MOTO:
Sentiasa berusaha untuk melaksana & mendapat yang terbaik; Sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk. ( Hope for he best; be prepared for the worst)

KEYAKINANKU:
Allah tidak membebankan hambaNya kecuali apa yang mampu ditanggung olehnya.(Maksud Surah alBaqarah)
Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNya. Berdoa & berharaplah hanya padaNya, Tuhan yang satu!

DOAKU PADAMU, YA ALLAH:

Ya Allah , aku tidak pernah memohon untuk dikecilkan ujianMu tapi ku sentiasa berharap Kau besarkanlah iman di hatiku utk menempuh sgala ujianMu dgn redha dan tabah. Rahmatilah aku dalam setiap nafas yg masih berbaki. Amiin.

Wednesday, October 26, 2011

Catatan Pengalaman

Aku adalah anak sulung daripada 8 orang adik beradik seibu sebapa. Juga mempunyai adik beradik yang lain daripada perkahwinan yang terdahulu. Di Pattani, Thailand (anak2 arwah ayah) seramai 6 orang; di Kelantan (anak ma) seorang. Alhamdulillah, kami keluarga besar, semua 15 orang. Sebagai anak sulung dari kecil sudah terbiasa dgn tugas2 rumahtangga.. jaga adik, masak, pergi pasar, tolong ayah berniaga di kedai makan (restoren makanan Thai yg pertama di KL) dll. Oleh kerana ayah hanya boleh menulis & membaca tulisan Melayu Jawi dan Thai, setiap urusan persekolahan diri sendiri & adik2 aku yg uruskan. Ayah akan bawa ke mana yg perlu. Beberapa bulan sebelum ku exam SPM, ayah & ma pula berpisah. Syukur pd Allah, aku diberi kekuatan utk jadi tabah & dapat turut memotivasikan adik2 utk tidak terkesan dgn apa yg berlaku. Hal sebegini lebih mematangkan diriku & membiasakan aku membuat keputusan & bertindak.

Mendapat pendidikan awal darjah 1 di SK Kg Sireh, K.Bharu sebelum berpindah ke K.Lumpur. Drjh 2 hing 6 di sekolah tersohor SK Convent Bukit Nanas 2, KL. Berkawan dgn anak2 pembesar negara dan korporat. Ting 1 - 3, di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang. Ting 4 -5, di Sekolah Berasrama Penuh agama ke2 Malaysia iaitu SMA W.Persekutuan, P.Jaya (kini dkenali sbg SMAP Labu selepas berpindah ke lokasi tetap di Labu, N.Sembilan).

Selepas tamat ting 5 ditawarkan oleh JPA persediaan Ekonomi utk program A Level di KPP UiTM, Shah Alam. Selepas mengikuti selama 2 minggu program tersebut, rasa tidak sesuai, mungkin pergaulan agak sosial di situ.. memohon daripada JPA untuk bertukar ke Matrikulasi Ekonomi UIAM dan berjaya. Memulangkan semula semua wang saku & bantuan JPA yg baru dapat. Ku ingin belajar dalam suasana Islamik sekali pun tidak mengambil jurusan agama.

Bermulalah perjalanan hidup sebagai mahasiswi universiti awam tempatan. Masih ingat lagi bagaimana aku terpaksa berjimat cermat kerana tidak memberitahu ayah elaun JPA seperti di KPP dulu telah tiada. Bukan ayah tak mahu bagi tapi aku sendiri yang merahsiakan kerana tidak mahu ayah kecewa sebab aku menolak keselesaan & elaun yg aku dapat sebelum ini. So, ayah ingat elaun ku dapat tetap sama. RM 10 seminggu yg ayah bagi, aku akan beli nasi goreng kosong di kantin waktu pagi utk dimakan 2x. Tanpa ku sedari ada kawan2 dan senior yang perasan telah membuat kutipan utk membantuku. Sayu bila mengingatkan. MasyaAllah... aku menolak sebab biasiswa matrikulasi hampir dapat tapi mereka enggan. Dgn wang tu, aku beli rice cooker.. walaupun dah dapat biasiswa, aku kerap memasak di 'pantry' asrama. Rakan2 rapatku mengetahui minat ku di dapur, terutamanya semasa duduk di flat UIA sewa di SS 17 & yg biasa berkongsi makan bersama. Mungkin dah sifat anak sulung; dah biasa masak & menjahit baju sendiri & adik2 sejak dari sek menengah.

Semasa di univ, aktif di Kolej Kediaman, peringkat Kulliyyah dan universiti. Menjadi Mushrifah di Kolej Khadijah & JKT utk Kulliyyah Ekonomi.

Sentiasa berpegang pada prinsip 'jodoh, ajal, rezeki' di tangan Allah. Berkahwin & memikul tanggungjawab seorang isteri pada usia muda, 22 tahun semasa di tahun akhir universiti (suami 24 thn, pelajar jurusan Ekonomi Univ Malaya yg berjiran dgn UIA PJ).
Ada jg beberapa orang rakan sekelas yang terkejut bila dimaklumkan berita ini sbb perwatakanku agak serius & tak bergaul dgn pljr lelaki walaupun rakan sekelas di kampus, mana mungkin cepat sgt kahwin! Allah aturkan semuanya. Terima dgn redha.

Kami dikurniakan 9 orang anak termasuk sekali kembar perempuan, malangnya salah seorang meninggal semasa dilahirkan . Allah pinjamkan seketika untuk menunggu kami di alam sana. Kini, di usia 44 tahun, suami yang dipinjamkan padaku hampir 22 tahun, dipanggil mengadap Ilahi meninggalkanku bersama 8 orang anak. Itulah ketentuanNya, menuntut pengorbanan perasaan dalam mencari keredhaanNya.

Allah tidak membebankan hamba kecuali apa yang tertanggung olehnya, maksud ayat Quran dari surah alBaqarah selalu menjadi pedomanku dari dulu. Apa shj yg mendatang, Allah pasti Maha Mengetahui. Kita sbg manusia sentiasa perlu buat yg terbaik, laksanakan perintahNya tanpa kompromi.

Allah sudah berikan ku latihan, masa remaja menguruskan adik2. Selepas berkahwin, hampir semua urusan rumahtangga & anak2 buat sendiri. Suami punya tugas yang lebih hebat, berusaha atas iman & amal bukan shj utk keluarga tp utk ummat sejagat. Juga ku redha, dapat jg ku tumpang pahalanya sbg isteri. Masa utk amal masjid, rumah & kerja dibahagikan sebaiknya. Hari2 cutinya di jalan Allah. Jika dia boleh korbankan keselesaannya, sedikit pengorbanan ku yg hanya uruskan anak2 & rumahtangga tidaklah seberapa. Tak tertanding pengorbanan Saiditina Khadijah, Asiah, Masitah dan Fatimah, wanita yg telah dijanjikan syurga.

No comments:

Post a Comment