MOTO:
Sentiasa berusaha untuk melaksana & mendapat yang terbaik; Sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang buruk. ( Hope for he best; be prepared for the worst)
KEYAKINANKU:
Allah tidak membebankan hambaNya kecuali apa yang mampu ditanggung olehnya.(Maksud Surah alBaqarah)
Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk hambaNya. Berdoa & berharaplah hanya padaNya, Tuhan yang satu!
DOAKU PADAMU, YA ALLAH:
Ya Allah , aku tidak pernah memohon untuk dikecilkan ujianMu tapi ku sentiasa berharap Kau besarkanlah iman di hatiku utk menempuh sgala ujianMu dgn redha dan tabah. Rahmatilah aku dalam setiap nafas yg masih berbaki. Amiin.
Saturday, February 25, 2012
Friday, February 10, 2012
SOLAT ISTIKHORAH
SOLAT ISTIKHARAH
Apabila
seseorang itu berada di dalam keadaan dilema terhadap sesuatu perkara yang
ingin dilakukkan atau dihajati sama ada ianya membawa kebaikan mahupun
keburukan terhadap dirinya, bersesuaian atau bertentangan dengan dirinya, maka
hendaklah dia memohon petunjuk daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala
melalui solat Istikharah sebanyak dua rakaat..
v DALIL DISYARI’ATKAN SOLAT ISTIKHARAH
Solat
Istikharah ini telah diperjelaskan melalui hadis daripada Jabir bin
‘Abdillah radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam
segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an.. Baginda
bersabda:
إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ
فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ:
Maksudnya:
Jika
salah seorang di antara kalian berkeinginan keras melakukan sesuatu, hendaklah
dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat fardu kemudian membaca doa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ
بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ
فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ
وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ
أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي
وَآجِلِهِ
فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي
ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ
وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا
الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي
وَآجِلِهِ
فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي
عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.
Maksudnya:
Ya
Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon
ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung
kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali,
Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang
ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan
secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama,
kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat
mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia
untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau
mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir
urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan
datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah
yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku
orang yang redha dengan ketetapan tersebut.
قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.
Maksudnya:
Baginda
bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya.
– Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah,
no: 1162.
v BEBERAPA PERKARA BERKAITAN
SOLAT ISTIKHARAH
q Solat Istikharah
dilaksnakan sebagaimana solat dua rakaat yang biasa. Tidak ada ketetapan
tertentu daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang surah
apa yang perlu dibacakan ketika solat Istikharah, Oleh itu dibenarkan
membaca apa jua surah dari al-Qur’an yang mudah bagi seseorang itu setelah
selesai membaca surah al-Fatihah.
q Solat Istikharah boleh
dilaksanakan apabila berhadapan dengan segala urusan yang mubah (harus)
baik ianya isu yang besar mahupun kecil, perkara yang penting ataupun tidak.
Seharusnya kita fahami bahawa permasalahan yang menjadi dilema itu bukanlah
termasuk dalam perkara yang telah ditetapkan hukum-hukumnya dalam Islam. Bagi
urusan yang wajib atau sunat yang telah jelas arahan untuk melakukannya ataupun
urusan yang haram atau makruh yang telah jelas larangannya, ianya tidak lagi
boleh dilakukan istikharah ke atasnya. Hanya perkara-perkara yang mubah
sahaja dibenarkan untuk dilakukan istikharah.
q Hendaklah bagi seseorang yang
mengerjakan solat Istikharah itu melapangkan dadanya dari apa jua
kehendak peribadi yang berlandaskan hawa nafsu. Seharusnya dia menyerahkan
perkara tersebut bulat-bulat kepada ilmu Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Harus juga kita sedari bahawa adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu
wa Ta’ala untuk kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada
tanggapan kita ianya adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri kita.
Namun demikian sewajarnya bagi kita untuk pasrah menerima keputusan Allah Subhanahu
wa Ta’ala tersebut. Firman-Nya:
وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ
خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ
وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا
تَعْلَمُونَ
Maksudnya:
…dan boleh jadi
kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka
kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang
mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
– al-Baqarah (2) : 216
q Solat Istikharah ini
boleh juga dikerjakan secara khusus atau semasa mengerjakan solat-solat sunat
seperti solat Rawatib, Tahiyyatul Masjid dan lain-lain. Sebagai
contohnya setelah mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid langsung kita
membaca doa Istikharah tersebut. Hal ini adalah dibenarkan. Menurut
al-‘Iraqi rahimahullah:
Jika
keinginan melakukan sesuatu muncul sebelum mengerjakan solat sunat Rawatib
atau yang semisalnya, lalu dia mengerjakan solat tanpa niat Istikharah,
namun setelah solat timbul keinginan untuk memanjatkan doa Istikharah,
maka secara zahir hal tersebut sudah mencukupi. – Rujuk al-Adzkaar,
jilid 3, ms. 354. Penulis nukil dari kitab Bughyat al-Mutatowwi Fi Solah
al-Tatowwu' karya Syeikh Muhammad bin ‘Umar Salim Bazmul, ms. 137.
q Doa istikharah itu dibaca
setelah memberi salam berdasarkan zahir lafaz hadis tersebut. Doa tersebut
boleh diulang-ulang.
q Bukan termasuk dalam syarat Istikharah
bahawa seseorang itu mesti bermimpi tentang pilihan atau tindakan yang perlu
diambil setelah mengerjakan solat tersebut. Namun seseorang itu akan merasa
tenang atau dipermudahkan untuknya ketika memutuskan sesuatu keputusan sesuai
dengan apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah pilih untuknya.
v RINGKASAN TATACARA
MENGERJAKAN SOLAT ISTIKHARAH
Rakaat Pertama
1)
Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat sunat Istikharah
2)
Takbiratul Ihram
3)
Doa Iftitah
4)
Membaca surah al-Fatihah
5)
Membaca Surah al-Qur’an
6)
Rukuk
7)
Iktidal
8)
Sujud
9)
Duduk antara dua sujud
10)
Sujud kali kedua
11)
Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat
Kedua
1)
Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)
Duduk untuk tahiyyat akhir
3)
Memberi salam ke kanan dan ke kiri
4)
Membaca doa Istikharah
Penulis: Mohd Yaakub
bin Mohd Yunus
Disemak oleh: Ustaz Mohd Fikri Che
Hussain
Subscribe to:
Posts (Atom)