MOTO:
Sentiasa berusaha untuk melaksana & mendapat yang terbaik; Sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk. ( Hope for he best; be prepared for the worst)

KEYAKINANKU:
Allah tidak membebankan hambaNya kecuali apa yang mampu ditanggung olehnya.(Maksud Surah alBaqarah)
Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNya. Berdoa & berharaplah hanya padaNya, Tuhan yang satu!

DOAKU PADAMU, YA ALLAH:

Ya Allah , aku tidak pernah memohon untuk dikecilkan ujianMu tapi ku sentiasa berharap Kau besarkanlah iman di hatiku utk menempuh sgala ujianMu dgn redha dan tabah. Rahmatilah aku dalam setiap nafas yg masih berbaki. Amiin.

Monday, April 30, 2012

FADHILAT MAJLIS TAKLIM: ISTIQAMAHKANLAH JUGA DI RUMAHMU


FADHILAH TA`LIM DAN ADAB-ADABNYA

Majlis taklim adalah majlis yang diibaratkan sebagai taman-taman syurga,  majlis yang disukai oleh para malaikat. Adalah penting untuk kita menghidupkan amalan taklim di rumah agar  ahli rumah kita turut mendapat nuur  hidayah & mendapat kelebihan orang yang menghidupkan amalan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Rumah-rumah yang hidup dan istiqamah amalan majlis taklim yang sentiasa menyebut ayat-ayat Allah & sabdaan Rasulullah s.a.w  akan kelihatan bercahaya pada pandangan penghuni langit.

Al-Faqih Abu Laits Samarqandi, seorang ulama salaf mengatakan dalam kitabnya Tanbihul Ghafilin:

Orang yang duduk menghadiri majlis ta’lim, sekalipun tidak dapat mengingat ilmu yang disampaikan, akan meperoleh tujuh kemuliaan iaitu:
- Kemuliaan orang yang menuntut ilmu
- Mengekang kelakuan dosa selama duduk dalam majlis
- Ketika berangkat menuju majlisnya dilimpahi rahmat Allah
- Akan ikut memperoleh rahmat yang dilimpahkan Allah kepada majlis
- Dituliskan sebagai amal kebajikan sepanjang memperhatikan apa yang dibicarakan
- Diliputi para malaikat dengan sayapnya
- Setiap langkah ditulis sebagai kebaikan dan sebagai penebus dosa.

Maksud dan tujuannya :

1. Untuk memasukkan nur Kalamullah dan nur sabda Rasulullah saw kedalam hati kita
2. Untuk menghidupkan sunnah Rasulullah saw
3. Untuk mencari redha Allah swt
4. Untuk mengerti nilai-nilai amal
5. Menghubungkan antara ilmu dan amal
6. Untuk mengingat kembali perintah Allah swt dan larangan-Nya
7. Untuk mengghairahkan kita dalam beramal
8. Mendapatkan barakah majlis
9. Merupakan taman-taman syurga di dunia.

Fadhilahnya :

Barangsiapa yang duduk dalam majlis ta'lim, maka Allah swt yang berikan :

1. Diberikan sakinah / ketenangan jiwa
2. Dicucuri rahmat
3. Dikerumuni para malaikat mulai dari permukaan bumi hingga kelangit Allah swt
4. Malaikat yang hadir akan meminta keampunan kepada Allah swt untuk orang yang hadir & kedua ibubapanya di majlis ta`lim tersebut..
5. Orang yang mamudahkan langkahnya ke majlis ilmu, maka Allah akan mudahkan langkahnya ke syurga.
6. Semua benda-benda yang hidup dan yang mati yang dilewati orang menuju majlis ilmu akan memintakan ampun untuknya kepada Allah swt.
7. Orang yang duduk di majlis ta`lim serta orang tuanya akan dibangga-banggakan Allah swt dihadapan majlis para malaikat
  
Pesanan Luqmanul Hakim:
"Wahai anak kesayanganku! Sentiasalah kamu berada dalam majlis alim ulama (orang2 soleh); dengarlah kata-kata hikmah dari mereka. Sesungguhnya Allah akan menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana Allah menghidupkan bumi dengan siraman hujan yang lebat."
Dengarkanlah kelebihan menghidupkan majlis taklim di rumah-rumah kita. Majlis taklim adalah para malaikat ibarat taman-taman syurga. Bila malaikat sentiasa mmenuhi ruang-ruang rumah semasa majlis diadakan, maka kita berharap ahli rumah juga turut mendapat aura sifat malaikat iaitu ' Sami'na Wa 'Ato'na' bermaksud 'kami dengar dan kami taat' dan seterusnya melembutkan hati-hati ahli-ahli rumah.
 
Ya Allah Ya Rahman , istiqamahkanlah diriku & anak-anakku dalam menghidupkan majlis taklim di rumah kami. Kurniakanlah kepada kami rahmah, taufik & hidayahMu. Pimpinlah kami ke jalan yang benar dan yang Kau redhai. Lembutkanlah hati-hati kami agar mudah untuk kami laksanakan perintahMu. Amiin.

Tuesday, April 24, 2012

DOSA WANITA

Wahai wanita, dengarkanlah. (Peringatan untuk diri sendiri juga)

Seorang wanita mudah untuk masuk syurga apabila melaksanakan dgn sepenuhnya 4 perkara iaitu: 
solat sempurna tepat 5 waktu, puasa dalam bulan Ramadhan,
menjaga kehormatan diri & taat kepada suami.....
Namun.
Mudah juga masuk neraka jika mengabaikan 4 perkara tersebut. Semasa peristiwa isra' dan mikraj, Rasulullah melihat manusia yang disiksa di dalam neraka, kebanyakannya adalah WANITA!! Na'uzubillahu min zhalik.

Carilah dan kejarlah keredhaan Allah, Rasulullah dan suami. 
Maksud sabdaan Rasulullah: Apabila seorang wanita meninggal dunia dan suaminya redha padanya, maka dia boleh memilih untuk masuk melalui mana-mana pintu syurga. MasyaAllah... hebatnya ganjaran bagi wanita-wanita yang mentaati para suami.

Semoga dapat dengar video ini, ambil pengajaran dan amalkan demi kejayaan , kebahagiaan  abadi di  dunia dan akhirat.

Monday, April 23, 2012

Pesan Rasulullah saw Kpd Abu Hurairah

Dalam perjalanan pulang sambil memandu sendirian daripada Sungai Petani selepas menghantar pelajar-pelajar Ting 4 SMK Keladi ke SM Sains Sul Md Jiwa utk program Smart Partnership, mengikuti ceramah daripada Radio Kedah. Intipati ceramah.

Pesan Rasulullah s.a.w kepada Abu Hurairah:
'Beratilah 3 perkara iaitu puasa pada 13, 14 dan 15 hb setiap bulan, solat dhuha dan solat witir'

Ya Allah, ku ingin sekali mendekatkan diriku padaMu seluruhnya, kurniakanlah ku kekuatan dan semangat untuk melaksanakan apa yang Kau & RasulMu perintahkan. Tenangkanlah  & didiklah hati ni dengan cahaya makrifatMu. Amiin.

Thursday, April 12, 2012

DOAKU / .SERUAN HATIKU


Seruan Hatiku........

 قلبي نداك

Sama-sama kita mendoakan:

Sesungguhnya Allah menguasai segalanya termasuk raja kpd seorang insan iaitu hati. Hati mutmainnah yg akan dipanggil kembali kepada Nya. Doakan moga hati hati kita diberi Allah ketenangan dalam menggapai redhaNya. Satukan hati hati hamba hambaMu utk taat dan teguh dalam usaha mendapat rahmatMu. Amiin...


Perkenankanlah ya Allah doa hamba-hambaMu ini

Wednesday, April 4, 2012

Azamku: Mempertingkatkan Ilmu, Iman & Amal.


   'Jangan Bersedih'
    Anda Boleh Jadi Wanita Paling Bahagia'
    tulisan Dr 'Aidh Bin Abdullah alQarni.

 Selepas menghabiskan pembacaan buku  'Bidadari Syurga' sedikit sebanyak dapat menangani keresahan di hati yang membuat hatiku semakin tenang. Apalah yang ingin dikejar di dunia yang sementara ini. Azamku untuk berikan tumpuan amalan-amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah dan mencari keredhaanNya.

Sentiasa mohon dan berharap kepada Allah yang terbaik. Yakinlah bahawa Allah akan berikan yang terbaik. Mohon Allah beri petunjuk dan kekuatan untuk cintakan ilmu, tingkatkan iman dan perbanyakkan amalan ukhrawi. Kini, buku seterusya untuk dibaca adalah 'Jangan Bersedih: Anda Boleh Jadi Wanita Paling Bahagia' tulisan Dr 'Aidh Bin Abdullah alQarni. Semoga catatan dan ilmu yang terkandung dalam buku ini dapat memberikanku semangat baru untuk terus tabah menghadapi segala cabaran & ujian yang mendatang. Kepada pembaca blog ini, doakanlah diri ini sentiasa kuat, sabar & tabah serta cemerlang di dunia dan akhirat.

Tunggu kupasan buku ini selepas selesai ku membacanya.

Monday, April 2, 2012

Sifat-sifat / Kriteria Ahli Syurga :


Kupasan buku Bidadari Syurga & Penghuninya oleh Muhammad Ahmad Mubayyat 
(diterjemah oleh H. Muhammad Harun Zain)  Jasmin Publication.

Buku ini menerangkan golongan-golongan yang akan menjadi ahli syurga, gambaran syurga yang penuh nikmat dan gambaran bidadari syurga.  

Ahli Syurga Yg Memiliki Darjat Yg Tinggi. (ms 64 -65)

1. Para Syuhada'

Diriwayatkan drpd Nu'aim bin Hammar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya ' Para syuhada' yg paling utama adalah mereka yang berperang di barisan terdepan.  Mereka tidak pernah menoleh atau berundur sehingga mereka mati terbunuh. Merekalah org2 yg akan memasuki bilik2 tingkat tinggi di dalam syurga. Allah akan ketawa melihat mereka. Ketika Allah sudah ketawa menyaksikan seorang hamba saat penempatan, amal orang tersebut tidak akan dihitung atau dihisab'

2.  Pengasuh Anak Yatim

Drpd Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ' Org yg mengasuh anak yatim, baik yg ada hubungan keluarga dengannya mahupun tidak. Aku danorg itu, kelak di syurga spt 2 jari ini. Malik Bin Anas, perawi hadis itu memberi isyarat dgn jari telunjuk dan jari tengah. (HP Muslim)

3.  Orang Yang Mengurus Janda dan Orang Miskin

Drpd Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ' Orang yang mengurusjanda dan orang miskin, bagaikan oang yang berjuang di jalan Allah, "Aku juga menduga baginda bersabda ,' Bagaikan orang yang solat malam, tetapi tidak pernah erasa letih, dan bagaikan orang yang berpuasa, yang tidak pernah berbuka." (HR Muslim)

4.  Orang2 Yang Menghafaz Quran & Mengamalkannya

Dari Abdullah Bin Amr Bin Ash r.a Nabi Muhammad s.a.w bersabda ' Nanti di syurga , akan diperintahkan kpd org yg senang membaca alQuran,, bacalah alQuran dgn baik dan tartil ketika kamu di dunia kerana sesungguhnya tempatmu bergantung pada akhir ayat yang kamu baca. " (HR Abu Daud & Tirmizi) Tirmizi berkata , 'Hadis ini hasan sohih."

Sifat-sifat  / Kriteria Ahli Syurga :

1)   Bersyukur
2)   Bersabar
3)   Berjihad di jalan Allah
4)  Membelanjakan Harta di jalan Allah
5)  Menahan Amarah & Memaafkan
6)  Ihsan (Berbuat Kebaikan)
7)  Ulama’ yang ‘Amilun ( berilmu, mengamalkan & menyampaikan)
8)  Aimmah (jama’ imam) Pemimpin yang ‘adil
9)  Amar Makruf Nahi Munkar
10)  Zuhud & Warak
11) Mengingat & Bertasbih kepada Allah
12)  Mempelajari kitab Allah & mengamalkannya
13) Mencintai Keagungan Allah swt



Sunday, April 1, 2012

ADAB MEMASAK


ADAB MEMASAK


Masakan atau air tangan seorang isteri & ibu adalah yg terbaik untuk keluarganya. Marilah kita memasak dalam keadaan beribadah kpd Allah serta berazam & cuba melaksanakan setiap kerja rumah  agar dapat dilakukan dalam keadaan zikrullah. Isteri yang solehah akan berusaha agar ahli keluarganya juga mendapat mardhotillah.

Adab Memasak:
1. Untuk memasak juga ada beberapa adab, jika diikuti akan mendatangkan keberkatan dan menjadikan waktu memasak kita sebagai satu ibadat di mana akan memperolehi ganjaran dari Allah swt.

2.Apabila kita hendak mula memasak seeloknya ada wudhu.

3. Hendaklah tutup kepala dan anggota aurat.

4. Masuk ke dapur bacalah doa :
" Robbanaaa Aatinaa mil ladunka rohmatan wahai yik lanaa min amrinaa rosyadaa."
Ertinya." Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisiMu dan persiapkanlah petunjuk untuk kami terhadap urusan kami."

5. Doa waktu menyukat beras dan memasukkannya dlm periuk:
" Alhamdulillah hillazii aot'amanaa min ju'."
Ertinya." Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan setelah rasa lapar.

6.Doa menaruh air ke dalam beras bersih: " Yaa ayyuhal laziina aamanusdbiruu wa sdoobiruu wa roobitduu wat taqullaha la'allakum tuflihuunn."
Ertinya.: " Hai orang-orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertawaqallah kepada Allah supaya kamu beruntung." ( Surah Al-imram ayat 200 )

7. Doa membuka periuk ialah:
" Allahumma baa rik lanaa fiihi warzuqnaa khoirom minhu."
Ertinya." Ya Allah berilah keberkahan kepada kami dan berilah kami rezeqi yang lebih baik darinya."

8. Zikir waktu memasak ialah "Laisa laha min dunillahi kasyifah" dan kacau dari kiri ke kanan (lawan jam)

9. Doa memotong sayur, buah, ikan dan sebagainya:
" Fazabahuu haa wa maa kaaduu yaf 'aluunn."
Ertinya." Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.

10. Apabila hendak simpan beras yang dibeli ke dalam bekas bacalah doa ini:
" Watarzuqu man tasyaa u bighoiri hisaab."
Ertinya. " Dan Engkau memberikan rezeki kepada orang yang Engkau kehendaki tanpa perhitungan."

11. Untuk menyedapkan makanan, selawat 3 kali dan istighfar 3 kali.

12.Membaca surah insyirah juga boleh dilakukan supaya apabila anak-anak makan makan tersebut,Allah akan menerangkan hati dan memudahkan ia faham akan ilmu yang dipelajari.
wallahua'lam bissawab.