidup dan
istiqamah amalan majlis taklim yang sentiasa menyebut ayat-ayat Allah &
sabdaan Rasulullah s.a.w akan kelihatan bercahaya
pada pandangan penghuni langit.
Al-Faqih Abu Laits Samarqandi,
seorang ulama salaf mengatakan dalam kitabnya Tanbihul Ghafilin:
Orang yang duduk menghadiri majlis
ta’lim, sekalipun tidak dapat mengingat ilmu yang disampaikan, akan meperoleh
tujuh kemuliaan iaitu:
- Kemuliaan orang yang menuntut ilmu
- Mengekang kelakuan dosa selama duduk dalam majlis
- Ketika berangkat menuju majlisnya dilimpahi rahmat Allah
- Akan ikut memperoleh rahmat yang dilimpahkan Allah kepada majlis
- Dituliskan sebagai amal kebajikan sepanjang memperhatikan apa yang dibicarakan
- Diliputi para malaikat dengan sayapnya
- Setiap langkah ditulis sebagai kebaikan dan sebagai penebus dosa.

Maksud
dan tujuannya :
1. Untuk memasukkan nur Kalamullah
dan nur sabda Rasulullah saw kedalam hati kita
2. Untuk menghidupkan sunnah
Rasulullah saw
3. Untuk mencari redha Allah swt
4. Untuk mengerti nilai-nilai amal
5. Menghubungkan antara ilmu dan
amal
6. Untuk mengingat kembali perintah
Allah swt dan larangan-Nya
7. Untuk mengghairahkan kita dalam
beramal
8. Mendapatkan barakah majlis
9. Merupakan taman-taman syurga di
dunia.
Fadhilahnya
:
Barangsiapa yang duduk dalam majlis
ta'lim, maka Allah swt yang berikan :
1. Diberikan sakinah / ketenangan
jiwa
2. Dicucuri rahmat
3. Dikerumuni para malaikat mulai
dari permukaan bumi hingga kelangit Allah swt
4. Malaikat yang hadir akan
meminta keampunan kepada Allah swt untuk orang yang hadir & kedua ibubapanya di
majlis ta`lim tersebut..
5. Orang yang mamudahkan langkahnya
ke majlis ilmu, maka Allah akan mudahkan langkahnya
ke syurga.
6. Semua benda-benda yang hidup dan
yang mati yang dilewati orang menuju majlis ilmu akan
memintakan ampun untuknya kepada Allah swt.
7. Orang yang duduk di majlis ta`lim
serta orang tuanya akan dibangga-banggakan Allah swt
dihadapan majlis para malaikat
Pesanan Luqmanul
Hakim:
"Wahai anak kesayanganku! Sentiasalah kamu berada dalam majlis alim ulama (orang2 soleh); dengarlah kata-kata hikmah dari mereka. Sesungguhnya Allah akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan siraman hujan yang lebat."
Dengarkanlah kelebihan menghidupkan majlis taklim di rumah-rumah kita. Majlis taklim adalah para malaikat ibarat taman-taman syurga. Bila malaikat sentiasa mmenuhi ruang-ruang rumah semasa majlis diadakan, maka kita berharap ahli rumah juga turut mendapat aura sifat malaikat iaitu ' Sami'na Wa 'Ato'na' bermaksud 'kami dengar dan kami taat' dan seterusnya melembutkan hati-hati ahli-ahli rumah.
Ya Allah Ya Rahman , istiqamahkanlah diriku & anak-anakku dalam menghidupkan majlis taklim di rumah kami. Kurniakanlah kepada kami rahmah, taufik & hidayahMu. Pimpinlah kami ke jalan yang benar dan yang Kau redhai. Lembutkanlah hati-hati kami agar mudah untuk kami laksanakan perintahMu. Amiin.
Subscribe to:
Posts (Atom)