MOTO:
Sentiasa berusaha untuk melaksana & mendapat yang terbaik; Sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk. ( Hope for he best; be prepared for the worst)

KEYAKINANKU:
Allah tidak membebankan hambaNya kecuali apa yang mampu ditanggung olehnya.(Maksud Surah alBaqarah)
Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNya. Berdoa & berharaplah hanya padaNya, Tuhan yang satu!

DOAKU PADAMU, YA ALLAH:

Ya Allah , aku tidak pernah memohon untuk dikecilkan ujianMu tapi ku sentiasa berharap Kau besarkanlah iman di hatiku utk menempuh sgala ujianMu dgn redha dan tabah. Rahmatilah aku dalam setiap nafas yg masih berbaki. Amiin.

Tuesday, July 24, 2012

Doa 2

Doa di bulan Ramadhan :

اللهم اجعل القرآن ربيع قلوبنا ونور صدورنا وجلاء أحزاننا وذهاب همومنا وغممومنا

" Ya Allah jadikanlah Quran yang agung itu penghibur hati-hati kami, nur ( cahaya ) dada-dada kami, penghilang kesedihan kami dan penawar maslah serta segala kekusutan kami"
Ya Allah perkenankan doa kami.

Sunday, July 8, 2012

AMAL JARIAH: SUMBANGAN ANDA DIALUKAN

FORUM PERDANA "DI AMBANG RAMADHAN"
Majlis ilmu disertai dengan kutipan sumbangan untuk pembangunan 
SR Tahfiz Sains An Najihin, Kulim, Kedah
 Panel Penceramah:
UST. DR. JAMNUL AZHAR BIN MULKAN &
TUAN SYED SALAHUDDIN BIN SYED MAHAYADIN AL HADDAD.

Jumaat 13 Julai pd pkl 8:00 mlm di Masjid Al Jamiul Makmur, Kulim.
Dikelolakan oleh AJK PIBG Sekolah Rendah Tahfiz Sains AnNajihin dgn kerjasama AJK Masjid Jamiul Makmur, Kulim.
 
Selaku salah seorang AJK PIBG sekolah ini, saya menjemput semua penduduk Kulim dan kawasan sekitar  ke majlis tersebut.

Turut dilancarkan adalah kutipan dana membina bangunan untuk Sekolah Rendah Tahfiz Sains AnNajihin, Kulim. Seorang hamba Allah yang telah mewaqafkan tanah seluas 1.5 ekar & dan kini pihak sekolah sedang mengumpul dana untuk mendirikan bangunan sekolah tersebut. 
Sesiapa yg nak beramal  jariah bolehlah turut menyumbang.

Selain kutipan, akan diadakan jualan amal semasa program... bagi mereka yg ingin menderma melalui transaksi bank, boleh lah dibuat atas nama PIBG SEKOLAH TAHFIZ SAINS AN-NAJIHIN di AKAUN PUBLIC ISLAMIC BANK - 3989215530
Semoga sumbangan tuan/puan mendapat ganjaran daripadaNya.

Wednesday, July 4, 2012

MALAM NISFU SYAABAN

Buah-Buah Amalan Nishfu Sya'aban

~ Hidupkan Malam Nishfu Sya'aban diantara Maghrib dengan Isya' malam ni..
15 Sya'ban jatuh pada tanggal 05 Julai 2012 Hari Khamis
(Malam Nisfu Sya'ban pd Hari Rabu tanggal 04 Julai 2012 Malam Khamis sejak terbenamnya matahari).

* Membaca Surah Yaasin 3 kali

~>Niat untuk bacaan Yaasin pertama: Semoga dipanjangkan umur dalam taat.

~>Niat untuk bacaan Yaasin kedua: Semoga dipermudahkan rezeki dan tidak tertakluk hati dengan makhluk.

~>Niat untuk bacaan Yaasin ketiga: Semoga mati dalam iman.

~ Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu : Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda,

أتانى جبريل ليلة النصف من شعبان، وقال يا محمد هذه ليلة تفتح فيها أبواب السماء وأبواب الرحمة، فقمْ وصلّ وارفعْ رأسك ويديْك إلى السماء. فقلتُ يا جبريل ما هذه الليلة؟ فقال: هذه ليلة تفتح فيها ثلاثمائة بابٍ من الرحمة، فيغفر الله تعالى لجميع مَنْ لا يشرك بالله شيئًا إلاّ من كان ساحرا أو كاهنا أو مشاحنا أو مدمن خمر أو مضرا على الزنا أو اكل الربا أو عاق الوالدين أو النمام أو قاطع الرحم، فإن هؤلاء لا يغفر لهم حتى يتوبوا ويتركوا. فخرج النبي عليه الصلاة والسلام فصلّى وبكى فى سجوده وهو يقول: اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ عِقَابِكَ وَسَخَطِكَ وَلاَ أُحْصِى ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ فَلَكَ الحَمْدُ حَتَّى تَرْضَ.

Yang bermaksud :

"Jibril a.s pernah datang kepadaku pada malam Nisfu Sya'ban seraya berkata : Wahai Muhammad, inilah malam yang dibuka padanya pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat. Maka bangunlah kamu, bersolatlah dan angkatlah kepala dan kedua tanganmu ke langit. Maka aku bertanya: Wahai Jibril malam apakah ini? Maka jawabnya : Inilah malam yang dibuka padanya 300 pintu rahmat, ALLAH Subhanahu waTa'ala mengurniakan keampunan bagi mereka yang tidak menyekutukan sesuatu dengan-NYA dan rahmat ini tidak diberikan kepada tukang sihir, tukang tenung nasib, orang yang bermarah-marahan, orang yang kekal meminum arak, orang yang berzina, orang yang makan riba, orang yang derhaka kepada ibu bapanya, tukang mengadu domba dan orang yang memutuskan silaturrahim. Maka sesungguhnya mereka itu tidak diampunkan sehingga mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut.
 
Lalu Nabi صلى الله عليه وآله وسلم pun keluar dan bersolat sambil menangis dalam sujudnya dan diucapkannya : "Sesungguhnya aku berlindung kepada ENGKAU daripada seksaan dan kemurkaan-MU. Dan tidaklah aku dapat menghitung segala pujian kepada-MU, sebagaimana ENGKAU memuji diri-MU sendiri maka bagi-MU segala pujian sehingga ENGKAU redha".

("Pada malam nisfu Sya'ban ditutupnya lembaran buku catatan amalan yang lama dan diangkatnya semua amal perbuatan manusia yang dilakukan selama satu tahun yang lalu serta dibukanya lembaran buku catatan amalan kita yang baru,pada malam nisfu' Sya'aban juga ALLAH menetapkan takdir seseorang pada satu tahun yang akan datang baik dari kehidupan,kematian,rezeki dan jodoh..")
Perbanyakkanlah doa di malam Nisfu Syaaban. Lagi bahan bacaan tambahan di blog http://abubasyer.blogspot.com/ tentang berdoa di malam nisfu Syaaban.
Ya Allah perkenankanlah & maqbulkanlah doa-doaku.Aku tiada daya & upaya kecuali dengan izinMu.