MOTO:
Sentiasa berusaha untuk melaksana & mendapat yang terbaik; Sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk. ( Hope for he best; be prepared for the worst)

KEYAKINANKU:
Allah tidak membebankan hambaNya kecuali apa yang mampu ditanggung olehnya.(Maksud Surah alBaqarah)
Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNya. Berdoa & berharaplah hanya padaNya, Tuhan yang satu!

DOAKU PADAMU, YA ALLAH:

Ya Allah , aku tidak pernah memohon untuk dikecilkan ujianMu tapi ku sentiasa berharap Kau besarkanlah iman di hatiku utk menempuh sgala ujianMu dgn redha dan tabah. Rahmatilah aku dalam setiap nafas yg masih berbaki. Amiin.

Wednesday, December 25, 2013

CIRI-CIRI ISTERI YANG SOLEHAH

Pengajian Muslimah: Ciri-ciri Istri Sholehah - Ustadz Firanda Andirja, 

Bila mengikuti ceramah ini dan buku di bawah, terasa masih jauhnya diri daripada mendapat status isteri yang solehah. Masih banyak kekurangan dan kesilapan yang perlu diperbaiki dan diusahakan. Semoga semua pembaca dapat manfaatkan perkongsian ini dan sama-sama berusaha ke arah itu.


 


Ciri2 isteri solehah (intisari ceramah ini yg dapat saya catatkan):
1)  bersegera kpd suami apabila dipanggil utk bersama
2)  taat kepada suami asalkan permintaan suami tidak melanggar syariat.
3)  Sentiasa bermanis muka & berusaha tidak bermuka masam dengan suami
4)  berusaha memilih kata-kata yang terbaik untuk dituturkan kepada suami
5)  tidak memerintahkan suami membuat kerja2  di rumah. (tentu ramai yg dengar akan ??? namun dengarkan huraian penceramah)
6)  keluar rumah dengan izin suami. Mohon izin walaupun tahu suami akan benarkan. Suami akan berasa  lebih dhargai & dihormati7)  berhias, berwangian hanya untuk suami & memberati suasana di tempat tidur.
8)  tidak membenarkan orang yang suami tidak suka masuk ke dalam rumah.
9)  usahakan jadual makan suami dan makanan kesukaan suami.
10) hormati mertua serta kerabat suami
11) berusaha menenangkan hati suami
12) segera meminta maaf jika melakukan kesilapan kpd suami
13) mencium tangan suami sebelum suami keluar kerja / berpisah dengan suami
14) mengajak suami untuk solat malam

15) berusaha menutupi aib suami dan tidak bercerita tentang hal rumahtangga terutamanya hal di ranjang kepada orang luar.
16) tidak membantah & tidak mengeraskan suara terhadap suami
17) sentiasa qanaah dan tidak membandingkan suaminya dengan oranglain
18) tidak menunjukkan kesedihan semasa suami sedang bergembira dan begitulah sebailknya. Berusaha mengkondisi mengikuti mood suami
19) berusaha melakukan apa yg suami suka / mengikut kesukaan suaminya
20) berusaha mengatur perbelanjaan  wang suami dengan sebaiknya @ tidak boros dengan wang pemberian suaminya. Dibolekan mengambil wang suami jika suami tidak memberikan nafkah dengan sewajarya namun sekadar yg perlu.
21) tidak menceritakan kecantikan wanita lain kpd suaminya sehingga suaminya membayangkan kecantikan wanita tersebut.

22) berusaha menasihati suami apabila suami terjerumus ke dalam hal maksiat.
23) tidak melihat & mengagumi lelaki lain selain suaminya.
24) lebih suka tinggal di rumah daripada keluar berjalan-jalan
25) jika suami melakukan kesalahan, tidak melupakan segala kebaikan-kebaikan yang pernah dilakukan.
 suami.

               ***********************************************************
 
Berkesempatan juga membaca buku ni sebagai santapan rohani hari ini iaitu buku Petunjuk Sunnah & Adab Sehari-hari 2, ingin ku kongsikan sedikit rumusannya di sini tentang  CIRI ISTERI YANG DEKAT DENGAN SYURGA.


 Berikut ini adalah ciri-cirinya :
1.      Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita. (An Nisa’:34)
2.      Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri. (Al Baqarah: 228)
3.      Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH). An Nisa’: 39)
4.      Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.
5.      Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin / biologis (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya). HR Nasai, Muttafaq’alaih)
Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur untuk menggaulinya lalu isteri menolaknya, maka yang ada di langit (malaikat) akan melaknatnya sehingga suami meredainya. (HR  Muslim)
6.      Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami di banding urusan yang lain. Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)           ( HR Tirnidzi)
7.      Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah. (AnNisa’:34)
8.      Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.
9.      Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya / berhias  ketika berada depan suami. (HR Thabrani)
10.  Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar si suami merasa tenteram hatinya. ((HR Thabrani)
11.  Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.
(Dikutip dari Buku : Petunjuk Sunnah dan Adab Sehari-hari 2 - H.A. Abdurrahman Ahmad)

Bacaan lain yang boleh dikaitkan dengan topik yang sama adalah
http://kiestikoisme.wordpress.com/belajar-islam/ciri-ciri-sifat-keutamaan-dan-pahala-bagi-istri-sholehah/

Wednesday, November 20, 2013

ISTERI DIANGGAP DERHAKA PADA SUAMI JIKA...... (Na'uzubillah)

ISTERI DIANGGAP DERHAKA PADA SUAMI JIKA...

1. Apabila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang. Sabda Rasulullah s.a.w. "Apabila suami memanggil isteri ke tempat tidur, ia tidak datang nescaya malaikat melaknat isteri itu hingga ke Subuh."

2. Membantah suruhan atau perintah suami. Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa sahaja yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari Allah swt dan malaikat serta semua manusia".

3. Bermasam muka terhadap suami. Sabda Rasullulah s.a.w. "Mana-mana perempuan yang bermasam muka di hadapan suaminya bererti ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia senyum kepada suaminya atau ia meminta keredhaannya".

4. Jahat lidah/mulut pada suami. Sabda Rasulullah s.a.w. " Ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam neraka, di antaranya ialah wanita yang jahat atau kesat lidahnya terhadap suaminya".

5. Membebankan suami dengan permintaan yang di luar kemampuannya.

6. Keluar rumah tanpa izin suaminya. Sabda Rasulullah s.a.w. "Mana-mana perempuan yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya dia akan dilaknat oleh Allah swt. hingga dia kembali kepada suaminya atau suaminya redha terhadapnya."

7. Menghina pengorbanan suami. Maksud Hadith: Allah swt tidak akan akan memandang (mempedulikan) pada isteri-isteri yang tidak berterima kasih kepada pengorbanan suaminya sedangkan dia masih perlukan suaminya.

8. Menerima tetamu tanpa keizinan suaminya. Maksud Hadith: Jangan benarkan masuk ke rumahnya melainkan dizinkan oleh suami.

9. Tidak mahu menerima tunjuk ajar suami. Maksud Hadith: Isteri yang derhaka hukum perbuatannya berdosa dan boleh gugur nafkahnya ketika itu. Jika ia tidak segera bertaubat dan meminta ampun dari suaminya, nerakalah di akhirat kelak. Apa yang isteri lakukan terhadap suami adalah semata-mata mendapat keredhaan Allah swt.


SHAREdaripada FB. Semoga dapat memanfaatkan & dimanfaatkan.

Saturday, September 21, 2013

Tempahan laksa, laksae dan nasi himpit kawasan Gombak

Alhamdulillah hari ini dapat menikmati genuine laksae Kelantan (gambar)  yang amat sedap hasil air tangan kakak iparku, Kak Roh di Greenwood, Gombak. Kenalan yang tinggal di sekitar kawasan berdekatan Gombak dan ingin membuat tempahan laksam, laksa Kelantan dan nasi himpit boleh la menalipon terus Kak Roh di talian 012 2658131 (K.Roh) / 017 3267012 (Izzati).


Friday, September 20, 2013

Empat Halangan Menuju Gerbang Perkahwinan

 Empat Halangan Menuju Gerbang Perkahwinan
1-Pemuda dan pemudi yang tak mahu kahwin, ingin hidup bebas.
2- Wali menyusahkan urusan perkahwinan.
3- Mahar - Mas kahwin yang mahal / terlalu tinggi.
4-Majlis perkahwinan yang membazir dan keterlaluan.


3 golongan dilindungi Allah: (maksud hadith)
1) Mujahid berjuang di jalan Allah
2) Hamba yang berusaha hendak merdekakan dirinya
3) Orang yang nak berkahwin kerana nak menjaga dirinya daripada terjebak kepada perkara yang tidak baik

Saturday, August 31, 2013

Reset Minda: Menghindari kemurkaan Allah??



Kata Ustaz Don Daniyal di wall post FBnya:
‘Tatkala membuat apa jua keputusan, sama ada besar mahupun kecil, bermunajatlah kepada Allah. Keputusan yang terbaik untuk kita hanya ada pada NYA...
Subhanallah Walhamdulillah Wala'illaha'illallah Wallahuakbar... :)’

Terlintas pula kepada saya bagaimana jika keadaannya begini??
Bila tidak pasti dengan sesuatu keputusan  & merasai sukar untuk menyelesaikan sesuatu perkara,  kita  selalunya akan kembali kepada Allah. Bermunajat dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan Allah yang Maha Mengetahui  segala yang terbaik sekarang dan masa depan untuk hambaNya. Melalui doa, solat istikhoroh atau solat hajat bermunajat, menyerah kepada Allah untuk memberikan kita ilham dan petunjuk.  Kita sering bertekad akan menerima segala apa yang diilhamkan kerana kita amat yakin sesungguhnya Allah jua Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.
Setelah berulang kali mengulangi  permohonan hidayah Allah ini, dengan kuasa Allah, diilhamkanlah  petunjuk untuk kita.  Di permulaannya, kita cuba menerima meskipun ianya pahit dan tidak seperti yang kita harapkan. Namun, hari demi hari, nafsu dan perasaan  semakin menebal untuk menurut kata hati  sendiri bukan lagi apa yang Allah ilhamkan.  

Situasi  juga boleh terjadi begini:
Setelah solat berulang kali, diberi petunjuk dan kita penuh yakin ianya dari Allah, kita gembira bila keputusan / petunjuk Allah menyamai apa yang kita harapkan. Namun... beberapa ketika, kita juga menolaknya dengan logik akal kita @ mungkin kita meramalkan sendiri pula kesusahan demi kesusahan yang kita akan hadapi jika mengikut apa yang diilhamkan itu. Kedua-dua situasi ini & yang awal tadi tetap sama analoginya... menolak apa yang diilhamkan / petunjuk Allah. Dibimbangi kemurkaan Allah; seolah kita mengacah / mempermainkan keputusan / petunjuk Allah setelah kita beriya-iya memohon daripadaNya. Na'uzubillah.

Mungkinkah ianya akan mengundang kemurkaan Allah?????

 Motivasi Prof. Dr. Muhaya - Reset Minda Orang Yang Diuji 

                        


TIPS CEPAT DI DAPUR 2 (PENGALAMAN SENDIRI)


Apa yang saya catatkan di bawah adalah amalan dan pengalaman peribadi saya sendiri. Sekadar ingin berkongsi pengalaman terutamanya untuk panduan para isteri yang baru menjejaki alam rumahtangga. Idea menulis tentang hal ini timbul apabila beberapa  orang bekas pelajar bertanyakan tentang tips-tips begini.   Semoga yang baik dapat dimanfaatkan dan jika tak sesuai, abaikanlah.

1) MENYIMPAN  LAUK MENTAH DI BAHAGIAN BEKU

Simpanlah  ikan, daging, ayam  dan  sebagainya secara tersusun di bahagian beku di dalam  peti ais. Anggarkan I bekas atau 1 plastik untuk sekali memasak. Jadi, kita tidak perlu mengeluarkan kesemua lauk mentah  dan  menyimpan bakinya semula ke dalam peti ais kerana hanya akan menyebakan hilang kesegaran dan rasa enak pada bahan  tadi. Hanya keluarkan sekadar kuantiti apa yang kita hendak masak sahaja.


2) POTONGAN KECIL AYAM / DAGING

Selepas membasuh ayam dan sebelum  memasukkannya ke dalam peti sejuk, asingkanlah isi ayam.
Potonglah isi ayam tadi kecil-kecil dan simpanlah  di dalam plastik  yang kecil. Setiap kali ingin memasak menggunakan  isi  ayam, mudah untuk kita mengambil hanya satu plastik sahaja pada satu-satu  masa untuk sekali memasak. Susun dgn kemas di dalam peti ais.



 Potongan ayam kecil ini akan mempercepatkan & memudahkan bagi kita jika ingin memasak apa sahaja masakan yg sesuai seperti mee atau nasi goreng dan lain-lain. Jadi, kita tidak perlu memotong ayam setiap kali inigin memasak.





3) MEMBUAT KEK SEGERA

Membuat sendiri kek segera lebih menjmatkan daripada kita membeli  adunan kek segera yang dijual di pasaran.
Caranya adalah kita menyukat, mengayak  dan  mencampurkan  kesemua bahan-bahan kering. seperti tepung gandum, serbuk penaik, serbuk koko (utk kek coklat). Masukkan ke dalam  plastik.
Kemudian, kita boleh mencampurkan dan memutar bahan-bahan seperti margerin / mentega dan gula. Masukkan ke dalam  plastik.
Bila kita ingin membuat kek, hanya masukkan telur dan bahan-bahan basah  seperti air (jika perlu) sahaja dengan bahan-bahan yang telah disiapkan tadi. 

Saya pernah membuat dan menjual purata 9 biji kek sehari, cara inilah yang saya lakukan. Bila ada sahaja masa, sediakan bahan-bahan kering dan pukul marjerin dan gula yang kemudiannya disimpan. Mudah kan??

4) MENGUKUS 2 DALAM 1

Setiap kali ingin mengukus apa sahaja  terutamanya yang memerlukan masa yang agak lama, fikirkanlah apa lagi yang boleh dilakukan pada masa yang sama agar dapat menjimatkan masa, tenaga dan juga penggunaan gas / letrik.

Justeru, jika ingin mengukus contohnya pulut kuning atau ketupat di bahagian atas, saya akan merebus ketupat nasi di bahagian bawah pengukus. 2 menu boleh disediakan dalam 1 masa. Jimat kan!!

Selamat Mencuba!
Saya pasti pembaca juga mempunyai cara tersendiri untuk mempercepatkan / memudahkan melakukan kerja-kerja di rumah, kongsikanlah  dengan saya dan pembaca lain di bahagian komen.