ISTERI DIANGGAP DERHAKA PADA SUAMI JIKA...
1. Apabila dipanggil oleh suaminya ia tidak datang. Sabda Rasulullah
s.a.w. "Apabila suami memanggil isteri ke tempat tidur, ia tidak datang
nescaya malaikat melaknat isteri itu hingga ke Subuh."
2.
Membantah suruhan atau perintah suami. Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa
sahaja yang tidak berbakti kepada suaminya maka ia mendapat laknat dari
Allah swt dan malaikat serta semua manusia".
3. Bermasam muka terhadap suami. Sabda Rasullulah s.a.w. "Mana-mana
perempuan yang bermasam muka di hadapan suaminya bererti ia dalam
kemurkaan Allah swt hingga ia senyum kepada suaminya atau ia meminta
keredhaannya".
4. Jahat lidah/mulut pada suami. Sabda
Rasulullah s.a.w. " Ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan ke
dalam neraka, di antaranya ialah wanita yang jahat atau kesat lidahnya
terhadap suaminya".
5. Membebankan suami dengan permintaan yang di luar kemampuannya.
6. Keluar rumah tanpa izin suaminya. Sabda Rasulullah s.a.w. "Mana-mana
perempuan yang keluar rumahnya tanpa izin suaminya dia akan dilaknat
oleh Allah swt. hingga dia kembali kepada suaminya atau suaminya redha
terhadapnya."
7. Menghina pengorbanan suami. Maksud Hadith:
Allah swt tidak akan akan memandang (mempedulikan) pada isteri-isteri
yang tidak berterima kasih kepada pengorbanan suaminya sedangkan dia
masih perlukan suaminya.
8. Menerima tetamu tanpa keizinan suaminya. Maksud Hadith: Jangan benarkan masuk ke rumahnya melainkan dizinkan oleh suami.
9. Tidak mahu menerima tunjuk ajar suami. Maksud Hadith: Isteri yang
derhaka hukum perbuatannya berdosa dan boleh gugur nafkahnya ketika itu.
Jika ia tidak segera bertaubat dan meminta ampun dari suaminya,
nerakalah di akhirat kelak. Apa yang isteri lakukan terhadap suami
adalah semata-mata mendapat keredhaan Allah swt.
SHAREdaripada FB. Semoga dapat memanfaatkan & dimanfaatkan.
MOTO:
Sentiasa berusaha untuk melaksana & mendapat yang terbaik; Sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk. ( Hope for he best; be prepared for the worst)
KEYAKINANKU:
Allah tidak membebankan hambaNya kecuali apa yang mampu ditanggung olehnya.(Maksud Surah alBaqarah)
Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNya. Berdoa & berharaplah hanya padaNya, Tuhan yang satu!
DOAKU PADAMU, YA ALLAH:
Ya Allah , aku tidak pernah memohon untuk dikecilkan ujianMu tapi ku sentiasa berharap Kau besarkanlah iman di hatiku utk menempuh sgala ujianMu dgn redha dan tabah. Rahmatilah aku dalam setiap nafas yg masih berbaki. Amiin.