FADHILAH TA`LIM
DAN ADAB-ADABNYA
Majlis
taklim adalah majlis yang diibaratkan sebagai taman-taman syurga, majlis yang disukai oleh para malaikat. Adalah
penting untuk kita menghidupkan amalan taklim di rumah agar ahli rumah kita turut mendapat nuur hidayah & mendapat kelebihan orang yang
menghidupkan amalan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Rumah-rumah yang hidup dan
istiqamah amalan majlis taklim yang sentiasa menyebut ayat-ayat Allah &
sabdaan Rasulullah s.a.w akan kelihatan bercahaya
pada pandangan penghuni langit.
Al-Faqih Abu Laits Samarqandi,
seorang ulama salaf mengatakan dalam kitabnya Tanbihul Ghafilin:
Orang yang duduk menghadiri majlis
ta’lim, sekalipun tidak dapat mengingat ilmu yang disampaikan, akan meperoleh
tujuh kemuliaan iaitu:
- Kemuliaan orang yang menuntut ilmu
- Mengekang kelakuan dosa selama duduk dalam majlis
- Ketika berangkat menuju majlisnya dilimpahi rahmat Allah
- Akan ikut memperoleh rahmat yang dilimpahkan Allah kepada majlis
- Dituliskan sebagai amal kebajikan sepanjang memperhatikan apa yang dibicarakan
- Diliputi para malaikat dengan sayapnya
- Setiap langkah ditulis sebagai kebaikan dan sebagai penebus dosa.
- Kemuliaan orang yang menuntut ilmu
- Mengekang kelakuan dosa selama duduk dalam majlis
- Ketika berangkat menuju majlisnya dilimpahi rahmat Allah
- Akan ikut memperoleh rahmat yang dilimpahkan Allah kepada majlis
- Dituliskan sebagai amal kebajikan sepanjang memperhatikan apa yang dibicarakan
- Diliputi para malaikat dengan sayapnya
- Setiap langkah ditulis sebagai kebaikan dan sebagai penebus dosa.
Maksud
dan tujuannya :
1. Untuk memasukkan nur Kalamullah
dan nur sabda Rasulullah saw kedalam hati kita
2. Untuk menghidupkan sunnah
Rasulullah saw
3. Untuk mencari redha Allah swt
4. Untuk mengerti nilai-nilai amal
5. Menghubungkan antara ilmu dan
amal
6. Untuk mengingat kembali perintah
Allah swt dan larangan-Nya
7. Untuk mengghairahkan kita dalam
beramal
8. Mendapatkan barakah majlis
9. Merupakan taman-taman syurga di
dunia.
Fadhilahnya
:
Barangsiapa yang duduk dalam majlis
ta'lim, maka Allah swt yang berikan :
1. Diberikan sakinah / ketenangan
jiwa
2. Dicucuri rahmat
3. Dikerumuni para malaikat mulai
dari permukaan bumi hingga kelangit Allah swt
4. Malaikat yang hadir akan
meminta keampunan kepada Allah swt untuk orang yang hadir & kedua ibubapanya di
majlis ta`lim tersebut..
5. Orang yang mamudahkan langkahnya
ke majlis ilmu, maka Allah akan mudahkan langkahnya
ke syurga.
6. Semua benda-benda yang hidup dan
yang mati yang dilewati orang menuju majlis ilmu akan
memintakan ampun untuknya kepada Allah swt.
7. Orang yang duduk di majlis ta`lim
serta orang tuanya akan dibangga-banggakan Allah swt
dihadapan majlis para malaikat
Assalammualaikum wbt. Jazakillah. Ilmu yg berguna
ReplyDeleteAssalam.....alhamdulillah.....jazakillah.......
ReplyDeleteAlhamdulillah. Jazakillah .saya copy dan paste utk disampaikan kpd ahli keluarga dan sahabat, insya Allah.
ReplyDeleteاَللّهُمَ صَلّ وَسَلّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
ReplyDeleteAllahumma sholli wasallim ‘ala Sayyidina Muhammad wa ala Ali Sayyidina Muhammad
Ya Allah semoga rahmat senantiasa tercurah kepada Nabi Muhammad dan juga kepada Keluarga Nabi Muhammad."