MOTO:
Sentiasa berusaha untuk melaksana & mendapat yang terbaik; Sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk. ( Hope for he best; be prepared for the worst)

KEYAKINANKU:
Allah tidak membebankan hambaNya kecuali apa yang mampu ditanggung olehnya.(Maksud Surah alBaqarah)
Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNya. Berdoa & berharaplah hanya padaNya, Tuhan yang satu!

DOAKU PADAMU, YA ALLAH:

Ya Allah , aku tidak pernah memohon untuk dikecilkan ujianMu tapi ku sentiasa berharap Kau besarkanlah iman di hatiku utk menempuh sgala ujianMu dgn redha dan tabah. Rahmatilah aku dalam setiap nafas yg masih berbaki. Amiin.

Wednesday, October 17, 2012

TARBIYAH HATI

Kata-kata Yang Dipinjam daripada rakan FB mungkin boleh menjadi panduan untuk diri yang lemah ini:

UJIAN adalah TARBIYYAH dari Allah

Semakin DEKAT BAHTERA kita denganNya..semakin KUAT dan HEBAT taufan yang melanda..hidupkanlah hatimu dengan MENGENALNYA, akal yang MEMAHAMI HAKNYA dan jiwa yang MENCINTAINYA..kelak dirimu akan terasa BAHAGIA dan menemui JALAN KEBENARAN atas KASIH SAYANG yang diberikanNya..✿~

>>> Sungguh hatimu akan merasakan MANISNYA TAKDIR ALLAH jika kamu mencintaiNya, kerana itulah dikatakan..individu yang PALING MENCINTAI Allah adalah orang yang PALING MENGENALNYA


ANDAINYA PERPISAHAN ADALAH YANG TERBAIK.

Bila masa PERPISAHAN itu berlaku kerana ALLAH..maka, yakinlah ALLAH telah MENULISKAN yang TERBAIK untuk kita..usah terlalu BERDUKACITA kerana ALLAH tidak akan menzalimi hambaNYA..maka jadikan SABAR dan SOLAT itu sebagai PENOLONGMU..dan diakhirnya kelak nanti :

✿~ JIKA PERTEMUAN ITU KERANA ALLAH..
✿~ BERKASIH SAYANG ITU KERANA ALLAH..
✿~ PERPISAHAN ITU JUGA KERANA ALLAH..

>>> Allah akan MELINDUNGI kita saat manusia memerlukan perlindungan di waktu perhitungan kelak, Insyallah..berpisah secara fizikal, suara, rupa tapi di hati..tidak pernah ada perpisahan selagi IRINGAN DOA dan HARAPAN disandarkan kepadaNYA..yakinlah dengan KETENTUANNYA..

USAH BERSEDIH dengan KESEDIHAN SEMENTARA :

Kita sebagai hambanya harus 100% yakin yang ALLAH sentiasa membantu kita walau dalam keadaan susah yang amat sangat sekalipun. Yakin yang ALLAH Maha Memberi Pertolongan, Maha Melindung dan Maha
Mengasihi hambanya...Amin. amin ya ALLAH.

"Hasbunallah wa nikmal wakil", diucapkan oleh Nabi Ibrahim tatkala dia dilemparkan ke dalam api sehingga api itu tiba2 menjadi dingin dan tidak menghancurkan Ibrahim. "Hasbunallah wa nikmal wakil," juga diucapkan oleh Nabi Muhammad saat perang Uhud, kemudian ALLAH pun menolongnya...;)
 

No comments:

Post a Comment