MOTO:
Sentiasa berusaha untuk melaksana & mendapat yang terbaik; Sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk. ( Hope for he best; be prepared for the worst)

KEYAKINANKU:
Allah tidak membebankan hambaNya kecuali apa yang mampu ditanggung olehnya.(Maksud Surah alBaqarah)
Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNya. Berdoa & berharaplah hanya padaNya, Tuhan yang satu!

DOAKU PADAMU, YA ALLAH:

Ya Allah , aku tidak pernah memohon untuk dikecilkan ujianMu tapi ku sentiasa berharap Kau besarkanlah iman di hatiku utk menempuh sgala ujianMu dgn redha dan tabah. Rahmatilah aku dalam setiap nafas yg masih berbaki. Amiin.

Sunday, April 1, 2012

ADAB MEMASAK


ADAB MEMASAK


Masakan atau air tangan seorang isteri & ibu adalah yg terbaik untuk keluarganya. Marilah kita memasak dalam keadaan beribadah kpd Allah serta berazam & cuba melaksanakan setiap kerja rumah  agar dapat dilakukan dalam keadaan zikrullah. Isteri yang solehah akan berusaha agar ahli keluarganya juga mendapat mardhotillah.

Adab Memasak:
1. Untuk memasak juga ada beberapa adab, jika diikuti akan mendatangkan keberkatan dan menjadikan waktu memasak kita sebagai satu ibadat di mana akan memperolehi ganjaran dari Allah swt.

2.Apabila kita hendak mula memasak seeloknya ada wudhu.

3. Hendaklah tutup kepala dan anggota aurat.

4. Masuk ke dapur bacalah doa :
" Robbanaaa Aatinaa mil ladunka rohmatan wahai yik lanaa min amrinaa rosyadaa."
Ertinya." Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisiMu dan persiapkanlah petunjuk untuk kami terhadap urusan kami."

5. Doa waktu menyukat beras dan memasukkannya dlm periuk:
" Alhamdulillah hillazii aot'amanaa min ju'."
Ertinya." Segala puji bagi Allah yang telah memberi makan setelah rasa lapar.

6.Doa menaruh air ke dalam beras bersih: " Yaa ayyuhal laziina aamanusdbiruu wa sdoobiruu wa roobitduu wat taqullaha la'allakum tuflihuunn."
Ertinya.: " Hai orang-orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga dan bertawaqallah kepada Allah supaya kamu beruntung." ( Surah Al-imram ayat 200 )

7. Doa membuka periuk ialah:
" Allahumma baa rik lanaa fiihi warzuqnaa khoirom minhu."
Ertinya." Ya Allah berilah keberkahan kepada kami dan berilah kami rezeqi yang lebih baik darinya."

8. Zikir waktu memasak ialah "Laisa laha min dunillahi kasyifah" dan kacau dari kiri ke kanan (lawan jam)

9. Doa memotong sayur, buah, ikan dan sebagainya:
" Fazabahuu haa wa maa kaaduu yaf 'aluunn."
Ertinya." Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.

10. Apabila hendak simpan beras yang dibeli ke dalam bekas bacalah doa ini:
" Watarzuqu man tasyaa u bighoiri hisaab."
Ertinya. " Dan Engkau memberikan rezeki kepada orang yang Engkau kehendaki tanpa perhitungan."

11. Untuk menyedapkan makanan, selawat 3 kali dan istighfar 3 kali.

12.Membaca surah insyirah juga boleh dilakukan supaya apabila anak-anak makan makan tersebut,Allah akan menerangkan hati dan memudahkan ia faham akan ilmu yang dipelajari.
wallahua'lam bissawab.

Saturday, March 24, 2012

DOA ROBITOH
Perkenankanlah doa-doa kami

Tuesday, March 20, 2012


APAKAH TERLARANG BERCINTA SEBELUM KAHWIN?
sedutan artikel tulisan:
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Perkataan cinta agak abstract. Ia boleh dipadankan kepada banyak perkara; cinta Allah, cinta keluarga, cinta negara, cinta seni dan selainnya. Cinta ertinya kasih, sayang dan ingin bersama.
Cinta atau kasih, bercinta atau berkasih sayang antara lelaki dan wanita yang ingin hidup bersama, itu normal. Cuma yang rumit, bagaimana mengawal dan menguruskan cinta.

Cinta dalam sejarahnya telah memeriahkan banyak kehidupan. Melahirkan banyak ungkapan indah puisi dan lagu. Ungkapan cinta dipetik dari zaman ke zaman. Ia dikongsi oleh hampir kesemua insan melainkan yang kontang fitrahnya. Dari Qais sehingga ke Celine Dion; ungkapan indah cinta antara lelaki dan wanita diulang-ulang oleh manusia. Ia sejagat. Ramai yang dah tua yang mengharamkan cinta untuk generasi muda hari, mereka pun pernah bercinta zaman mudanya.

Anti-Cinta
Melihat kerosakan masyarakat, maka ada yang ‘kuat agamanya’ menyalahkan cinta. Lantas, jatuh cinta kepada seseorang yang boleh dikahwini dianggap bagaikan satu dosa. Pasti jika seseorang yang kuat agamanya jatuh cinta, atau berbicara tentang cintanya itu dianggap sebagai sesuatu yang pelik dan telah hilang kekuatan iman.

Maka tidak pelik jika ada yang bertanya: apa hukum bercinta? Jika ada ustaz yang kata ‘haram’, punca syaitan dan budaya Barat maka sempitlah perasaan golongan hangat bercinta khusus yang masih muda. Mungkin ada yang akan kata dalam dirinya: ‘nanti tua sikit baru boleh aku kuat agama’. Ini kerana susah dia hendak meninggalkan cinta kepada kekasih yang diidami sebagai isteri.

Mungkin ada yang kuat agama terlajak akan berkata: “Kahwin teruslah. Cinta hanya lepas kahwin”. Tapi, si anak muda ini belum bekerja, belum mampu menyediakan belanja sebagai suami. Jika meminang pun, tentu bapa pasangan membantah. Hanya yang ada setakat ini ‘cinta’. Sama juga yang sedang bertunang belum nikah sebab hendak selesaikan urusan belajar ataupun selain. Dalam tempoh itu mereka bercinta pastinya. Berutus surat, email dan sms. Isinya menggambarkan cinta. Jika bercinta haram melainkan setelah kahwin, maka tentu mereka semua hambar.

Jatuh Cinta
Jika kita teliti nas-nas Islam, tiada dalil yang Allah dan RasulNYA mengharamkan mencintai seseorang yang ingin kita jadikan pasangan hidup. Bahkan al-Quran mengiktiraf cinta tersebut. Ini kerana jatuh cinta antara jantina yang berbeza adalah fitrah manusia. Ia bukan diada-adakan. Ia arus yang mengalir dalam jiwa tanpa boleh dihalang. Lihat firman Allah mengenai lelaki yang jatuh cinta kepada janda yang masih dalam edah kematian suami: (maksudnya)
“dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran) untuk meminang perempuan (yang dalam edah kematian suami), atau tentang kamu menyimpan dalam diri (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan mengingati mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis edah yang ditetapkan itu. dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam dada kamu, maka beringat-ingatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar”. (Surah al-Baqarah: 235)
Ayat di atas membicara larangan meminang wanita dalam edah kematian suami sebelum tamat edahnya. Ini kerana hukum edah mempunyai banyak maslahah termasuk membabitkan perasaan keluarga bekas suami. Namun Allah tetap tidak melarang sindiran yang mempunyai maksud ingin meminang, juga tidak salah keinginan yang tersimpan dan perasaan yang selalu teringatkannya. Itu semua tanda ‘jatuh cinta’. Cumanya, Allah memerintahkan agar mengikut peraturan yang ditetapkan.

Rayuan Cinta
Bahkan Nabi s.a.w pernah bersimpati dengan Mughith bekas suami Barirah yang masih mencintai isterinya itu. Tangisan dan rayuan cintanya mendapat simpati Nabi s.a.w. Dalam riwayat al-Bukhari daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas, katanya:
“Bahawa suami Barirah adalah seorang hamba bernama Mughith. Aku seakan masih terbayang dia mengikuti Barirah dari belakang serta menangis sehingga airmatanya mengalir atas janggutnya. Nabi s.a.w berkata kepada ‘Abbas: “Wahai ‘Abbas, tidakkah kau hairan melihat cintanya Mughith kepada Barirah dan bencinya Barirah kepada Mughith?”. Lalu Nabi s.a.w berkata (kepada Barirah): “Tidak mahukah jika engkau kembali kepadanya”. Barirah berkata: “Apakah engkau memerintahkanku?”. Nabi s.a.w bersabda: “Aku hanya mencadangkan”. Kata Barirah: “Aku tidak memerlukan dia”.
Nabi s.a.w tidak melarang Mughith membuat rayuan cinta, bahkan bersimpati dan cuba memujuk Barirah. Namun Barirah enggan, maka tiada paksaan dalam cinta. Apakah kita pula menghalang puisi dan lagu cinta yang beradab yang ditujukan kepada seseorang kerana ingin memperisterikannya?

Dua Kekasih
Nabi s.a.w tidak pernah membantah orang bercinta, sebaliknya cuba memastikan pasangan yang bercinta berakhir dengan perkahwinan. Seorang gadis yatim dipinang oleh dua orang lelaki. Seorang miskin dan seorang lagi kaya. Si gadis memilih yang miskin sedangkan penjaganya memilih yang kaya. Apabila hal ini diberitahu kepada Nabi s.a.w, baginda bersabda:
“Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah” (riwayat al-Baihaqi dan Ibn Majah, sahih).
Kata al-Imam al-Munawi (meninggal) mengulas hadis ini:
“Maksudnya ubat paling berkesan yang dapat merawati kerinduan ialah nikah. Ia adalah penawar yang tiada gantiannya jika ada jalan untuk mendapatkannya” (al-Taisir bi Syarh al-Jami’ al-Saghir, 2/584, Riyadh: Maktab al-Imam al-Syaifii’).
Justeru itu, Nabi s.a.w memberikan pilihan untuk isteri memutuskan perkahwinan yang berlaku atas perasaan benci.
“Seorang gadis dara datang kepada Nabi s.a.w memberitahu bahawa bapanya mengahwinkannya sedangkan dia tidak suka. Maka, Nabi s.a.w memberikan pilihan kepadanya (sama ada untuk meneruskan atau menolaknya) (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah , dinilai sahih oleh al-Albani).
Haram
Menyimpan rasa cinta antara lelaki dan perempuan tidaklah dilarang dalam agama ini. Di samping ia boleh berlaku di luar kawalan insan, ia adalah fitrah antara lelaki dan perempuan. Ia tidak songsang. Melafazkan rasa cinta seperti Mughith ungkapkan kepada Barirah juga tidak dilarang. Bercinta seperti gadis yatim itu juga tidak dilarang. Puisi dan lagu cinta yang sopan juga tidak dilarang. Jadi apa yang dilarang?
Hanya yang dilarang adalah perbuatan zina. Kedua, -walaupun dosanya tidak seperti zina- perbuatan yang mendekati zina. Adapun bercinta yang masih mempunyai jarak antara antara lelaki dan wanita adalah fitrah insaniah. Menghalang fitrah itu boleh memberikan kesan yang buruk dalam jiwa manusia. Inilah juga yang boleh membawa kecenderungan seks sejenis kerana fitrah asal telah disekat. Jika itu berkembang dalam diri seseorang ia menjadi penyakit yang memusnahkan fitrah asalnya.

Islam tidak sempit. Ia tidak menghalang fitrah. Cinta yang membawa kepada perkahwinan adalah satu kebaikan. Jadi, jangan kata Islam mengharamkan perasaan cinta antara lelaki dan wanita. Katakanlah Islam mengharamkan zina dan mendekati zina!

http://drmaza.com/home/?p=1729#more-1729

Kaitkan pula dengan ceramah Ust Don Daniyal.
Pertunangan jangan dihebohkan...
Walimah baru kita hebohkan...
 


Monday, March 19, 2012

Tabarruj: Wahai Wanita Renungkanlah!

Audit Diri: Adakah setiap langkahan kita keluar rumah dalam keadaan redha Allah?. Adakah langkahan kita menuju ke syurga atau menuju ke neraka. Sesungguhnya wanita itu perhiasan dunia. Sebaik-baik perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah.

Mernurut kata seorang teman :
Kepada suami dan isteri renungkan dan ketahuilah syurga isteri dibawah redha suaminya dan suami bertanggungjawab terhadap keluarga isteri dan anakanaknya agar taat kepada Allah. Cuma miqyas dan nilai ketaat itu berbeza mengikut kefahaman dan peratus imannya.
Kita doakan moga kita berada di atas jalanNya dan rahmatNya.

http://www.youtube.com/watch?v=KHBxewve-dc&feature=related




Friday, February 10, 2012

SOLAT ISTIKHORAH



SOLAT ISTIKHARAH

Apabila seseorang itu berada di dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara yang ingin dilakukkan atau dihajati sama ada ianya membawa kebaikan mahupun keburukan terhadap dirinya, bersesuaian atau bertentangan dengan dirinya, maka hendaklah dia memohon petunjuk daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui solat Istikharah sebanyak dua rakaat..


v  DALIL DISYARI’ATKAN SOLAT ISTIKHARAH

Solat Istikharah ini telah diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an.. Baginda bersabda:

إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ:

Maksudnya:
Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ

فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ

اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي

أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ

فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ

وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي

أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ

فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.




Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.

قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.

Maksudnya:
Baginda bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1162.


v  BEBERAPA PERKARA BERKAITAN SOLAT ISTIKHARAH

q  Solat Istikharah dilaksnakan sebagaimana solat dua rakaat yang biasa. Tidak ada ketetapan tertentu daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang surah apa yang perlu dibacakan ketika solat Istikharah, Oleh itu dibenarkan membaca apa jua surah dari al-Qur’an yang mudah bagi seseorang itu setelah selesai membaca surah al-Fatihah.

q  Solat Istikharah boleh dilaksanakan apabila berhadapan dengan segala urusan yang mubah (harus) baik ianya isu yang besar mahupun kecil, perkara yang penting ataupun tidak. Seharusnya kita fahami bahawa permasalahan yang menjadi dilema itu bukanlah termasuk dalam perkara yang telah ditetapkan hukum-hukumnya dalam Islam. Bagi urusan yang wajib atau sunat yang telah jelas arahan untuk melakukannya ataupun urusan yang haram atau makruh yang telah jelas larangannya, ianya tidak lagi boleh dilakukan istikharah ke atasnya. Hanya perkara-perkara yang mubah sahaja dibenarkan untuk dilakukan istikharah.

q  Hendaklah bagi seseorang yang mengerjakan solat Istikharah itu melapangkan dadanya dari apa jua kehendak peribadi yang berlandaskan hawa nafsu. Seharusnya dia menyerahkan perkara tersebut bulat-bulat kepada ilmu Allah Subhanahu wa Ta’ala. Harus juga kita sedari bahawa adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada tanggapan kita ianya adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri kita. Namun demikian sewajarnya bagi kita untuk pasrah menerima keputusan Allah Subhanahu wa Ta’ala tersebut. Firman-Nya:

وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ

وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya:
…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. – al-Baqarah (2) : 216

q  Solat Istikharah ini boleh juga dikerjakan secara khusus atau semasa mengerjakan solat-solat sunat seperti solat Rawatib, Tahiyyatul Masjid dan lain-lain. Sebagai contohnya setelah mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid langsung kita membaca doa Istikharah tersebut. Hal ini adalah dibenarkan. Menurut al-‘Iraqi rahimahullah:

Jika keinginan melakukan sesuatu muncul sebelum mengerjakan solat sunat Rawatib atau yang semisalnya, lalu dia mengerjakan solat tanpa niat Istikharah, namun setelah solat timbul keinginan untuk memanjatkan doa Istikharah, maka secara zahir hal tersebut sudah mencukupi. – Rujuk al-Adzkaar, jilid 3, ms. 354. Penulis nukil dari kitab Bughyat al-Mutatowwi Fi Solah al-Tatowwu' karya Syeikh Muhammad bin ‘Umar Salim Bazmul, ms. 137.

q  Doa istikharah itu dibaca setelah memberi salam berdasarkan zahir lafaz hadis tersebut. Doa tersebut boleh diulang-ulang.

q  Bukan termasuk dalam syarat Istikharah bahawa seseorang itu mesti bermimpi tentang pilihan atau tindakan yang perlu diambil setelah mengerjakan solat tersebut. Namun seseorang itu akan merasa tenang atau dipermudahkan untuknya ketika memutuskan sesuatu keputusan sesuai dengan apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah pilih untuknya.


v  RINGKASAN TATACARA MENGERJAKAN SOLAT ISTIKHARAH

Rakaat Pertama
1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Istikharah
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri
4)      Membaca doa Istikharah

Penulis: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
 Disemak oleh: Ustaz Mohd Fikri Che Hussain


Thursday, December 8, 2011

PEN READ QURAN : QURAN DIGITAL PELBAGAI GUNA

PEN READ QURAN
Kaedah moden mempelajari alQuran: sesuai utk anak2 kecil & org dewasa. Alah membeli menang memakai.
Pen read Quran. Digital Quran. Amat mudah digunakan. Sesuai bagi mempelajari alQuran, siap dgn berbagai bantuan termasuk terjemahan pelbagai bahasa. Harga RM 300 shj, berbaloi beli. Kaedah pembayaran boleh dirunding. Sesiapa berminat, sila hubungi saya 019 4760139 (Kulim). Demo lebih kurang sama dgn video yg ditunjukkan.
http://www.youtube.com/watch?v=mwxfM5wO1F4&feature=related