Selepas memastikan anak bongsuku, Abdullah Husaini membaca doa tidur, ketika aku pula bersiap sedia untuk melaksanakan adab tidur. Tiba-tiba aku & Najiha tersentak dengan soalan Husaini... ' Mama, bila mama nak mengandung pula' . Mulanya aku cuba alih perhatian kepada jawapan 'Husaini nak adik ke?' Dia mengangguk. Aku jawab kembali 'Husaini anak bongsu mama, paling kecil, tak payah ada adik la'. Hairan juga bagaimana soalan begini tiba-tiba ditanya olehnya.
Najiha pun berceritalah bahawa petang tadi mereka bersama nenek & mak teh telah pergi menziarahi maksu yang baru 2 minggu bersalin dan anak-anaknya. Husaini nak pegang baby tapi anak maksu yg sulung, Farisya tak benarkan. Frust la dia. Ooo... patut la, malam ni minta mama lahirkan adik untuk dia. Patut la masa majlis taklim lepas solat isya' tadi, dia seperti memikirkan dan ingin bertanya sesuatu.
Aku pun cuba la cari jawapan spontan kepada soalan Husaini..' Abah Husaini dah meninggal dunia kan, mama tak boleh la mengandung lagi' Dia tanya lagi ' Kena ada abah ke baru mama boleh mengandung?' Aku & Najiha serentak ketawa membuatkan terpingga-pingga la pula anak bongsuku itu. Aku yang sebelum ni mengantuk & bercadang tidur awal kerana azam bangun awal utk solat tahajjud, terus tak jadi tidur. Ku taipkan post ini & perlu memikirkan jawapan terbaik untuk anak bongsuku itu, dia mungkin akan bertanya semula esok. Dia tidur dalam tanda tanya agaknya.
Inilah gambar Ayeesha Bt Mohd Nazri. yang diambil pada 30.4.2012 lalu ketika aku sedang memangkunya, Baby inilah yang membuatkan Husaini geram sangat nak pegang dan bermain dengannya.
Hari ini, ketika ziarah baby bersama nenek, Husaini geram sangat nak pegang baby ni tadi tapi kakak Ayeesha iaitu Farisha yang berumur 2 tahun tak benarkan.
Sebelum ini Husaini juga pernah memintaku cari 'abah' baru. Mungkin dia dah mula terasa ketiadaan abahnya bila kawan-kawan di sekolah bercerita mengenai bapa mereka atau dia memerhatikan kawan-kawan yang bermesra dengan bapa masing-masing. Aku pun berceritalah mengenai kisah orang yang paling dikasihi Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w yang tak sempat pun lihat bapanya & terus berikan motivasi pada anak kesayanganku itu. Maka terceritalah kisah Nabi Muhammad s.a.w di zaman kecilnya sebagai anak yatim.
Sesungguhnya mama memang sayu & kesian bila perhatikan Husaini, sekejap sahaja dapat bermanja dengan arwah abahnya. Di usia 6 tahun sudah kehilangan abahnya yang disayangi. Kini, tiada lagi model seorang ayah baginya. Ya Allah kurniakanlah anakku kekuatan untuk menghadapi ujianMu, gantilah kedukaan mereka dengan kegembiraan.
Sememangnya rumah ini pun dah sunyi tanpa suara anak-anak kecil, mungkin
ada baiknya aku ambil anak angkat di kalangan saudara mara di Kelantan ,
terutamanya yang susah-susah untuk dibela. Bolehlah jadi 'adik' untuk
Husaini.
Mama berazam akan sentiasa berusaha & berjuang sebaik mungkin untuk membesarkan, mendidik dan mengasihi anak-anak mama agar anak-anak kurang merasa kehilangan arwah abah. Kuatkan semangatmu wahai anak-anakku, mama akan sentiasa bersama kalian. Doakan mama sentiasa kuat, bersemangat, sabar dan tabah untuk menempuh cabaran yang mendatang. Mama amat kasihkan kalian.
Anak-anak dilahirkan ibarat kain putih. Ibubapalah yang perlu mencorakkannya mengikut acuan sendiri. Dalam proses pembesaran, berbagai soalan akan timbul & berlegar di fikiran anak-anak.. Setiap jawapan untuk persoalan yang dikemukakan oleh anak-anak perlu dihubungkaitkan dengan nilai-nilai agama.
(8.5.12, Selasa jam 11.00 malam.)
MOTO:
Sentiasa berusaha untuk melaksana & mendapat yang terbaik; Sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk. ( Hope for he best; be prepared for the worst)
KEYAKINANKU:
Allah tidak membebankan hambaNya kecuali apa yang mampu ditanggung olehnya.(Maksud Surah alBaqarah)
Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNya. Berdoa & berharaplah hanya padaNya, Tuhan yang satu!
DOAKU PADAMU, YA ALLAH:
Ya Allah , aku tidak pernah memohon untuk dikecilkan ujianMu tapi ku sentiasa berharap Kau besarkanlah iman di hatiku utk menempuh sgala ujianMu dgn redha dan tabah. Rahmatilah aku dalam setiap nafas yg masih berbaki. Amiin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAmiin Ya Rabbal 'Alamiin.
DeleteSentiasa berdoa agar Allah kurniakan yang terbaik & semoga apa yang Allah takdirkan sama dengan apa yang diimpikan.