Ringkasan
Eksekutif
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PPIP) 2006-2010 yang
telah dilancarkan pada 16 Januari, 2007 bermatlamatkan pembangunan satu sistem
pendidikan bertaraf dunia untuk melahirkan modal insan ’Minda Kelas Pertama’
yang dapat melonjakkan Malaysia ke status negara maju. Antara faktor kritikal
kejayaan yang dikenalpasti untuk mencapai kecemerlangan institusi pendidikan
adalah kerjasama dan komitmen warga pendidikan serta kerjasama dan komitmen semua
pihak berkepentingan (stakeholders).
Kerja kerja ini memperincikan siapakah yang dimaksudkan
dengan pihak-pihak berkepentingan dan peranan yang mereka mainkan untuk
meningkatkan prestasi akademik pelajar di sekolah. Golongan ini merangkumi
semua individu dalam dan luar organisasi sekolah. Peranan setiap golongan telah dikupas dari
segi konsep, teori dan kajian yang telah dilakukan mengenainya dan seterusnya
penumpuan terhadap aplikasi di dalam organisasi sekolah saya sendiri.
Melalui rujukan bahan bacaan yang telah dijalankan yang
digabungjalin dengan pengalaman kendiri sebagai seorang guru serta berdasarkan
pelbagai aktiviti sekolah yang telah dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai
pihak, didapati jalinan kerjasama antara pihak-pihak berkepentingan menjadi
pemangkin untuk mengimbangi jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar serta
meningkatkan prestasi akademik mereka.
Penumpuan dan kerjasama semua pihak dalam pemupukan Modal Insan Kelas
Pertama ini amat perlu untuk mencapai aspirasi negara terhadap Wawasan 2020
seterusnya menempa nama sebagai sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan
terbilang.
1.0 Pendahuluan
Pendidikan bukan agenda negara yang boleh dijayakan
secara bersendirian. Ia merupakan bidang yang melibatkan dan memerlukan
komitmen semua pihak berkepentingan (stakeholders). Kejayaan sistem
pendidikan sebagai perkhidmatan kepada masyarakat akan dinilai berdasarkan
keupayaannya untuk dinikmati oleh kumpulan sasaran iaitu para pelajar dan
seterusnya untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat pada masa hadapan.
Kejayaan ini banyak dipengaruhi oleh kekuatan kerjasama dalam dan luar
organisasi pendidikan. Keupayaan mengenal pasti dan memanfaatkan sepenuhnya
jalinan kerjasama menentukan kejayaan PIPP. Semua pihak sewajarnya menyedari
dan menerima hakikat bahawa agenda pendidikan perlu dijayakan secara koloborasi
atau bersama.
Sekolah sebagai satu sistem sosial yang
tersendiri dan menjadi agen perubahan masyarakat seharusnya mengikut perubahan
masyarakat. Ini kerana masalah masyarakat merupakan masalah sekolah juga. Maka
dalam hal ini, tidak dapat tidak masyarakat perlu bekerjasama dengan sekolah
untuk mencapai cita-cita sekolah dan negara (Ibrahim : 2001). Malahan institusi
pendidikanlah yang memberikan perkhidmatan yang paling rapat dan berpanjangan
kepada hampir semua golongan masyarakat. Timbulnya isu-isu pendidikan boleh
mempengaruhi dan dipengaruhi oleh masyarakat. Oleh itu penglibatan masyarakat
dalam bentuk jalinan kerjasama atau perkongsian bagi kepentingan bersama dapat menjayakan hasrat dan aspirasi yang diimpikan.
1.1 Konsep Jalinan Kerjasama.
Dewan
mendefinisikan jalinan kerjasama sebagai sesuatu yang dijalin. kerjasama pula
didefinisikan sebagai usaha (kerja) bersama-sama atau saling bantu-membantu
(antara dua atau beberapa pihak). Jalinan
kerjasama juga turut membawa maksud koloborasi, permuafakatan dan
perkongsian.
Menurut Rutter et al 1979, koloborasi dan kerja
berpasukan adalah sangat penting dalam kesatuan matlamat. C. Bernard 1938 pula
(disebut di dalam Mohd. Salleh Bin Mahat) dalam bukunya yang berjodol ’The
functions Of The Executives’ menjelaskan bahawa ’pentadbir perlu
menggunakan sepenuhnya sumber yang ada dan mendapat sokongan daripada ahli
sistem sosial di sekolah dan masyarakat luar’. :
SEKOLAH
MATLAMAT
IBUBAPA KOMUNITI
Rajah 1: Hubungan Sekolah, Ibubapa dan Komuniti
Rajah di atas menunjukkan bagaimana hubungan tiga dimensi
antara sekolah, ibubapa dan komuniti dalam mencapai matlamat yang sama.
Hubungan tiga dimensi ini adalah amat penting kerana:
• Mewujudkan permuafakatan dan perkongsian pintar yang
mantap dan akrab antara pihak sekolah, rumah dan komuniti supaya sistem
pendidikan mencapai kejayaan.
• Penglibatan masyarakat amat penting dalam membentuk dan
mendidik generasi masa depan.
• Masyarakat dapat menjayakan hasrat murni ini melalui
sumbangan idea, tenaga, bahan atau peralatan serta wang ringgit.
1.2 Rasional
Di Sebalik Konsep ‘Kerjasama’ Di Sekolah
Sekolah sebagai sebuah institusi
sosial tidak wujud bersendirian. Oleh itu permuafakatan bersama masyarakat dan
organisasi luaran penting dalam membawa kejayaan. Cabaran-cabaran yang melanda
masyarakat kita pada masa kini, terutamanya era globalisasi memerlukan
keperihatinan dan permuafakatan antara pihak sekolah dan komuniti dalam
mengatasinya. Ayat Quran ada menyebut:
Maksudnya: ’Saling bantu-membantulah
dalam hal kebaikan dan taqwa dan
janganlah kamu saling
membantu dalam hal kejahatan dan
keburukan’.
Model Pengurusan Koloborasi Sekolah Berkesan oleh Caldwel & Spinks
(1988) yang terhasil daripada projek usahasama Jabatan Pelajaran dan Universiti
Tasmania pada tahun 1983 telah menyatakan bahawa koloborasi kerja amat perlu di
antara pembuat dan pelaksana polisi.
Antara dimensi yang ditekankan adalah wawasan, kepimpinan dan kemahiran
yang dikongsi. Perkongsian kerja dan komitmen menyeluruh dapat meringankan
beban. Pepatah melayu ’berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Konsep ’kerjasama’
ini boleh dilaksanakan dipelbagai peringkat seperti: di dalam sekolah – sesama
warga sekolah; di antara sekolah, institusi pendidikan tinggi / zon pendidikan;
bersama pihak PIBG – ibu bapa / penjaga ; bersama masyarakat setempat atau
masyarakat luar dan bersama dunia korporat . Jalinan kerjasama atau perkongsian bijak boleh dilaksanakan dalam
pelbagai bentuk. Bentuk tersebut meliputi sumber kewangan, alatan dan barangan ,
sumber manusia dan kepakaran , sokongan moral , nilai komersial dan sokongan
politik. Dengan adanya jalinan kerjasama, maka lahirlah rasa kepunyaan,
perkongsian tanggungjawab dan komunikasi berkesan. Koloborasi ini tidak hanya
terbatas dalam organisasi tetapi dengan keseluruhan masyarakat.
1.2 Konsep organisasi
Menurut Kamus Dewan edisi keempat,
organisasi bermaksud ‘kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam
sesuatu pertubuhan untuk tujuan-tujuan tertentu’. Jaafar Muhammad 1997 mendefinisikan
oraganisasi sebagai gabungan dua orang atau lebih yang bekerja bersama-sama
secara berkordinasi bagi mencapai sesuatu hasil atau objektif. Seseorang
pengurus perlu memastikan penggemblengan sumber dalam oganisasi disusun dengan
baik dan berkesan agar matlamat yang dirancang akan tercapai. Organisasi yang
akan menjadi tumpuan dalam kertas kerja ini adalah Sek. Meb. Keb. Keladi,
Kulim, Kedah.
1.3 Konsep
prestasi yang dikaitkan dengan sekolah berkesan
Kamus Dewan ‘ hasil yang diperoleh atau pencapaian’. Dalam konteks tajuk kertas kerja ini prestasi
bermaksud pencapaian akademik yang diperolehi oleh para pelajar melalui
peperiksaan terutamanya peperiksaan awam seperti Penilaian Menengah Rendah,
Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Peningkatan
dari segi prestasi akademik adalah salah satu kriteria untuk menentukan
keberkesanan sesebuah organisasi pendidikan.
Banyak kajian tentang sekolah berkesan yang telah dijalankan menfokuskan
kepada pencapaian akademik dan keputusan peperiksaan ( Goodland, 1984) dan juga
kepentingan sosial dan afektif seperti sikap dan kelakuan pelajar (Reynolds,
1976; Rutter et al, 1979;Mortimore et al 1988). Untuk mencapai tahap sekolah berkesan dan peningkatan prestasi
menyeluruh memerlukan keterlibatan pelbagai pihak. Kertas kerja ini akan
menfokuskan pencapaian sebenar prestasi akademik di SMK Keladi, Kulim, Kedah
yang mempunyai korelasi dengan jalinan
kerjasama yang erat dan padu di antara organisasi sekolah dan berbagai
pihak-pihak yang berkepentingan.
1.4 Konsep Pihak-pihak berkepentingan
Abdul Rafie Bin Mahat, menyatakan:
“Hubungan tiga dimensi iaitu sekolah, rumah
dan komuniti perlu diberi penekanan.Ketiga-tiga entiti ini perlu ada hubungan
yang mantap dan akrab kerana kejayaan sistem pendidikan negara bergantung
kepada sejauhmana ketiga-tiga elemen ini dapat berfungsi, saling melengkapi dan
bantu membantu antara satu sama lain. Pihak pengurusan sekolah boleh memainkan
peranan utama dalam merapatkan hubungan antara rumah dan komuniti melalui
pelbagai cara selain daripada yang diketahui umum iaitu melalui PIBG”.
Saranan Ketua Pengarah itu
amat jelas menyatakan bahawa sesebuah institusi pendidikan tidak boleh wujud
bersendirian. Hubungan tiga dimensi yang disebut oleh beliau menerangkan bahawa
permuafakatan dan perkongsian bijak penting untuk membawa kejayaan kepada
sesebuah institusi pendidikan pada masa kini.
Mohamed Bin Yahaya selaku
Pengetua SMK Padang Piol, Jerantut semasa membentangkan kertas kerja di Seminar
Sekolah Efektif anjuran Institut Aminuddin Baki 1995 pula telah menyatakan
bahawa hubungan yang baik dan kerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan
seperti berbagai jabatan kerajaan, PIBG dan masyarakat telah memberikan impak
yang positif terhadap sekolahnya.
2.1 JALINAN KERJASAMA PIHAK-PIHAK DALAM
ORGANISASI (SEKOLAH)
2.1.1
Peranan pelajar
Pelajar perlu menjalani
suatu proses pendidikan samada secara formal atau tidak formal. Pelajar adalah
input paling utama yang perlu dijana untuk menjadi modal insan cemerlang.
Mereka perlu melalui proses pembelajaran di sekolah yang memerlukan komitmen
pelbagai pihak untuk mewarnai kehidupan mereka.
Input Proses
Output/Hasil
Rajah 2: Aliran Hasil Kerja.
Rajah di atas menununjukkan bahawa
para pelajar yang diibarat ‘kain putih’ adalah input utama. Mereka perlu
menjalani proses pembelajaran samada di sekolah atau melalui persekitaran. Akhir sekali adalah hasil atau kesan terhadap
apa yang mereka lalui atau pelajari. Ibarat pepatah melayu ‘melentur buluh
biarlah dari rebungnya’, sekolah adalah wadah terbaik untuk memupuk semangat
kerjasama, perpaduan dan kecintaan
terhadap negara.. Pelajar erlu dilatih untuk hidup saling bekerjasama dan
mempunyai semangat patrotisme serta toleransi yang tinggi selaras dengan
aspirasi nasional. Program ‘Pembimbing Rakan Sebaya’ juga diadakan untuk
mendekatkan pelajar dengan konsep bermasyarakat .
Jalinan erat antara
pelajar dengan organisasi sekolah akan mewujudkan keseronokan dan motivasi
untuk para pelajar ke sekolah. Pelbagai
aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum yang dilaksanakan di sekolah mampu menggarab potensi dan sikap
tanggungjawab pelajar. Para
pelajar perlu dilatih untuk saling bekerjasama, mematuhi disiplin dan
menghargai perkara yang ada di keliling mereka. Pihak sekolah perlu peka kepada
permasalahan pelajar dan berusaha untuk menarik minat pelajar ke sekolah.
2.1.2
Peranan pentadbir atau pengurusan sekolah.
Zafir, Mohd. Rizal &
Ahmad Khairi (2003) menyifatkan pengurusan sebagai proses merancang,
menyelaras, memimpin dan mengawal aktiviti-aktiviti organisasi. Definisi
pengurusan oleh Peter F. Drucker (disebut di dalam Zaidatul Akmaliah, 1998)
ialah suatu proses sosial yang dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan
dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi untuk mencapai matlamat.
Dengan ringkasnya, pengurusan adalah proses merancang dan memelihara
persekitaran apabila individu bekerja bersama-sama dalam kumpulan bagi
mencapai matlamat terpilih secara berkesan. Dalam konteks sekolah, matlamat
yang ingin dicapai adalah prestasi akademik dan pembentukan modal insan
pelajar.
Pengurusan sekolah terdiri
daripada Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
dan Guru-guru Kanan atau Ketua Jabatan Sains & Matematik, Kemanusiaan,
Teknik & Vokasional serta Bahasa. Setiap individu dalam pengurusan
organisasi sekolah perlu memainkan peranan yang efektif, membentuk serta menjadi pemangkin ke arah kerjasama
yang erat dan padu sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat tersebut.
Menurut Baharom 2001,
bahawa pengetua yang berjaya mewujudkan kerjasama dan koloborasi kerja dengan
semua warga sekolah dan masyarakat menunjukkan mereka mempunyai kepimpinan yang
berjaya. Kemahiran pengetua/guru besar dapat mempengaruhi persekitaran dan
pihak berkepentingan di luar sekolah bagi menghasilkan persekitaran yang lebih
kondusif. Dengan kewujudan program-program tertentu, hubungan komuniti yang
baik membolehkan pihak sekolah mendapat maklumat dan sokongan dalam banyak hal.
Morros & Vrabbel (1978) menyimpulkan bahawa tanpa kepimpinan pengetua/guru
besar yang efektif, sekolah tidak berupaya mewujudkan hubungan dengan komuniti
luar. Tanpa hubungan ini adalah mustahil sekolah akan memperolehi kerjasama.
Pentadbir sekolah juga
perlu merangka ‘Pelan Strategik’ sekolah yang mencakupi kekuatan, kelemahan,
peluang dan ancaman terhadap organisasi iaitu dengan ringkasnya SWOT. Suatu ‘Penandaarasan’ atau ‘Benchmarking’
juga perlu untuk meningkatkan kualiti bersama dengan Pelan Taktikal, Pelan
Operasional dan Pelan Kontigensi. Kerjasama semua pihak dalam organisasi amat
perlu untuk mengenalpasti perkara-perkara tersebut hingga ke akar umbi,
mendapat maklumat yang jelas dan bertindak membuat perancangan dengan lebih
berkesan.
Gaya kepimpinan yang diamalkan dalam
organisasi saya adalah gaya
kepimpinan ‘penglibatan’ di mana Pengetua turut melibatkan subordinat dalam
membuat keptusan bergantung kepada situasi masalah yang dihadapi.
Jalinan kerjasama di antara Pengetua, barisan pentadbir sekolah dan kakitangan sekolah mewujudkan ‘esprit de corp’ atau kerja pasukan dapat membantu memajukan bakat dan perkembangan kemahiran staf. Pengetua memberikan kepercayaan dan motivasi untuk staf di bawahnya menjalankan tugas dengan berkesan. Apa yang selalu ditekankan adalah nilai amanah, kejujuran dan ikhlas dalam menjalankan tugas dan kejayaan hanya akan dapat dicapai melalui pengorbanan dan semangat kerjasama. Dengan itu guru akan melaksanakan tugas dengan rela tanpa paksaan. Sikap keterlibatan dan keperihatinan pemimpin sekolah mewujudkan suasana kerja yang harmoni di samping ketegasan kepada para pelajar telah berjaya meningkatkan prestasi akademik pelajar sekolah ini.
Jalinan kerjasama di antara Pengetua, barisan pentadbir sekolah dan kakitangan sekolah mewujudkan ‘esprit de corp’ atau kerja pasukan dapat membantu memajukan bakat dan perkembangan kemahiran staf. Pengetua memberikan kepercayaan dan motivasi untuk staf di bawahnya menjalankan tugas dengan berkesan. Apa yang selalu ditekankan adalah nilai amanah, kejujuran dan ikhlas dalam menjalankan tugas dan kejayaan hanya akan dapat dicapai melalui pengorbanan dan semangat kerjasama. Dengan itu guru akan melaksanakan tugas dengan rela tanpa paksaan. Sikap keterlibatan dan keperihatinan pemimpin sekolah mewujudkan suasana kerja yang harmoni di samping ketegasan kepada para pelajar telah berjaya meningkatkan prestasi akademik pelajar sekolah ini.
2.1.3 Peranan
Panitia Mata Pelajaran
Panitia adalah sekelompok
guru yang mengajar mata pelajaran yang sama. Aktiviti atau program Panitia Mata
Pelajaran akan dilaksanakan secara bersama oleh barisan guru yang berada dalam
Panitia tersebut. Antara jalinan kerjasama yang wujud dalam Panitia ialah
seperti berikut:
i) Kerjasama dengan persatuan akademik
Berbagai aktiviti yang
berkaitan dengan akademik dijalankan seperti pidato, perbahasan, ‘choral
speaking’, keusahawanan dan lain-lain. Ini adalah bagi meningkatkan lagi
prestasi pembelajaran pelajar.
ii)
Mesyuarat di kalangan guru-guru Panitia Mata Pelajaran
Di sekolah saya, Panitia
bagi mata pelajaran disarankan bermesyuarat setiap empat bulan untuk
mebincangkan aktiviti atau sebarang perkara yang timbul dalam panitia
masing-masing. Perbincangan juga akan
meliputi teknik yang berkesan untuk
mengajar di kelas atau pelajar yang bermasalah. Mesyuarat ini akan turut
dhadiri oleh salah seorang pentadbir sekolah yang akan membawa sebarang
permasalahan yang perlu kepada pihak atasan untuk diambil tindakan sewajarnya.
Sikap saling bekerjasama antara panitia dan pihak pentadbir organisasi sekolah
juga mampu meningkatkan prestasi sekolah
ini.
iii) Kursus Dalaman (In-house
Training)
Guru-guru sekolah ini yang
menghadiri sebarang kursus perlu menyampaikan isi kandungan kursus kepada
guru-guru lain dalam bidang yang berkaitan. Keberkesanan sistem penyampaian ini
dapat mempastikan bahawa sebarang maklumat yang diperolehi semasa berkursus
dapat dimanfaatkan oleh semua pihak demi untuk meningkatkan prestasi pelajar.
2.1.4 Peranan
semua guru.
i) Program LISAM (Low Inference Self
Assessment Measure f Teaching)
Melalui program ini, para
guru dalam sekolah ini saling bekerjasama untuk saling membuat penilaian dalam
proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas. Seseorang guru boleh memilih
sesiapa sahaja di kalangan pentadbir atau guru lain untuk mencerapkan dan
memberikan komen tentang P&P yang dilaksanakan. Selepas pencerapan, mereka
yang terlibat boleh berbincang mengenainya. Jalinan kerjasama antara guru Ini
akan dapat memperbaiki serta
meningkatkan sistem P&P dan seterusnya menigkatkan prestasi akademik
para pelajar.
ii)
Kaedah kerja berpasukan atau ‘team teaching’
Kaedah ini diwujudkan oleh
dua orang atau lebih guru yang mengajar dalam subjek yang sama. Mereka saling
bekerjasama dan bantu membantu dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran di
kelas. Kemahiran seseorang guru terhadap sesuatu tajuk dapat dimanfaatkan oleh rakannya yang lain.
Guru-guru tersebut juga boleh masuk mengajar satu kelas dalam masa yang sama.
Kaedah ini sangat sesuai untuk mata pelajaran ‘hands-on’ seperti Komputer, Matematik
atau Sains. Seorang guru boleh mengajar di hadapan kelas manakala seorang lagi
memantau dan membantu pelajar melaksanakan tugasan yang diberi. Jalinan
kerjasama di kalangan guru seerti ini dapat meberi tumpuan yang lebih kepada
proses P&P dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik pelajar.
iii) Sistem Bimbingan Taulan dalam
Pengajaran & Pembelajaran Sains &
Matematik Dalam Bahasa Inggeris.
(PPSMI)
Sistem Bimbingan Taulan
atau lebih dikenali sebagai sistem ‘Buddy’ memerlukan komitmen semua guru yang
terlibat dalam PPSMI. Dalam sistem ini, guru-guru Bahasa Inggeris (Rakan
Pembimbing) perlu bekerjasama dan membantu rakan taulan (Guru Taulan) yang
mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Rakan pembimbing perlu melaksanakan
aktiviti-aktiviti sekurang-kurangnya empat jam sebulan untuk setiap guru taulan
dengan menggunakan modul EMS iaitu English for
Mathematik & Science. Sistem ini juga turut mendapat kerjasama berbagai
pihak lain seperti PPD, JPN dan KPM.
2.1.5 Peranan
Koperasi Sekolah
Koperasi sekolah juga
turut memainkan peranan terhadap peningkatan prestasi sesebuah sekolah.
Norazinah (2005) menyatakan bahawa koperasi sekolah adalah salah satu sumber
alternatif dana sekolah serta turut bekerjasama dan memberi sumbangan
yang banyak kepada pihak sekolah untuk menjalankan berbagai aktiviti seperti
sumbangan upacara rasmi sekolah, pembelian komputer dan peralatan pembelajaran,
sumbangan untuk pelajar miskin serta kem motivasi dan lain-lain. Sumbangan yang telah diberikan
untuk para pelajar ini telah dapat membantu warga sekolah khususnya para
pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik mereka.
Koperasi sekolah saya
telah turut memberi banyak sumbangan
kepada sekolah ini. Keuntungan bersih koperasi pada tahun 2006 adalah sebanyak
RM 7,402.53 telah meningkat kepada RM 12,586.10 pada tahun 2007. Keuntungan ini
telah diagih-agihkan kepada beberapa
tabung seperti kumpulan wang kebajikan am, dermasiswa, sukan, kursus, zakat,
dividen dan honorarium lembaga. Keuntungan yang diperolehi akan dikembalikan
kepada warga sekolah khususnya para pelajar. Koperasi sekolah juga turut
menyumbang dalam bentuk wang atau barangan kepada sekolah sempena Hari Anugerah
Cemerlang, Kem Motivasi dan mencantikkan prasarana sekolah.
Koperasi sekolah ini juga
dengan kerjasama pihak Angkatan Koperasi Kebangsaan (ANGKASA) telah
turut menjalankan berbagai aktiviti unuk tahun 2007. Pihak ANGKASA telah
memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan kepakaran sumber manusia kepada
koperasi sekolah yang bergabung dengannya. Antara aktiviti yang dijalankan
dengan kerjasama ANGKASA adalah Sambutan Minggu Koperasi Sekolah (17-21 Julai,
2007), Kursus Pengenalan Koperasi Siri 3 (5 September, 2007) dan Kursus Perakaunan
Koperasi Sekolah ( 11- 13
April, 2007). Kursus-kursus yang diadakan memberi manfaat kepada
para pelajar terutamanya pelajar tingkatan enam yang secara langsung belajar
mengenai Koperasi dalam silibus Pengajian Perniagaan STPM. Ini diharapkan mampu
untuk meningkatkan prestasi akademik para pelajar yang terlibat.
2.2
JALINAN KERJASAMA ORANISASI LUAR TERHADAP ORGANISASI
SEKOLAH
2.2.1 Peranan
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD) menjadi pemangkin kepada institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mencapai dasar-dasar pendidikan
secara berterusan. Ia dikaitkan dengan
faktor persekitaran seperti sekolah, PIBG, masyarakat dan dasar-dasar kerajaan untuk
mencapai matlamat pendidikan. PPD juga
berhubungan rapat dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) yang juga di bawah
bidang kuasa KPM.
Hubungan
rapat antara tiga agensi ini merupakan kesinambungan karenah birokrasi yang
wujud dalam pentadbiran pendidikan di Malaysia. Blau dan Scott (1962) mengatakan
PPD merupakan satu organisasi yang mengembangkan perkhidmatan kepada para
pelanggan atau penggunanya. Pelanggan dan pengguna perkhidmatan PPD adalah para
pelajar dan pentadbir pendidikan sekolah.
Bagi guru-guru, PPD juga adalah agensi yang membantu segala masalah
dalam aspek perbadi seperti menguruskan pertukaran, pengesahan jawatan,
penempatan, Puat Kegiatan Guru dan penyelarasan kursus kerjaya atau
profesional. Bidang Pentadbiran PPD
adalah Tatausaha, Pengurusan Murid, Pengurusan Guru, Penyeliaan, Kurikulum dan
Ko-kurikum.
PPD dan sekolah sangat berkait rapat. PPD yang diketuai oleh Pegawai Pelajaran Daerah bertanggungjawab menyampaikan segala arahan yang diterima daripada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri kepada Pengetua dan Guru Besar di dalam daerahnya. ini dapat melicinkan lagi dasar atau arahan KPM. Pemantauan dan kerjasama antara PPD dan sekolah dilakukan dalam berbagai bidang seperti kurikulum, ko-kurikulum, pembangunan dan lain-lain.
PPD dan sekolah sangat berkait rapat. PPD yang diketuai oleh Pegawai Pelajaran Daerah bertanggungjawab menyampaikan segala arahan yang diterima daripada Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri kepada Pengetua dan Guru Besar di dalam daerahnya. ini dapat melicinkan lagi dasar atau arahan KPM. Pemantauan dan kerjasama antara PPD dan sekolah dilakukan dalam berbagai bidang seperti kurikulum, ko-kurikulum, pembangunan dan lain-lain.
Tujuan Pejabat Pelajaran
Daerah ditubuhkan juga adalah untuk mewujudkan hubungan yang baik antara
sekolah iaitu menyelia, menyiapkan situasi yang sempurna supaya Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) dapat berjalan dengan baik. Fullan (2001) menyifatkan
bahawa daerah yang kecil biasanya berfungsi dengan sumber yang terhad dan bagi
daerah yang besar biasanya berurusan dengan konflik, krisis, masalah
personel dan kewangan yang besar.
Justeru, dengan adanya PPD, pentadbiran pendidikan dapat dilaksanakan dengan
lebih berkesan.
Pemantauan kurikulum sekolah berkualiti dan
program 3K (Keceriaan, Kebersihan dan Keselamatan) turut dilaksanakan pada
peringkat PPD. Ini seterusnya dapat membangunkan sesebuah sekolah dan dengan
itu memberikan impak yang positif terhadap prestasi akademik pelajar di
sekolah.
2.2.2
Peranan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Sejajar dengan moto ‘PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG’, Jabatan
Pendidikan Negeri Kedah telah mengorak langkah untuk menggembleng sumber yang
ada ke tahap yang optima untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar di negeri ini. Kerjasama dengan berbagai peringkat telah
ditingkatkan secara langsung atau sebaliknya, terutamanya dengan PPD dan pihak
sekolah. Untuk meningkatkan pencapaian tersebut, JPN Kedah telah merancang dan
melaksanakan aktiviti-aktiviti berikut:
Kepimpinan Instruksional.
Pemantauan Kolaboratif.
Pengurusan Strategik Peningkatan Akademik.
Pemantauan Kurikulum Berkualiti.
Peningkatan profesionalisme Guru.
Permuafakatan pintar dengan agensi luar.
Gempur Gemilang bersama Guru Cemerlang.
PerKASA (Perkongsian Akademik Sesama Ahli).
Projek Modul Tambahan Pengajaran dan Pembelajaran.
Pemantauan Kolaboratif.
Pengurusan Strategik Peningkatan Akademik.
Pemantauan Kurikulum Berkualiti.
Peningkatan profesionalisme Guru.
Permuafakatan pintar dengan agensi luar.
Gempur Gemilang bersama Guru Cemerlang.
PerKASA (Perkongsian Akademik Sesama Ahli).
Projek Modul Tambahan Pengajaran dan Pembelajaran.
Aktiviti-akiviti yang dinyatakan di atas tentunya memerlukan
koloborasi dan komitmen berbagai pihak yang berkepentingan seperti sekolah,
PPD, agensi luar untuk menjayakannya. Untuk memudahkan pihak PPD,
sekolah-sekolah dan masyarakat berurusan dengan Pejabat Pelajaran Negeri,
rangkaian pintar e-bestari telah diwujudkan. Antara program yang telah
dilaksanakan melalui rangkaian ini adalah:
Program Mesra e-Mail.
Projek Layar Laman Web.
Program "Bar Kod".
Projek "Smart SMS".
Projek "e-Telecomunication".
Projek Layar Laman Web.
Program "Bar Kod".
Projek "Smart SMS".
Projek "e-Telecomunication".
Pemantauan ‘Head Count’
Program ini dilaksanakan mulai tahun
2007 untuk memantau prestasi pelajar di peringkat sekolah, PPD dan JPN.
Prestasi setiap pelajar dipantau dari masa ke semasa. Pelajar bermasalah dan lemah perlu dibimbing
dan dibantu dengan segera. Setiap sekolah perlu menghantar laporan kepada PPD
dan kemudiannya dianalisa di peringkat daerah dan seterusnya dihantar ke JPN.
Semua pihak berkepentingan perlu menyusun strategi berkesan untuk membantu para
pelajar meningkatkan prestasi akademik terutamanya untuk mata pelajaran asas.
2.2.3 Peranan
Kementerian Pendidikan (KPM)
Kementerian
Pelajaran Malaysia
adalah sebagai peneraju dan pendokong utama dalam melaksanakan wadah pendidikan
Negara. Misi Nasional dan Rancangan Malaysia Ke Sembilan teah menetapkan
‘pembangunan modal insan kelas pertama’ sebagai salah satu daripada lima teras utama ke arah
mencapai Wawasan 2020. Kejayaan agenda pembangunan modal insan ini bergantung
kepada kualiti sistem pendidikan Negara yang diterajui oleh KPM. Justeru, KPM telah menterjemahkan visi ini ke
dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
i)
Peneraju Utama PIPP
Dasar KPM adalah
untuk meningkatkan penglibatan semua pihak berkepentingan bagi menjayakan
agenda pendidikan. Matlamat yang ingin dicapai oleh KPM melalui dasar ini
adalah untuk menjadikan peranan mendidik anak bangsa sebagai tanggungjawab
bersama semua pihak. Walaupun tiada mekanisme yang spesifik digariskan untuk
menggembleng tenaga dan usaha daripada pihak berkepentingan, KPM sentiasa
bersikap terbuka terhadap cadangan dan saranan yang dikemukakan oleh pihak luar
KPM. KPM juga sentiasa bekerjasama dengan pelbagai kementerian, badan korporat,
syarikat swasta, PIBG, Kesatuan-Kesatuan Guru, Alumni dan pertubuhan-pertubuhan
pendidikan pada peringkat antarabangsa.
ii)
Program 3K
Mulai tahun 1991, KPM telah memperkenalkan program 3K iaitu kebersihan,
keselamatan dan kesihatan. Program ini telah diberi nafas baru dan penekanan semula
yang memerlukan penglibatan pelbagai pihak secara menyeluruh. Program ini
dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran dan melibatkan jalinan kerjasama dengan
pelbagai jabatan seperti Kementerian Kesihatan, Kementerian Kerja Raya,
Kerajaan Tempatan, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara,
Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah Malaysia, masyarakat dan juga
berbagai badan bukan kerajaan.
Antara aktiviti yang
dijalankan dalam program 3K adalah penggredan kendiri kantin sekolah, senarai
semak keselamatan sekolah, gotong royong perdana dan penyelenggaraan tandas
sekolah. Komuniti boleh membantu dengan memberi sokongan dan sumbangan dalam
pelbagai bentuk. Pihak sekolah saling bekerjasama dan mendapat sokongan
berbagai pihak yang terlibat. Program sebegini diadakan untuk mewujudkan
suasana sihat, selamat, bersih dan kondusif untuk para pelajar. Justeru, para
pelajar boleh belajar dengan lebih selesa seterusnya meningkatkan prestasi
akademik mereka.
2.2.4 Peranan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)
Peningkatan prestasi
akademik di sekolah sentiasa memerlukan sokongan dan penglibatan para ibubapa
atau waris pelajar. Kajian oleh Coleman(1993) telah mendapati bahawa berbagai
kelebihan telah dikesan apabila para waris turut terlibat dalam pembelajaran
anak-anak mereka. Kajian sekolah berkesan oleh Mortimore (1988) telah mendapati
salah satu daripada sebelas faktor untuk mewujudkan sekolah berkesan adalah
perkongsian/ permuafakatan ibubapa dan sekolah (home-school partnership).
Antara dua belas ciri instrinsik dalam sekolah berkesan yang dikemukakan oleh Sackney (1986) pula adalah penglibatan dan sokongan para ibubapa dan masyarakat tehadap organisasi pendidikan.
Antara dua belas ciri instrinsik dalam sekolah berkesan yang dikemukakan oleh Sackney (1986) pula adalah penglibatan dan sokongan para ibubapa dan masyarakat tehadap organisasi pendidikan.
Fullan (1991) telah
menyimpulkan bahawa penglibatan ibubapa di sekolah dan dalam aktiviti
pembelajaran di rumah sebagai penglibatan secara langsung (instructionally
related involvement). Manakala, bentuk penglibatan hubungan masyarakat-sekolah
dan membantu tadbir pengurusan sekolah sebagai penglibatan tidak langsung
(noninstructional related involvement).
Persatuan Ibubapa dan Guru
(PIBG) sekolah ini telah memainkan peranan yang aktif untuk memajukan sekolah
terutamanya untuk meningkatkan prestasi pelajar. Banyak sumbangan yang telah
PIBG berikan terhadap warga sekolah ini terutamanya para pelajar. Kebanyakan
aktiviti yang diberi penekanan adalah yang boleh mendorong peningkatan sahsiah
dan prestasi akademik para pelajar.
Pendapatan dan perbelanjaan PIBG untuk tempoh 2005 hingga 2007 adalah
seperti berikut:
Tahun
|
Pendapatan
(RM)
|
Perbelanjaan
(RM)
|
2005
|
16,864.90
|
11,235.90
|
2006
|
20,319.86
|
10,736.54
|
2007
|
29,187.50
|
16,792.35
|
Jadual 1: Pendapatan dan Berbelanjaan
PIBG 2005 -2007
Jadual di atas menunjukkan
bahawa PIBG telah membelanjakan lebih separuh daripada pendapatan tahunan untuk
membantu sekolah dan kebanyakan aktiviti yang dijalankan berkait rapat dengan
pembentukan pelajar cemerlang.
Untuk tahun 2007 sahaja,
PIBG telah menaja berbagai aktiviti untuk para pelajar seperti dinyatakan di
bawah:
-
keceriaan kelas - Sumbangan Sambutan Hari Guru
-
Sumbangan Baju Kompang & vest
- Program Anakku Gemilang
sekolah
- Program Gotong Royong Perdana
-
Ceramah / Seminar Peperiksaan - Hari
Anugerah Cemerlang
PMR, SPM, STPM.
- Ceramah Disiplin
-
Sambutan Kemerdekaan -
Majlis Bacaan Yaasin menjelang
-
Hadiah Zero Ponteng peperiksaan
- Kem
Waja -
Kelas Bimbingan
-
Keindahan / keceriaan kawasan
- Jamuan Perjumpaan Waris
- Tajaan pakaian seragam PBSM
Pihak pengurusan sekolah
dan PIBG telah turut mengadakan
perjumpaan guru dan waris pelajar untuk berbincang mengenai prestasi akademik
dan sikap para pelajar. Perjumpaan ini
diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun. Para
ibubapa dikehendaki datang dan berbincang dengan guru tentang sebarang hal yang
perlu terutamanya cara untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar. Jalinan
kerjasama yang erat antara para ibubapa dan organisasi sekolah mampu
meningkatkan prestasi akademik para pelajar sekolah ini.
2.2.5 Peranan
Warga Korporat dan syarikat swasta.
Warga atau syarikat
korporat turut memainkan peranan yang penting
dengan sekolah. Sumbangan yang boleh diberikan adalah dalam bentuk
tenaga, kepakaran dan kewangan.
Syarikat korporat yang
telah menjalin kerjasama yang erat dengan sekolah saya adalah Syarikat Intel
Malaysia (INTEL) yang telah menjadikan sekolah ini sebagai ‘sekolah angkat’ dan
telah menjalankan berbagai aktiviti untuk para pelajar sekolah ini.
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah:
Bil
|
Aktiviti
|
Tarikh
|
1
|
English Camp
|
13.5.07
|
2
|
‘Computer Workshop’
|
12.08.07
|
3
|
‘PC Pal ‘ Email Mentoring Program
|
Sepanjang tahun
|
4
|
‘ERT’ Safety Camp
|
24.07.07
|
5
|
Program Kitar Semula
|
Sepanjang tahun
|
6
|
Majlis Mega Berbuka Puasa & Solat Terawih Pekerja
Islam Intel dan Sekolah
|
21.09.07
|
7
|
Gotong Royong Bersama Intel
|
1.7.07
|
8
|
Kelas Tambahan Matematik
|
Menjelang Peperiksaan
|
Jadual 2: Aktiviti Intel-SMK Keladi 2007
Bank Rakyat juga turut
bekerjasama dan menyumbang unuk meningkatkan prestasi sekolah ini dengan menaja
dan mengadakan Seminar Skor A 2007 untuk pelajar bumiputera pada bulas Ogos,
2007.
Yayasan Bukhari juga menyumbang untuk meningkatkan prestasi
akademik para pelajar. Yayasan ini telah menaja kelas tambahan untuk mata
pelajaran kritikal iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik untuk para
pelajar melayu yang kurang berkemampuan. Kelas tambahan secara percuma ini
secara langsung dapat membantu para pelajar yang kurang berkemampuan untuk
meningkatkan prestasi akademik mereka.
3. PENCAPAIAN AKADEMIK SMK KELADI 2005
- 2007
Petunjuk PMR SPM STPM
Rajah
3: Peratus kelulusan peperiksaan awam 2005-2007
Rajah
di atas menunjukkan bahawa keputusan peperiksaan awam Penilaian Menengah
Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan
sekolah saya secara keseluruhannya telah meningkat dari tahun 2004 hingga 2007.
Keputusan SPM dan STPM bagi 2007 belum lagi diumumkan ketika kertas kerja ini
ditulis. Peningkatan prestasi akademik ini tercapai dengan usaha dan
pengorbanan berbagai pihak termasuk para
pelajar sendiri, para waris, para guru, masyarakat, warga korporat dan
sebagainya. Pengemblengan usaha, tenaga dan sumbangan pelbagai bentuk oleh
semua pihak berkepentingan seperti yang telah dinyatakan telah membuahkan hasil
yang positif; prestasi akademik pelajar telah dapat ditingkatkan. Usaha yang berterusan dan lebih gigih di
kalangan semua pihak yang berkepentingan amat perlu untuk melonjakkan lagi
prestasi akademik sekolah ini.
4. CADANGAN DAN RUMUSAN
Ibarat untuk melancarkan sebuah roket Soyyuz yang dinaiki oleh angkasawan pertama
Malaysia, semua pihak yang berkepentingan perlu seiring sejalan, saling
bekerjasama, bermuafakat dan berkongsi usaha dan tenaga untuk memantapkan
sesebuah organisasi agar ianya boleh berjalan lancar dan mencapai matlamatnya.
Tanpa sokongan padu semua pihak berkepentingan, roket tersebut pasti tidak
dapat dilancar untuk mencapai destinasi. Dalam konteks sekolah, matlamatnya
adalah untuk melahirkan modal insan kelas pertama dan cemerlang dari segi
pencapaian akademik dan sahsiah diri.
Kepesatan pembangunan teknologi dan komunikasi yang tiada sempadan
(borderless world) telah menyebabkan para pelajar kini lebih agresif dan cepat mengikut peredaran masa. Mereka
juga akan cepat terpengaruh dengan berbagai anasir yang tidak sihat. Gejala ini
jika tidak dipantau dengan cepat dan berkesan akan menggagalkan kita untuk
mencapai hasrat dan aspirasi negara. Tanggungjawab untuk membentuk generasi
pewaris berminda kelas pertama perlu dipikul bukan hanya oleh para ibubapa dan
guru-guru di sekolah tetapi oleh seluruh masyarakat amnya. Ianya adalah isu global yang perlu diberi
perhatian dan komitmen oleh semua pihak berkepentingan secara koloboratif,
kolektif, efektif dan berkesan.
Justeru, aktiviti dan kerjasama yang sedia ada perlu dirancang, dipertingkatkan dan ditambahnilai. Sikap satu-satu pihak yang suka menunding jari terhadap satu pihak yang lain perlu diubah kepada menunding jari kepada diri masing-masing tentang apakah peranan yang boleh mereka laksanakan untuk membentuk generasi masa hadapan yang cemerlang dan dinamik. Setiap individu adalah bertanggungjawab terhadap masa depan golongan muda dan boleh menyumbang dalam sebarang bentuk bantuan samada tenaga, wang, buah fikiran dan sebagainya.
Justeru, aktiviti dan kerjasama yang sedia ada perlu dirancang, dipertingkatkan dan ditambahnilai. Sikap satu-satu pihak yang suka menunding jari terhadap satu pihak yang lain perlu diubah kepada menunding jari kepada diri masing-masing tentang apakah peranan yang boleh mereka laksanakan untuk membentuk generasi masa hadapan yang cemerlang dan dinamik. Setiap individu adalah bertanggungjawab terhadap masa depan golongan muda dan boleh menyumbang dalam sebarang bentuk bantuan samada tenaga, wang, buah fikiran dan sebagainya.
SENARAI RUJUKAN:
_________Kamus Dewan, 2005, Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia
_________Panduan Pengurusan 3K, Kementerian Pelajaran Malaysia.
________Jurnal Pengurusan da Kepimpinan, Institut Aminuddin Baki, 2004.
________Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, edisi ketiga 2004, Penerbitan Fajar
Bakti.
________Koleksi kertas Kerja Seminar Sekolah Efektif, Kementerian
Pendidikan Malaysia 13- 14 Julai, 1995.
________Nota-nota kuliah Sarjana
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (2006 – 2008) (tidak diterbitkan)
_______Garis Panduan Perlaksanaan PPSMI dan Sistem Bimbingan Taulan,
Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Daul Aman.
_______Manual Pengurusan SMK Keladi,
Kulim, Kedah.
_______Nota-nota kuliah Ijazah Sarjana Pendidikan Universiti Sains Malaysia (2003-2005) (tidak
diterbitkan)
_______Penyata Kewangan 2005 hingga 2007 Koperasi SMK Keladi Kulim
_______Penyata Kewangan 2005 hingga 2007 Koperasi SMK Keladi Kulim Berhad.
(tidak diterbitkan)
_______Penyata Kewangan 2005 hingga 2007 Persatuan Ibubapa dan Guru, SMK
Keladi, Kulim, Kedah. (tidak diterbitkan)
_______Prosiding Seminar Kebangsaan ’Ke Arah Memperkukuhkan
Proffesionalisme Dan Kesejahteraan Pendidik’, 1996. Pusat Pengajian Ilmu
Pendidikan USM
Jaafar Muhamad, Asas Pengurusan,
edisi kedua 1997, Siri Pengurusan Fajar Bakti.
Mokhtar Awang et al, Kertas Kerja Sekolah Berkesan: Citra Watak- Perwatakan
Kedinamisme Kepengetuaan, IPDA, 7 Mac
1999.
Norazinah Yaacob, Koperasi Sekolah Menengah: Penjana Sumber Alternatif Dana
Sekolah. disertasi Sarjana Pendidikan USM 2005 (tidak diterbitkan)
Omardin Ashaari, Pengurusan Sekolah Suatu Panduan Lengkap, 1996, Siri
Pengajian dan Pendidikan Utusan, Utusan Publications & Dstributions Sdn
Bhd.
Lilia Hanim (Prof. Madya Dr.), Dr Mohammed Sani Ibrahim Izani Ibrahim,
’Budaya Sekolah Berpencapaian Tinggi dan Hubungannya Dengan Kewibawaan
Pengetua’, Seminar Nasional Pengurusan Dan Kepimpimpinan Pendidikan ke 13.
Abdul
Rafie Bin Mahat, Kertas Kerjanya ’Pengukuhan Dan Peningkatan Kualiti Pendidikan
Dan Profesionalisme Keguruan’, Kementerian Pelajaran Malaysia.
SUMBER INTERNET
http://www.geocities.com/padeat68/jurnal_InstitutPengetua.htm
http://lib.ukm.com.my
Nota
Kertas Kerja ini adalah hasil tulisan saya dan telah dibentangkan rumusannya dalam bahasa Inggeris di Hotel Berjaya, Pulau Pinang pada Mac, 2008 sebagai memenuhi syarat kenaikan gred melalui Penilaian Kompetensi PTK 44. Syukur dengan rezeki Allah; Alhamdulillah, telah berjaya melepasi gred cemerlang PTK 44 dengan keputusan cemerlang IV.
Nota
Kertas Kerja ini adalah hasil tulisan saya dan telah dibentangkan rumusannya dalam bahasa Inggeris di Hotel Berjaya, Pulau Pinang pada Mac, 2008 sebagai memenuhi syarat kenaikan gred melalui Penilaian Kompetensi PTK 44. Syukur dengan rezeki Allah; Alhamdulillah, telah berjaya melepasi gred cemerlang PTK 44 dengan keputusan cemerlang IV.