MOTO:
Sentiasa berusaha untuk melaksana & mendapat yang terbaik; Sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk. ( Hope for he best; be prepared for the worst)

KEYAKINANKU:
Allah tidak membebankan hambaNya kecuali apa yang mampu ditanggung olehnya.(Maksud Surah alBaqarah)
Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNya. Berdoa & berharaplah hanya padaNya, Tuhan yang satu!

DOAKU PADAMU, YA ALLAH:

Ya Allah , aku tidak pernah memohon untuk dikecilkan ujianMu tapi ku sentiasa berharap Kau besarkanlah iman di hatiku utk menempuh sgala ujianMu dgn redha dan tabah. Rahmatilah aku dalam setiap nafas yg masih berbaki. Amiin.

Tuesday, October 23, 2012

PENGORBANAN

Asbab pengorbanan yg tidak berbelah bahagi oleh Nabi Muhammad s.a.w, keluarga baginda & para sahabat & sahabiah, Islam berkembang ke seluruh alam. 

Semasa haji wida' Raslullah bertanya kpd para sahabat ' Adakah aku telah sampaikan kepada kamu?'
Para sahabat yg mendengar menjawab ' Ya, kau telah sampaikan'. Nabi nak Islam sampai kpd setiap orang, agar semua orang di atas dunia ni dapat Islam & agar  semua orang dapat diselamatkan daripada masuk neraka. Setiap orang Islam bertanggungjawab untuk menghidupkan agama. 

Sebak mendengar kisah pengorbanan Nabi s.a.w, para sahabat & para sahabiah, tiada apa yang dituju melainkan agar agama Islam hidup dalam kehidupan mereka dan di kalangan  setiap manusia. Iman adalah sesuatu yang amat mahal daripada apa sahaja yang ada di muka bumi ini.

Sejauh manakah kita berkorban utk agama?? 


Terlalu sedikit sumbangan diri ini .... Ya Allah ampunilah kami.

No comments:

Post a Comment