MOTO:
Sentiasa berusaha untuk melaksana & mendapat yang terbaik; Sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk. ( Hope for he best; be prepared for the worst)

KEYAKINANKU:
Allah tidak membebankan hambaNya kecuali apa yang mampu ditanggung olehnya.(Maksud Surah alBaqarah)
Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNya. Berdoa & berharaplah hanya padaNya, Tuhan yang satu!

DOAKU PADAMU, YA ALLAH:

Ya Allah , aku tidak pernah memohon untuk dikecilkan ujianMu tapi ku sentiasa berharap Kau besarkanlah iman di hatiku utk menempuh sgala ujianMu dgn redha dan tabah. Rahmatilah aku dalam setiap nafas yg masih berbaki. Amiin.

Sunday, May 27, 2012

ANAKKU NAJIHA ZULKHAIRI KINI PELAJAR UNIVERSTI MALAYA

27 Mei, 2012 mencatatkan sejarah baru bagi anakanda ke 4, Najiha Zulkhairi (bertudung hitam) kerana pada hari ini, dia mendaftarkan diri sebagai pelajar Asasi Syariah di Asasi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan. Najiha juga adalah anak kembarku yang seiras dan seuri yang dilahirkan pada tahun 1994, namun kembarnya Aishah meninggal dunia semasa dilahirkan.

Sebagai ibunya, aku tahu Najiha masih berbelah bahagi kerana turut meminati bidang yang melibatkan pengiraan terutamanya Perakaunan dan juga Matematik. Walau bagaiman pun, semasa mendengar taklimat di APIUM tadi, Najiha masih ada peluang untuk terus belajar Syariah + Matematik& Muamalat/ Ekonomi.

Teringat kembali betapa sedihnya Najiha di saat abahnya tenat di hospital & dimasukkan ke ICU, serba salah dia nak pulang ke asrama selepas pulang cuti hari raya Aidil Fitri tahun lepas. Hanya tidak sampai 3 hari pulang ke asrama, menerima berita kematian abahnya. Arwah abahnya pulang mengadap Allah di saat dia memerlukan sokongan dan motivasi iaitu satu setengah bulan sebelum dia menghadapi peperiksaan penting  SPM. Sebagai ibu, aku adalah orang yang perlu sentiasa kuat dan tabah untuk mengembalikan semangat dan memberikan motivasi agar anak-anak agar tidak terkesan dengan ujian ini dan dapat membina kekuatan dalaman agar kental menghadapi dugaan hidup.

Najiha telah cuba sedaya mungkin untuk menjawab soalan-soalan SPM sebaik mungkin dan Alhamdulillah, aku bersyukur kerana dia telah memperolehi 4A+ 2A 2A- 3B+. Aku tahu dia mengharapkan yang lebih baik namun kami redha dengan keputusan itu. Aku tahu anakku itu telah mencuba yang terbaik. Dari redup mata Najiha, aku tahu dia agak sedih kerana arwah abahnya yang beriya-iya memintanya bertukar sekolah daripada Maktab Mahmud Yan ke SMKA Baling, kini telah tiada untuk menyaksikan keputusan cemerlangnya itu.

Dan hari ini, dia mendaftar sebagai pelajar Universiti Malaya yang dulu universiti kebanggaan arwah abahnya. Namun, pendaftarannya pada kali ini tidak seperti yang dilalui oleh 3 orang kakak dan abang-abangnya yang kini menuntut di UIAM. Tiada lagi seorang bapa yang dapat bersama berkongsi kegembiraannya melangkah ke IPTA.

Aku dapat menyelami hati anakku ini tapi sebagai ibu, aku perlu sentiasa menceriakan suasana, tabah, kuat, menerapkan nilai redha dengan ketentuan Allah dan memberikan sokongan padu demi masa depan anak-anakku. Aku rela beratur hampir 2 jam bersama-sama Najiha, memastikan dia merasa sentiasa ada ibunya untuk berkongsi suka dukanya.



Hampir 5 bulan brcuti selepas SPM, Najiha memang banyak membantu kerja-kerja di rumah. Dia sememangnya anak yang solehah. Rutin hariannya di awal pagi selepas solat subuh dan membaca Quran adalah mengejutkan adik bongsunya untuk solat subuh (siap dengan doa bangun tidur agar adiknya ikut) dan siapkan adik ke sekolah. Semasa aku keluar bekerja, dialah yang akan melakukan kerja-kerja rumah seperti membasuh kain, memasak (tambah lauk yg aku masak sebelum keluar bekerja) dan mengemas rumah. Pada malam hari, dia akan memastikan  serta membantu adiknya membuat kerja sekolah dan solat. Di saat adik hendak tidur, dialah yang memperingatkan adik tentang adab dan doa sebelum tidur. Semua itu dilakukannya tanpa aku menyuruhnya.

Tentu sekali adiknya Abdullah Husaini akan merasa amat kehilangan dan kesunyian tanpa Kak Najiha selepas kami pulang  ke rumah kelak.

Semoga Allah mengurniakan segala kemudahan, rahmat, taufik dan hidayah dan segala kebaikan kepada anakku Najiha. Semoga Najiha dapat menyesuaikan dirinya dengan suasana baru di APIUM dan bumi Kelantan.

Ya Allah, bantulah anak-anakku di mana sahaja mereka berada. Peliharalah mereka dan didiklah hati serta jiwa mereka agar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Amiin.

Saturday, May 19, 2012

Majlis ilmu via internet

InsyaAllah, siaran Lansung Ijtima Sri Petaling KL boleh didengar via Radio Islam Nusantara dari 18 sehingga 21hb Mei. Ceramah umum selepas solat fardhu subuh, 10.30/11.00 pagi, zohor, asar & maghrib; waktu Kuala Lumpur.

~Bahasa perantaraan sepanjang ijtima; melayu, urdu, english, arab.. (alih bahasa ke B.Melayu)

http://rs5.radiostreamer.com/radioislam

Manfaatkanlah kemudahan ICT yg ada utk santapan rohani. Semoga rumah-rumah kita dapat dipenuhi keberkatan dgn majlis2 ilmu daripada pelbagai sumber.
Sedikit sedutan ringkas ceramah bayan subuh 22.5.12 (yang sempat dengar):
Sahabat dapat kalimah iman 'La ilaha illallah....' dgn mujahadah (pengorbanan) & sebarkan kalimah tersebut serta kembangkan agama melalui pengorbanan, susah payah. Justeru, kesan ucapan & kefahaman kalimah tersebut berbeza dgn kita yg dapat dgn cara yg mudah.
Maksud Hadith Nabi' Barangsiapa yg sebut kalimah tersebut dgn sebenar2 ikhlas, dia masuk syurga'. Ikhlas bukan shj pd sebutan di bibir tapi lebih penting keyakinan & aplikasi dalam kehidupan.
Para sahabat tidak akan tinggal satu sunnah pun Nabi Muhammad saw kerana benar2 yakin apa yg disampaikan oleh Baginda.
Bantu agama Allah, Allah akan bantu kita. Kita perlu fikir & risau cara Nabi , bgmn Nabi risau hal umat Baginda hingga di saat-saat kewafatan Baginda, apa yg difikirkan adalah risaukan umat Baginda. Kita perlu sambung kerja Nabi, kembangkan agama, fikir & risau spt Nabi bukan hanya utk diri kita & klrga kita sahaja tapi jg UMAT! 

Sunday, May 13, 2012

ROJAA' & MUNAJAT HANYA PADAMU, YA TUHANKU

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIIM, 
Permudahkanlah segala sesuatu seandainya ianya baik untuk kami, keluarga kami & agama kami. Kami insan yang lemah, tiada daya & upaya ...pergantungan kami semata-mata kepadaMu. Kurniakanlah yang terbaik untuk kami. Didiklah & pimpinlah hati-hati kami agar sentiasa redha dengan sebarang ketentuanMu. Didiklah hati kami untuk sentiasa mensyukuri kurniaanMu. Walau bagaimana pun, pimpinlah  & tabahkanlah hati-hati kami andainya ianya pahit untuk kami tempuhi. Amiin.

Friday, May 11, 2012

Pengajian Perniagaan 2

  Topik Yang Perlu Ditekankan Dalam Pep. Sem 1 2012 P.Perniagaan 2:

Keusahawanan:
Sumbangan usahawan / cetusan idea & peluang drpd masalah / sumber modal / Aspek Rancangan Perniagaan (penting sgt)  / Bantuan Perniagaan / Pendekatan keusahawanan (teori)

Koperasi & OBBU:
Peranan Koop / Jenis OBBU & aktiviti / Peranan badan2 yg membantu kop /  Beza Kop, OBU  & OBBU / Pinsip2 Koperasi

Kemahiran Komunikasi:
Definisi2 / Kegunaan / Proses / Bentuk / Komunikasi & Pendengaran berkesan / Halangan Komunikasi / Jenis & Saluran komunikasi

Etika & Tanggungjawab Sosial:
Keengganan firma laksana tgjwb sosial / Peranan  & hak Pengguna ./ Kawalan dalaman organisasi utk halang salahlaku / warga korporat / Tanggungjawab firma kpd pihak berkepentingan / Jenayah kolar putih

Perdagangan Antarabangsa:
Kepentingan PAB / Bantuan terhadap PAB / Dokumen Diperlukan Dlm PAB / Faktor membantu PAB / Imbangan Perdagangan

**** Hati-hati...
        1)  Soalan Kes jawab dalam bentuk kes, nyatakan kes dlm jwpn. Tidak nyatakan kes, tiada markah.
        2) Proses: Ikut turutan yg betul.
        3) Soalan banyak aplikasi & kes: Buka minda & fikir
        4) Soalan agak mencabar. Cikgu dah bagi hints, cuba yang terbaik!!
Soalan dr Aini:
Jelaskan bagaimana sesuatu masalah boleh menjadi pencetus peluang kepada seorang usahawan?
 
# Peluang perniagaan blh wujud akibat mslh yg ditimbulkan oleh orglain, perubahan teknologi, perubahan citarasa pengguna, perubahan cara hidup dll
# Idea-idea yg wujud akibat mslh yg timbul. Usahawan perlu buat perancgn strategik tg mengambil kira apa yg ada, yg tiada & perlu ada utk realisasikn idea & peluang dlm bentuk gerak kerja.
# Cuba bagi contoh: Mslh yg timbul yg blh beri peluang perniagaan.
Kejayaan hanya dicapai dgn izin ALLAH jua, mohon tanpa jemu & banyak2 pd Allah. Ingat pesan saya, istiqamahkan solat dhuha, solat hajat, doalah dlm sujud2 akhir & rajin2lah puasa sunat (pesan utk diri sdri jg). Alhamdulillah, saya dah nmpk ramai  anak2 didik T6 yg bersemangat ke arah itu. Jom, kita pakat bina kekuatan diri batiniah & lahiriah!!!   
 8.50 am UPDATED 12.5.12 jam 10.47 mlm

Tuesday, May 8, 2012

TERSENTAK DENGAN SOALAN ANAK BONGSU SEBELUM TIDUR

Selepas memastikan anak bongsuku, Abdullah Husaini membaca doa tidur, ketika aku pula bersiap sedia untuk melaksanakan adab tidur. Tiba-tiba aku & Najiha tersentak dengan soalan Husaini... ' Mama, bila mama nak mengandung pula' . Mulanya aku cuba alih perhatian kepada jawapan 'Husaini nak adik ke?'  Dia mengangguk. Aku jawab kembali 'Husaini anak bongsu mama, paling kecil, tak payah ada adik la'. Hairan juga bagaimana soalan begini tiba-tiba ditanya olehnya.

Najiha pun berceritalah bahawa petang tadi mereka bersama nenek & mak teh telah pergi menziarahi maksu yang baru 2 minggu bersalin dan anak-anaknya. Husaini nak pegang baby tapi anak maksu yg sulung, Farisya tak benarkan. Frust la dia. Ooo... patut la, malam ni minta mama lahirkan adik untuk dia. Patut la masa majlis taklim lepas solat isya' tadi, dia seperti memikirkan dan ingin bertanya sesuatu.

Aku pun cuba la cari jawapan spontan kepada soalan Husaini..' Abah Husaini dah meninggal dunia kan, mama tak boleh la mengandung lagi'  Dia tanya lagi ' Kena ada abah ke baru mama boleh mengandung?' Aku & Najiha serentak ketawa membuatkan terpingga-pingga la pula anak bongsuku itu. Aku yang sebelum ni  mengantuk & bercadang tidur awal kerana azam bangun awal utk solat tahajjud, terus tak jadi tidur. Ku taipkan post ini & perlu memikirkan jawapan terbaik untuk anak bongsuku itu, dia mungkin akan bertanya semula esok. Dia tidur dalam tanda tanya agaknya.

Inilah gambar Ayeesha Bt Mohd Nazri. yang diambil pada 30.4.2012 lalu ketika aku sedang memangkunya, Baby inilah yang membuatkan Husaini geram sangat nak pegang dan bermain dengannya.

Hari ini, ketika ziarah baby bersama nenek, Husaini geram sangat nak pegang baby ni tadi tapi kakak Ayeesha iaitu Farisha yang berumur 2 tahun tak benarkan.


Sebelum ini Husaini juga pernah memintaku cari 'abah' baru. Mungkin dia dah mula terasa ketiadaan abahnya bila kawan-kawan di sekolah bercerita mengenai bapa mereka atau dia memerhatikan kawan-kawan yang bermesra dengan bapa masing-masing. Aku pun berceritalah mengenai kisah orang yang paling dikasihi Allah iaitu Nabi Muhammad s.a.w yang tak sempat pun lihat bapanya & terus berikan motivasi pada anak kesayanganku itu. Maka terceritalah kisah Nabi Muhammad s.a.w di zaman kecilnya sebagai anak yatim.

Sesungguhnya mama memang sayu & kesian bila perhatikan Husaini, sekejap sahaja dapat bermanja dengan arwah abahnya. Di usia 6 tahun sudah kehilangan abahnya yang disayangi. Kini, tiada lagi model seorang ayah baginya. Ya Allah kurniakanlah anakku kekuatan untuk menghadapi ujianMu, gantilah kedukaan mereka dengan kegembiraan.

Sememangnya rumah ini pun dah sunyi tanpa suara anak-anak kecil, mungkin ada baiknya aku ambil anak angkat di kalangan saudara mara di Kelantan , terutamanya yang susah-susah untuk dibela. Bolehlah jadi 'adik' untuk Husaini.

Mama berazam akan sentiasa berusaha & berjuang sebaik mungkin untuk membesarkan, mendidik dan mengasihi anak-anak mama agar anak-anak kurang merasa kehilangan arwah abah. Kuatkan semangatmu wahai anak-anakku, mama akan sentiasa bersama kalian. Doakan mama sentiasa kuat, bersemangat, sabar dan tabah untuk menempuh cabaran yang mendatang. Mama amat kasihkan kalian.

Anak-anak dilahirkan ibarat kain putih. Ibubapalah yang perlu mencorakkannya mengikut acuan sendiri. Dalam proses pembesaran, berbagai soalan akan timbul & berlegar di fikiran anak-anak.. Setiap jawapan untuk persoalan yang dikemukakan oleh anak-anak perlu dihubungkaitkan dengan nilai-nilai agama.

(8.5.12, Selasa jam 11.00 malam.)

Saturday, May 5, 2012

RINDU




Ya Allah
Kau Yang Maha Berkuasa
Dengan izinMu jua
Kau Pernah Hadirkannya
Suatu ketika dulu...
Dan kini...
Setelah puluhan tahun
Tak terduga dek aqal biasa
Di sini bersua kembali.....

Namun...

Sekali lagi ku diuji
Mengenali erti sebuah kerinduan
Sukar dihindari
Doaku....
Agar kuat, tabah & ikhlas
Dekat padaMu  Ya Rabb
Pimpinlah hati ini untuk lebih redha & pasrah
Dengan segala ketentuanMu
Jadikanlah segala kesukaran ini
Untuk membesarkan imanku
Moga dapat ku raih syurgaMu yang kekal abadi.
Cukuplah Kau Ya Rahman
Sebagai Pelindung & Pembantu
Di saat dukaku
Didiklah hati ini hanya untuk
MerinduiMu & RasulMu....
Hingga nafas terhenti.

Friday, May 4, 2012

YA ALLAH, GUIDE ME ALL THE WAY

Ya ALLAH
Guide me all the way to your jannah
Ya ALLAH
Don't let me go astray
Coz I need You by my side
Be with me all the time
Close to you....


ALLAH Please answer my prayers. Show & guide me to the right path. I have no one else to turn to.. I have only YOU forever and ever!!