Bila mengikuti ceramah ini dan buku di bawah, terasa masih jauhnya diri daripada mendapat status isteri yang solehah. Masih banyak kekurangan dan kesilapan yang perlu diperbaiki dan diusahakan. Semoga semua pembaca dapat manfaatkan perkongsian ini dan sama-sama berusaha ke arah itu.
Ciri2 isteri solehah (intisari
ceramah ini yg dapat saya catatkan):
1) bersegera kpd suami apabila
dipanggil utk bersama
2) taat kepada suami asalkan
permintaan suami tidak melanggar syariat.
3) Sentiasa bermanis muka & berusaha
tidak bermuka masam dengan suami
4) berusaha memilih kata-kata
yang terbaik untuk dituturkan kepada suami
5) tidak memerintahkan suami membuat
kerja2 di rumah. (tentu ramai yg dengar
akan ??? namun dengarkan huraian penceramah)
6) keluar rumah dengan izin
suami. Mohon izin walaupun tahu suami akan benarkan. Suami akan berasa lebih dhargai & dihormati7) berhias, berwangian hanya
untuk suami & memberati suasana di tempat tidur.
8) tidak membenarkan orang yang
suami tidak suka masuk ke dalam rumah.
9) usahakan jadual makan suami
dan makanan kesukaan suami.
10) hormati mertua serta kerabat suami
11) berusaha menenangkan hati suami
12) segera meminta maaf jika melakukan kesilapan kpd suami
13) mencium tangan suami sebelum suami keluar kerja / berpisah dengan
suami
14) mengajak suami untuk solat malam
15) berusaha menutupi aib suami dan tidak bercerita tentang hal
rumahtangga terutamanya hal di ranjang kepada orang luar.
16) tidak membantah & tidak mengeraskan suara terhadap suami
17) sentiasa qanaah dan tidak membandingkan suaminya dengan oranglain
18) tidak menunjukkan kesedihan semasa suami sedang bergembira dan
begitulah sebailknya. Berusaha mengkondisi mengikuti mood suami
19) berusaha melakukan apa yg suami suka / mengikut kesukaan suaminya
20) berusaha mengatur perbelanjaan wang suami dengan sebaiknya @ tidak boros
dengan wang pemberian suaminya. Dibolekan mengambil wang suami jika suami tidak
memberikan nafkah dengan sewajarya namun sekadar yg perlu.
21) tidak menceritakan kecantikan wanita lain kpd suaminya sehingga
suaminya membayangkan kecantikan wanita tersebut.
***********************************************************
22) berusaha menasihati suami apabila suami terjerumus ke dalam hal
maksiat.
23) tidak melihat & mengagumi lelaki lain selain suaminya.
24) lebih suka tinggal di rumah daripada keluar berjalan-jalan
25) jika suami melakukan kesalahan, tidak melupakan segala kebaikan-kebaikan
yang pernah dilakukan.
suami.
Berkesempatan juga membaca buku ni sebagai santapan rohani hari ini iaitu buku Petunjuk Sunnah & Adab Sehari-hari 2, ingin ku kongsikan sedikit rumusannya di sini tentang CIRI ISTERI YANG DEKAT DENGAN SYURGA.
Berikut ini adalah ciri-cirinya :
1.
Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan
ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita. (An Nisa’:34)
2.
Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu
satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri. (Al Baqarah: 228)
3.
Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada
suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH). An Nisa’:
39)
4.
Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga
kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri
tanpa izin suami.
5.
Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami
dalam nafkah batin / biologis (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa
menolaknya). HR Nasai, Muttafaq’alaih)
Apabila suami mengajak isterinya ke
tempat tidur untuk menggaulinya lalu isteri menolaknya, maka yang ada di langit
(malaikat) akan melaknatnya sehingga suami meredainya. (HR Muslim)
6.
Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan
suami di banding urusan yang lain. Termasuk kepentingan orang tua sekalipun.
(Terkecuali mendapat izin dari suami) ( HR Tirnidzi)
7.
Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya
jika suami tidak ada di rumah. (AnNisa’:34)
8.
Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak
boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di
rumah.
9.
Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik
dirinya / berhias ketika berada depan
suami. (HR Thabrani)
10. Seorang
Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak
berseri. Murah senyum agar si suami merasa tenteram hatinya. ((HR Thabrani)
11. Seorang
isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki
lain.
(Dikutip dari Buku : Petunjuk Sunnah dan Adab
Sehari-hari 2 - H.A. Abdurrahman Ahmad)
Bacaan lain yang boleh dikaitkan dengan topik yang sama adalah
http://kiestikoisme.wordpress.com/belajar-islam/ciri-ciri-sifat-keutamaan-dan-pahala-bagi-istri-sholehah/
Bacaan lain yang boleh dikaitkan dengan topik yang sama adalah
http://kiestikoisme.wordpress.com/belajar-islam/ciri-ciri-sifat-keutamaan-dan-pahala-bagi-istri-sholehah/
No comments:
Post a Comment